• Notis Privasi
  • Penafian
  • Pengiklanan
Monday, April 27, 2026
  • Login
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
No Result
View All Result
The Kapital
The Kapital
No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
Home Saham Catalyst

Mah Sing Catat Jualan Sebanyak RM1.8 Bilion, Dijangka Capai Sasaran RM2.2 Bln

in Catalyst
A A
Mah Sing Dapat Kelulusan Pengeluaran Sarung Tangan, Penjagaan Kesihatan

Kredit gambar: The Star

Kongsi ke FacebookKongsi ke TelegramKongsi ke Whatsapp

Berkaitan

Keuntungan Bersih Bursa Malaysia Susut Kepada RM57.06 Juta Akibat Hasil Operasi Yang Rendah

Oxford Innotech Bermula Kukuh Di Pasaran ACE, Catat Harga 36 Sen

Zetrix AI Tidak Lagi Kendali Pembaharuan Permit Pekerja Asing

KUALA LUMPUR, 29 Nov (Bernama) — Pemaju hartanah Mah Sing Group Bhd (Mah Sing) mencatatkan jualan sebanyak RM1.8 bilion untuk tempoh sembilan bulan berakhir 30 September 2023, peningkatan 14.4 peratus berbanding tempoh yang sama tahun lepas.

Kumpulan itu dalam satu kenyataan hari ini berkata peningkatan dalam jualan itu telah meletakkan perniagaannya di landasan yang betul untuk mencapai sasaran jualan minimum sebanyak RM2.2 bilion pada tahun 2023.

Bagi suku ketiga berakhir 30 September 2023, Mah Sing mencapai hasil sebanyak RM644.3 juta dan bagi tempoh sembilan bulan tahun 2023, kumpulan itu mencatatkan pendapatan RM1.93 bilion daripada RM1.65 bilion setahun lalu.

Pengasas Mah Sing dan Pengarah Urusan Kumpulan Tan Sri Leong Hoy Kum berkata jualan belum dibil meningkat kepada RM2.42 bilion, ia memberi keterlihatan hasil masa depan bagi kumpulan itu.

“Memanfaatkan lembaran imbangan yang baik dan keyakinan dalam model perniagaan pemulihan pantas kami, kami secara aktif berusaha menambah simpanan tanah Mah Sing di Lembah Klang, Johor dan Pulau Pinang untuk mengembangkan portfolio pembangunan kediaman dan perindustrian,” katanya.

Selain itu, Leong juga berkata bahawa kumpulan itu mengekalkan lembaran imbangan yang kukuh dengan kira-kira RM865.4 juta dalam bentuk tunai dan baki bank serta pelaburan dalam dana jangka pendek.

Pemaju hartanah itu juga berkata ia disokong oleh tunai dan baki bank baik serta nisbah tahap kadar hutang bersih sebanyak 0.13x yang rendah, kumpulan itu giat berusaha untuk memperoleh lebih banyak simpanan tanah terutamanya di Lembah Klang, Johor dan Pulau Pinang.

“Aliran tunai yang kukuh daripada projek yang siap tepat pada masanya dan penyerahan pemilikan kosong mengurangkan tahap kadar hutang kepada 0.13x rendah pada 30 September 2023,” katanya.

Sementara itu, kumpulan itu memeterai kerjasama usaha sama pada September 2023 untuk menawarkan penyelesaian perkhidmatan sehenti untuk syarikat asing yang mahu menubuhkan pangkalan pembuatan di Malaysia.

“Usaha sama itu dijangka membuka lebih banyak peluang untuk memacu portfolio pembangunan industri kumpulan,” kata Leong.

Pada suku berkenaan, syarikat membayar RM72.8 juta kepada pemegang saham dalam bentuk dividen, mewakili tahun ke-17 pembayaran dividen tanpa gangguan dan mencatatkan keuntungan tahunan minimum sebanyak 40 peratus.

Ia termasuk semua tanah baharu yang diperoleh sehingga kini, kumpulan itu mempunyai baki simpanan tanah seluas 923.5 hektar dengan baki nilai pembangunan kasar sebanyak RM26.3 bilion.

Mengenai prospek, Mah Sing berkata projeknya akan mendapat manfaat daripada beberapa projek infrastruktur utama, seperti Sistem Transit Pantas Johor Bahru-Singapura, projek kereta api berkelajuan tinggi Kuala Lumpur-Singapura yang berpotensi dimulakan semula, zon ekonomi dan kewangan khas Johor-Singapura, dan Pelan Induk Pengangkutan Pulau Pinang.

“Prospek jangka pertengahan hingga panjang kekal positif dan disokong oleh permintaan asas yang kukuh untuk hartanah disebabkan demografi golongan muda.

“Permintaan daripada pembeli rumah kali pertama dijangka terus kekal berdaya tahan,” kata kumpulan itu.

— BERNAMA

Tags: keputusan kewanganMah Singpembinaan
Share212ShareSend

Related Posts

Bursa Malaysia Catat Untung Bersih Lebih Tinggi RM75.03 Juta Pada Suku Pertama
Catalyst

Keuntungan Bersih Bursa Malaysia Susut Kepada RM57.06 Juta Akibat Hasil Operasi Yang Rendah

9 months ago
Oxford Innotech Bermula Kukuh Di Pasaran ACE, Catat Harga 36 Sen
Asas Saham

Oxford Innotech Bermula Kukuh Di Pasaran ACE, Catat Harga 36 Sen

9 months ago
Zetrix AI Tidak Lagi Kendali Pembaharuan Permit Pekerja Asing
Catalyst

Zetrix AI Tidak Lagi Kendali Pembaharuan Permit Pekerja Asing

9 months ago
TechStore Sasar Raih RM25 Juta Daripada IPO Untuk Pacu Pertumbuhan
Catalyst

TechStore Raih Kontrak Bernilai RM7.75 Juta Di Bawah Projek RTS Link

9 months ago
No Result
View All Result

Follow Kami

Facebook Telegram Youtube
ADVERTISEMENT

Follow Kami

Telegram Facebook Twitter Youtube

Penafian

Segala informasi yang dikongsikan adalah berbentuk pendidikan dan ilmu mengenai bagaimana untuk melabur serta strategi yang anda boleh gunakan.

Maklumat yang terkandung dalam laman ini adalah berdasarkan kepada kajian dan penyelidikan The Kapital (“Penulis”); dan adalah pendapat bertulis semata-mata dan idea daripada Penulis,

Ia tidak melibatkan sebarang aktiviti mengumpul duit serta tidak memberitahu anda pelaburan atau sebarang bentuk sekuriti / saham / bon mana patut anda beli. Saham-saham yang dikongsikan adalah bertujuan pembelajaran sahaja. Perubahan harga yang lepas tidak menjanjikan keuntungan di masa akan datang. Sebarang tindakan atau keputusan untuk melabur adalah keputusan anda.

Kategori

  • Advertorial
  • Asas Saham
  • Aset Digital
  • Berita
  • Catalyst
  • Fundamental Analisis
  • Hebahan
  • Indikator
  • Inspirasi
  • Market Update
  • Pengalaman Saham
  • Produk
  • Saham
  • Saham Global
  • Technical Analysis
  • Trading Idea
  • Uncategorized

Hubungi Kami

Kami menerima banyak pertanyaan daripada media online, media cetak dan juga media elektronik. Jika anda mewakili organisasi media anda, tidak kira surat-khabar, majalah, televisyen dan lain-lain, mohon email ke [email protected]

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In