• Notis Privasi
  • Penafian
  • Pengiklanan
Tuesday, April 21, 2026
  • Login
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
No Result
View All Result
The Kapital
The Kapital
No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
Home Saham Catalyst

Unit Leform Peroleh Kontrak US$1.95 Juta Bekal Rel Adang Lebuh Raya Di Kemboja

in Catalyst
A A
Unit Leform Peroleh Kontrak US$1.95 Juta Bekal Rel Adang Lebuh Raya Di Kemboja
Kongsi ke FacebookKongsi ke TelegramKongsi ke Whatsapp

KUALA LUMPUR, 25 Nov (Bernama) — Leform Bhd memperoleh kontrak daripada Nim Meng Group Co Ltd untuk membekalkan rel adang lebuh raya bagi jalan di Kemboja bernilai US$1.95 juta.

Pembuat dan peniaga produk keluli itu berkata anak syarikat 85 peratus miliknya, Leform Metal Sdn Bhd (LMSB), telah menerima dan menandatangani kontrak itu dengan Nim Meng Group.

“Kontrak itu dijangka dilaksanakan mulai Ogos 2024 dan selesai pada Disember 2024,” menurutnya dalam kenyataan kepada Bursa Malaysia.

Berkaitan

Keuntungan Bersih Bursa Malaysia Susut Kepada RM57.06 Juta Akibat Hasil Operasi Yang Rendah

Oxford Innotech Bermula Kukuh Di Pasaran ACE, Catat Harga 36 Sen

Zetrix AI Tidak Lagi Kendali Pembaharuan Permit Pekerja Asing

Kontrak itu dijangka menyumbang secara positif kepada perolehan, keuntungan dan aset bersih syarikat bagi tahun kewangan berakhir 31 Dis, 2024.

Dalam kenyataan berasingan, Leform menjelaskan projek itu menyasar untuk meningkatkan kapasiti pengangkutan serta menambah baik kecekapan logistik bagi seksyen antara Thlea Puan dan Battambang dan Sri Sophorn-Poipet, yang menghubungkan ibu kota Phnom Penh ke sempadan Thailand.

Pengarah Urusan Leform, Law Kok Thye berkata kontrak baharu itu mewakili langkah strategik ke hadapan dalam matlamat pihaknya untuk mengembangkan jejak perniagaan di peringkat rantau serta menguasai bahagian pasaran yang lebih besar dalam industri keluli.

“Kami yakin dapat menyerahkan produk yang memenuhi spesifikasi kualiti pelanggan kami.

“Oleh itu, kami berharap dapat meraih lebih banyak projek seumpama itu dalam tempoh terdekat dan jangka masa pertengahan dengan memanfaatkan kepakaran kami yang akan menyumbang untuk membina rekod prestasi yang lebih kukuh dalam industri ini,” katanya.

Melangkah ke hadapan, syarikat itu berhati-hati namun optimis bahawa pelaksanaan projek tempatan berdasarkan Belanjawan 2024 berpotensi meningkatkan semula permintaan terhadap keluli, memberikan prospek yang cerah untuk pasaran.

— BERNAMA

Tags: Bursa MalaysiakeluliKembojaLaw Kok ThyeLeformNim Meng Group Co LtdPhnom PenhThailand
Share224ShareSend

Related Posts

Bursa Malaysia Catat Untung Bersih Lebih Tinggi RM75.03 Juta Pada Suku Pertama
Catalyst

Keuntungan Bersih Bursa Malaysia Susut Kepada RM57.06 Juta Akibat Hasil Operasi Yang Rendah

9 months ago
Oxford Innotech Bermula Kukuh Di Pasaran ACE, Catat Harga 36 Sen
Asas Saham

Oxford Innotech Bermula Kukuh Di Pasaran ACE, Catat Harga 36 Sen

9 months ago
Zetrix AI Tidak Lagi Kendali Pembaharuan Permit Pekerja Asing
Catalyst

Zetrix AI Tidak Lagi Kendali Pembaharuan Permit Pekerja Asing

9 months ago
TechStore Sasar Raih RM25 Juta Daripada IPO Untuk Pacu Pertumbuhan
Catalyst

TechStore Raih Kontrak Bernilai RM7.75 Juta Di Bawah Projek RTS Link

9 months ago
No Result
View All Result

Follow Kami

Facebook Telegram Youtube
ADVERTISEMENT

Follow Kami

Telegram Facebook Twitter Youtube

Penafian

Segala informasi yang dikongsikan adalah berbentuk pendidikan dan ilmu mengenai bagaimana untuk melabur serta strategi yang anda boleh gunakan.

Maklumat yang terkandung dalam laman ini adalah berdasarkan kepada kajian dan penyelidikan The Kapital (“Penulis”); dan adalah pendapat bertulis semata-mata dan idea daripada Penulis,

Ia tidak melibatkan sebarang aktiviti mengumpul duit serta tidak memberitahu anda pelaburan atau sebarang bentuk sekuriti / saham / bon mana patut anda beli. Saham-saham yang dikongsikan adalah bertujuan pembelajaran sahaja. Perubahan harga yang lepas tidak menjanjikan keuntungan di masa akan datang. Sebarang tindakan atau keputusan untuk melabur adalah keputusan anda.

Kategori

  • Advertorial
  • Asas Saham
  • Aset Digital
  • Berita
  • Catalyst
  • Fundamental Analisis
  • Hebahan
  • Indikator
  • Inspirasi
  • Market Update
  • Pengalaman Saham
  • Produk
  • Saham
  • Saham Global
  • Technical Analysis
  • Trading Idea
  • Uncategorized

Hubungi Kami

Kami menerima banyak pertanyaan daripada media online, media cetak dan juga media elektronik. Jika anda mewakili organisasi media anda, tidak kira surat-khabar, majalah, televisyen dan lain-lain, mohon email ke [email protected]

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In