• Notis Privasi
  • Penafian
  • Pengiklanan
Wednesday, October 8, 2025
  • Login
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
No Result
View All Result
The Kapital
The Kapital
No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
Home Saham Catalyst

REDtone, SpaceX Meterai Perjanjian Tawar Perkhidmatan Jalur Lebar Satelit Starlink Di Malaysia

in Catalyst
A A
REDtone, SpaceX Meterai Perjanjian Tawar Perkhidmatan Jalur Lebar Satelit Starlink Di Malaysia

Gambar: Getty Image

Kongsi ke FacebookKongsi ke TelegramKongsi ke Whatsapp

KUALA LUMPUR, 27 Nov (Bernama) — REDtone Digital Bhd dan SpaceX memeterai perjanjian penjualan semula bagi menawarkan perkhidmatan internet berkelajuan tinggi yang dihubungkan menerusi satelit Starlink di seluruh Malaysia.

Dalam satu kenyataan hari ini, REDtone, syarikat telekomunikasi dan penyedia perkhidmatan  infrastruktur digital bersepadu itu berkata dengan pasukannya yang mempunyai lebih 150 jurutera di seluruh negara, syarikat itu mampu membekalkan perkhidmatan jalur lebar Starlink dengan pantas kepada pengguna di lokasi terpencil serta kawasan yang mempunyai kekangan dari segi geografi dan alam sekitar.

Ketua Pegawai Eksekutif REDtone Lau Bik Soon berkata kekuatan syarikat itu sebagai penyedia penyelesaian rangkaian bersepadu akan membolehkan mereka menawarkan perkhidmatan berasaskan satelit yang lancar kepada pelanggan kerajaan dan perusahaan.

Berkaitan

Keuntungan Bersih Bursa Malaysia Susut Kepada RM57.06 Juta Akibat Hasil Operasi Yang Rendah

Oxford Innotech Bermula Kukuh Di Pasaran ACE, Catat Harga 36 Sen

Zetrix AI Tidak Lagi Kendali Pembaharuan Permit Pekerja Asing

“Kami menyasarkan sektor yang menunjukkan peningkatan kebergantungan terhadap perkhidmatan satelit seperti minyak dan gas, telekomunikasi, perkapalan dan maritim, perkhidmatan kewangan dan perladangan.

“Sektor-sektor ini dijangka menjadi pemacu penting pertumbuhan pasaran satelit di negara ini dan akan meningkatkan keuntungan syarikat,” katanya.

Lau berkata REDtone mengorak langkah ke hadapan dalam merealisasikan visi kerajaan untuk mencapai 100 peratus capaian internet di kawasan berpenduduk.

Beliau berkata kira-kira tiga peratus daripada penduduk negara ini menetap di kawasan yang kurang mempunyai liputan atau tiada sambungan rangkaian internet.

“Kini kami hadir bagi merapatkan jurang jalur lebar itu melalui satelit, untuk mengupayakan pertumbuhan ekonomi, menyediakan akses kepada pendidikan dan penjagaan kesihatan, dan meningkatkan keselamatan awam,” katanya.

Menurut kenyataan itu, pasaran satelit dianggarkan bernilai RM19.7 bilion menjelang 2025, berkembang pada kadar pertumbuhan tahunan sebanyak 10.9 peratus.

Pada masa ini terdapat 5,000 satelit Starlink di orbit dan syarikat itu telah mula melancarkan satelit Gen 2 yang membolehkan mereka menyediakan sokongan digital ke setiap sudut, menghubungkan kawasan yang tidak mempunyai rangkaian ketersambungan dan merapatkan jurang digital di negara ini.

Setakat September 2023, Starlink telah menghubungkan lebih dua juta pelanggan aktif di lebih 60 negara.

SpaceX ialah pengeluar roket dan kapal angkasa Amerika, pembekal perkhidmatan pelancaran, kontraktor pertahanan dan syarikat komunikasi satelit yang beribu pejabat di Hawthorne, California.

— BERNAMA  

Tags: Lau Bik SoonREDtoneSatelitSpace XStarlink
Share270ShareSend

Related Posts

Bursa Malaysia Catat Untung Bersih Lebih Tinggi RM75.03 Juta Pada Suku Pertama
Catalyst

Keuntungan Bersih Bursa Malaysia Susut Kepada RM57.06 Juta Akibat Hasil Operasi Yang Rendah

2 months ago
Oxford Innotech Bermula Kukuh Di Pasaran ACE, Catat Harga 36 Sen
Asas Saham

Oxford Innotech Bermula Kukuh Di Pasaran ACE, Catat Harga 36 Sen

2 months ago
Zetrix AI Tidak Lagi Kendali Pembaharuan Permit Pekerja Asing
Catalyst

Zetrix AI Tidak Lagi Kendali Pembaharuan Permit Pekerja Asing

2 months ago
TechStore Sasar Raih RM25 Juta Daripada IPO Untuk Pacu Pertumbuhan
Catalyst

TechStore Raih Kontrak Bernilai RM7.75 Juta Di Bawah Projek RTS Link

2 months ago
No Result
View All Result

Follow Kami

Facebook Telegram Youtube
ADVERTISEMENT

Follow Kami

Telegram Facebook Twitter Youtube

Penafian

Segala informasi yang dikongsikan adalah berbentuk pendidikan dan ilmu mengenai bagaimana untuk melabur serta strategi yang anda boleh gunakan.

Maklumat yang terkandung dalam laman ini adalah berdasarkan kepada kajian dan penyelidikan The Kapital (“Penulis”); dan adalah pendapat bertulis semata-mata dan idea daripada Penulis,

Ia tidak melibatkan sebarang aktiviti mengumpul duit serta tidak memberitahu anda pelaburan atau sebarang bentuk sekuriti / saham / bon mana patut anda beli. Saham-saham yang dikongsikan adalah bertujuan pembelajaran sahaja. Perubahan harga yang lepas tidak menjanjikan keuntungan di masa akan datang. Sebarang tindakan atau keputusan untuk melabur adalah keputusan anda.

Kategori

  • Advertorial
  • Asas Saham
  • Aset Digital
  • Berita
  • Catalyst
  • Fundamental Analisis
  • Hebahan
  • Indikator
  • Inspirasi
  • Market Update
  • Pengalaman Saham
  • Produk
  • Saham
  • Saham Global
  • Technical Analysis
  • Trading Idea
  • Uncategorized

Hubungi Kami

Kami menerima banyak pertanyaan daripada media online, media cetak dan juga media elektronik. Jika anda mewakili organisasi media anda, tidak kira surat-khabar, majalah, televisyen dan lain-lain, mohon email ke [email protected]

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In