• Notis Privasi
  • Penafian
  • Pengiklanan
Thursday, April 2, 2026
  • Login
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
No Result
View All Result
The Kapital
The Kapital
No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
Home Saham Catalyst

Kegiatan Beli Saham Murah Dorong Bursa Malaysia Dibuka Tinggi Pagi Ini

in Catalyst
A A
Bursa Malaysia Dibuka Rendah Pada Sesi Permulaan Urus Niaga Pagi Ini
Kongsi ke FacebookKongsi ke TelegramKongsi ke Whatsapp

KUALA LUMPUR, 28 Nov (Bernama) — Kegiatan pembelian saham berharga murah yang sederhana mendorong Bursa Malaysia dibuka tinggi pagi ini selepas mencatatkan penurunan selama lima hari berturut-turut, kata seorang penganalisis.

Pada 9.05 pagi, indeks FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) meningkat 1.95 mata kepada 1,450.10 berbanding penutupan Isnin iaitu 1,448.15. Indeks barometer dibuka pada paras 1,450.19, meningkat 2.04 mata.

Pergerakan harga di pasaran menampakkan perbezaan yang amat tipis iaitu kaunter untung dan rugi masing-masing pada 134 dan 133, manakala 236 kaunter tidak berubah, 1,907 tidak diniagakan dan 72 yang lain digantung.

Berkaitan

Keuntungan Bersih Bursa Malaysia Susut Kepada RM57.06 Juta Akibat Hasil Operasi Yang Rendah

Oxford Innotech Bermula Kukuh Di Pasaran ACE, Catat Harga 36 Sen

Zetrix AI Tidak Lagi Kendali Pembaharuan Permit Pekerja Asing

Jumlah dagangan 282.34 juta unit bernilai RM54.20 juta.

Naib Presiden Penyelidikan Ekuiti Rakuten Trade Thong Pak Leng berkata Wall Street ditutup rendah sedikit apabila peniaga ‘berehat’ seketika selepas mempamerkan prestasi kukuh bulan ini.

Purata Perindustrian Dow Jones kehilangan 57 mata (-0.16 peratus) manakala Nasdaq kerugian 10 mata (-0.07 peratus) dan hasil Perbendaharaan 10 tahun AS merosot kepada 4.39 peratus.

Di Hong Kong pula, Indeks Hang Seng susut 34 mata (-0.2 peratus) kerana sentimen kekal berhati-hati menjelang laporan ekonomi China yang mungkin menjuruskan kepada kelembapan disebabkan kekurangan rangsangan.

Sementara di pasaran domestik, FBM KLCI ditutup di bawah paras 1,450 pada Isnin kerana dagangan masih lesu berikutan kekurangan pemangkin baharu selain mengambil petunjuk daripada pergerakan lemah bursa serantau lain.

“Namun begitu, kami menjangkakan dengan adanya kegiatan memburu saham murah, indek mungkin bergerak dalam lingkungan 1,445-1,455,” kata Thong.

Dalam kalangan saham wajaran tinggi, Sime Darby meningkat 4.0 sen kepada RM2.42, IHH Healthcare dan Petronas Chemicals masing-masing menambah 3.0 sen untuk mencatatkan harga RM5.83 and RM7.12, Maybank meraih dua sen kepada RM9.08 dan Public Bank menambah satu sen kepada RM4.25.

Bagi saham aktif, Vestland turun setengah sen kepada 34.5 sen dan MRCB susut 2.0 sen menjadi 42 sen manakala G3 Global dan GFM Services masing-masing tidak berubah pada 2.5 sen dan 22.5 sen dan JCY menokok setengah sen kepada 23.5 sen.

Di papan indeks, Indeks FBM Emas memperoleh 10.33 mata kepada 10,735.79, Indeks FBMT 100 meningkat 10.07 mata untuk mencatatkan paras 10,400.69 dan Indeks FBM Emas Syariah mengukuh 9.71 mata kepada 10,883.77.

Indeks FBM ACE meraih 11.51 mata kepada 5,118.88 tetapi Indeks FBM 70 turun 3.24 mata kepada 14,278.10.

Mengikut sektor, Indeks Perkhidmatan Kewangan mengembang 25.76 mata kepada 16,367.66 dan Indeks Perladangan meningkat 19.45 mata kepada 6,962.90.

Bagaimanapun, Indeks Produk dan Perkhidmatan Perindustrian susut 0.23 mata untuk mencatatkan paras 172.01 manakala Indeks Tenaga susut 0.81 mata kepada 829.87.

— BERNAMA

Tags: FBM KLCIpembukaanThong Pak LengWall Street
Share211ShareSend

Related Posts

Bursa Malaysia Catat Untung Bersih Lebih Tinggi RM75.03 Juta Pada Suku Pertama
Catalyst

Keuntungan Bersih Bursa Malaysia Susut Kepada RM57.06 Juta Akibat Hasil Operasi Yang Rendah

8 months ago
Oxford Innotech Bermula Kukuh Di Pasaran ACE, Catat Harga 36 Sen
Asas Saham

Oxford Innotech Bermula Kukuh Di Pasaran ACE, Catat Harga 36 Sen

8 months ago
Zetrix AI Tidak Lagi Kendali Pembaharuan Permit Pekerja Asing
Catalyst

Zetrix AI Tidak Lagi Kendali Pembaharuan Permit Pekerja Asing

8 months ago
TechStore Sasar Raih RM25 Juta Daripada IPO Untuk Pacu Pertumbuhan
Catalyst

TechStore Raih Kontrak Bernilai RM7.75 Juta Di Bawah Projek RTS Link

8 months ago
No Result
View All Result

Follow Kami

Facebook Telegram Youtube
ADVERTISEMENT

Follow Kami

Telegram Facebook Twitter Youtube

Penafian

Segala informasi yang dikongsikan adalah berbentuk pendidikan dan ilmu mengenai bagaimana untuk melabur serta strategi yang anda boleh gunakan.

Maklumat yang terkandung dalam laman ini adalah berdasarkan kepada kajian dan penyelidikan The Kapital (“Penulis”); dan adalah pendapat bertulis semata-mata dan idea daripada Penulis,

Ia tidak melibatkan sebarang aktiviti mengumpul duit serta tidak memberitahu anda pelaburan atau sebarang bentuk sekuriti / saham / bon mana patut anda beli. Saham-saham yang dikongsikan adalah bertujuan pembelajaran sahaja. Perubahan harga yang lepas tidak menjanjikan keuntungan di masa akan datang. Sebarang tindakan atau keputusan untuk melabur adalah keputusan anda.

Kategori

  • Advertorial
  • Asas Saham
  • Aset Digital
  • Berita
  • Catalyst
  • Fundamental Analisis
  • Hebahan
  • Indikator
  • Inspirasi
  • Market Update
  • Pengalaman Saham
  • Produk
  • Saham
  • Saham Global
  • Technical Analysis
  • Trading Idea
  • Uncategorized

Hubungi Kami

Kami menerima banyak pertanyaan daripada media online, media cetak dan juga media elektronik. Jika anda mewakili organisasi media anda, tidak kira surat-khabar, majalah, televisyen dan lain-lain, mohon email ke [email protected]

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In