• Notis Privasi
  • Penafian
  • Pengiklanan
Monday, April 27, 2026
  • Login
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
No Result
View All Result
The Kapital
The Kapital
No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
Home Saham Catalyst

Malakoff Corp Catat Kerugian Bersih Suku Ketiga RM109.42 Juta

in Catalyst
A A
Malakoff Corporation Utamakan Pertumbuhan Syarikat
Kongsi ke FacebookKongsi ke TelegramKongsi ke Whatsapp

KUALA LUMPUR, 24 Nov (Bernama) — Malakoff Corp Bhd mencatatkan kerugian bersih RM109.42 juta pada suku ketiga berakhir 30 Sept 2023 berbanding keuntungan bersih RM66.54 juta setahun lepas terutamanya disebabkan oleh impak margin bahan api.

Syarikat itu menanggung margin bahan api negatif yang besar masing-masing sebanyak RM149.4 juta dan RM33.0 juta untuk loji arang batu Tanjung Bin Power Sdn Bhd (TBP) dan Tanjung Bin Energy Sdn Bhd (TBE).

Dalam makluman kepada Bursa Malaysia, syarikat penjanaan tenaga dan penyelesaian alam sekitar itu berkata hasilnya susut 32.2 peratus kepada RM2.15 bilion daripada RM3.18 bilion yang dicatatkan pada suku yang sama tahun lepas.

Berkaitan

Keuntungan Bersih Bursa Malaysia Susut Kepada RM57.06 Juta Akibat Hasil Operasi Yang Rendah

Oxford Innotech Bermula Kukuh Di Pasaran ACE, Catat Harga 36 Sen

Zetrix AI Tidak Lagi Kendali Pembaharuan Permit Pekerja Asing

“Prestasi hasil yang merosot itu disebabkan terutamanya oleh pembayaran tenaga yang lebih rendah yang direkodkan daripada TBP dan TBE, kesan daripada penurunan harga arang batu sebenar (ACP) serta ketiadaan sumbangan hasil daripada GB3 Sdn Bhd berikutan tamat tempoh perjanjian pembelian tenaga (PPA),” katanya.

Bagi tempoh sembilan bulan berakhir 30 Sept 2023, Malakoff Corp mencatatkan kerugian bersih RM527.24 juta daripada untung bersih RM213.16 juta sebelumnya.

Hasil susut kepada RM6.80 bilion berbanding RM7.38 bilion sebelumnya, diheret oleh pembayaran tenaga yang lebih rendah yang direkodkan daripada loji arang batu TBP.

Mengenai prospek, Malakoff Corp berkata kumpulan itu menjangkakan prestasi keseluruhan negatif untuk tahun kewangan 2023 dengan mengambil kira kesan daripada harga arang batu global.

“Walau bagaimanapun, kumpulan itu akan terus mengoptimumkan kecekapan operasi kilangnya untuk mengurangkan kesan buruk,” katanya.

— BERNAMA 

Tags: KeputusanMalakoff Corpsuku ketiga tahun kewangan 2023
Share226ShareSend

Related Posts

Bursa Malaysia Catat Untung Bersih Lebih Tinggi RM75.03 Juta Pada Suku Pertama
Catalyst

Keuntungan Bersih Bursa Malaysia Susut Kepada RM57.06 Juta Akibat Hasil Operasi Yang Rendah

9 months ago
Oxford Innotech Bermula Kukuh Di Pasaran ACE, Catat Harga 36 Sen
Asas Saham

Oxford Innotech Bermula Kukuh Di Pasaran ACE, Catat Harga 36 Sen

9 months ago
Zetrix AI Tidak Lagi Kendali Pembaharuan Permit Pekerja Asing
Catalyst

Zetrix AI Tidak Lagi Kendali Pembaharuan Permit Pekerja Asing

9 months ago
TechStore Sasar Raih RM25 Juta Daripada IPO Untuk Pacu Pertumbuhan
Catalyst

TechStore Raih Kontrak Bernilai RM7.75 Juta Di Bawah Projek RTS Link

9 months ago
No Result
View All Result

Follow Kami

Facebook Telegram Youtube
ADVERTISEMENT

Follow Kami

Telegram Facebook Twitter Youtube

Penafian

Segala informasi yang dikongsikan adalah berbentuk pendidikan dan ilmu mengenai bagaimana untuk melabur serta strategi yang anda boleh gunakan.

Maklumat yang terkandung dalam laman ini adalah berdasarkan kepada kajian dan penyelidikan The Kapital (“Penulis”); dan adalah pendapat bertulis semata-mata dan idea daripada Penulis,

Ia tidak melibatkan sebarang aktiviti mengumpul duit serta tidak memberitahu anda pelaburan atau sebarang bentuk sekuriti / saham / bon mana patut anda beli. Saham-saham yang dikongsikan adalah bertujuan pembelajaran sahaja. Perubahan harga yang lepas tidak menjanjikan keuntungan di masa akan datang. Sebarang tindakan atau keputusan untuk melabur adalah keputusan anda.

Kategori

  • Advertorial
  • Asas Saham
  • Aset Digital
  • Berita
  • Catalyst
  • Fundamental Analisis
  • Hebahan
  • Indikator
  • Inspirasi
  • Market Update
  • Pengalaman Saham
  • Produk
  • Saham
  • Saham Global
  • Technical Analysis
  • Trading Idea
  • Uncategorized

Hubungi Kami

Kami menerima banyak pertanyaan daripada media online, media cetak dan juga media elektronik. Jika anda mewakili organisasi media anda, tidak kira surat-khabar, majalah, televisyen dan lain-lain, mohon email ke [email protected]

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In