• Notis Privasi
  • Penafian
  • Pengiklanan
Thursday, June 4, 2026
  • Login
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
No Result
View All Result
The Kapital
The Kapital
No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
Home Saham Catalyst

Untung Bersih TNB Turun Kepada RM856.2 Juta, Catat Hasil Lebih Tinggi RM13.47 Bilion Pada Suku Ketiga

in Catalyst
A A
Unit TNB Selesai Urusan Pembiayaan RM1.56 Bilion Berkaitan Loji Jana Kuasa Solar Di UK

Kredit gambar: TNB

Kongsi ke FacebookKongsi ke TelegramKongsi ke Whatsapp

KUALA LUMPUR, 24 Nov (Bernama) — Untung bersih Tenaga Nasional Bhd (TNB) bagi suku ketiga (S3) berakhir 30 Sept, 2023, merosot kepada RM856.20 juta daripada RM888.90 juta dalam tempoh yang sama setahun lalu.

Bagaimanapun, hasil bagi suku dalam tinjauan meningkat 3.9 peratus kepada RM13.47 bilion daripada RM12.96 bilion tahun lepas.

Syarikat utiliti tenaga itu mengaitkan hasil yang bertambah baik disebabkan jualan elektrik yang lebih tinggi.

Berkaitan

Keuntungan Bersih Bursa Malaysia Susut Kepada RM57.06 Juta Akibat Hasil Operasi Yang Rendah

Oxford Innotech Bermula Kukuh Di Pasaran ACE, Catat Harga 36 Sen

Zetrix AI Tidak Lagi Kendali Pembaharuan Permit Pekerja Asing

“Keuntungan selepas cukai bagi suku semasa berkurangan sebanyak RM95.3 juta, atau 9.8 peratus, daripada RM972.7 juta pada suku yang sama setahun lalu kepada RM877.4 juta.

“Ini disebabkan margin bahan api yang negatif dan diimbangi oleh perbelanjaan cukai yang lebih rendah serta keuntungan yang diterjemahkan dalam pertukaran asing,” katanya dalam makluman kepada Bursa Malaysia hari ini.

Bagi tempoh sembilan bulan, keuntungan bersih TNB jatuh kepada RM2.19 bilion daripada RM2.65 bilion dalam tempoh yang sama setahun lalu.

Mengenai unjuran, TNB berkata kumpulan itu melaporkan prestasi yang saksama dengan hutang dan kedudukan modal kerja bertambah baik, disokong oleh kadar kutipan yang baik dan tekanan ke atas harga arang batu yang berkurangan.

“Memandangkan ekonomi keseluruhan diunjurkan berkembang pada empat peratus tahun ini, kumpulan menjangkakan prestasi yang stabil dan akan terus berhati-hati terhadap kesan harga bahan api dan turun naik mata wang terhadap pendapatannya.

“Kumpulan akan terus mengambil langkah-langkah berhemat dalam menguruskan keperluan operasi dan kewangannya bagi memastikan ia kekal berdaya tahan,” tambahnya.

— BERNAMA

Tags: Bursa Malaysiasyarikat utiliti tenagaTNB
Share242ShareSend

Related Posts

Bursa Malaysia Catat Untung Bersih Lebih Tinggi RM75.03 Juta Pada Suku Pertama
Catalyst

Keuntungan Bersih Bursa Malaysia Susut Kepada RM57.06 Juta Akibat Hasil Operasi Yang Rendah

10 months ago
Oxford Innotech Bermula Kukuh Di Pasaran ACE, Catat Harga 36 Sen
Asas Saham

Oxford Innotech Bermula Kukuh Di Pasaran ACE, Catat Harga 36 Sen

10 months ago
Zetrix AI Tidak Lagi Kendali Pembaharuan Permit Pekerja Asing
Catalyst

Zetrix AI Tidak Lagi Kendali Pembaharuan Permit Pekerja Asing

10 months ago
TechStore Sasar Raih RM25 Juta Daripada IPO Untuk Pacu Pertumbuhan
Catalyst

TechStore Raih Kontrak Bernilai RM7.75 Juta Di Bawah Projek RTS Link

10 months ago
No Result
View All Result

Follow Kami

Facebook Telegram Youtube
ADVERTISEMENT

Follow Kami

Telegram Facebook Twitter Youtube

Penafian

Segala informasi yang dikongsikan adalah berbentuk pendidikan dan ilmu mengenai bagaimana untuk melabur serta strategi yang anda boleh gunakan.

Maklumat yang terkandung dalam laman ini adalah berdasarkan kepada kajian dan penyelidikan The Kapital (“Penulis”); dan adalah pendapat bertulis semata-mata dan idea daripada Penulis,

Ia tidak melibatkan sebarang aktiviti mengumpul duit serta tidak memberitahu anda pelaburan atau sebarang bentuk sekuriti / saham / bon mana patut anda beli. Saham-saham yang dikongsikan adalah bertujuan pembelajaran sahaja. Perubahan harga yang lepas tidak menjanjikan keuntungan di masa akan datang. Sebarang tindakan atau keputusan untuk melabur adalah keputusan anda.

Kategori

  • Advertorial
  • Asas Saham
  • Aset Digital
  • Berita
  • Catalyst
  • Fundamental Analisis
  • Hebahan
  • Indikator
  • Inspirasi
  • Market Update
  • Pengalaman Saham
  • Produk
  • Saham
  • Saham Global
  • Technical Analysis
  • Trading Idea
  • Uncategorized

Hubungi Kami

Kami menerima banyak pertanyaan daripada media online, media cetak dan juga media elektronik. Jika anda mewakili organisasi media anda, tidak kira surat-khabar, majalah, televisyen dan lain-lain, mohon email ke [email protected]

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In