• Notis Privasi
  • Penafian
  • Pengiklanan
Sunday, April 26, 2026
  • Login
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
No Result
View All Result
The Kapital
The Kapital
No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
Home Saham Catalyst

Untung Bersih Sime Darby Property Naik Kepada RM144.92 juta

in Catalyst
A A
Sime Darby Property Teroka Penyelesaian Solar Bumbung Seiring Pelancaran NETR Fasa 1
Kongsi ke FacebookKongsi ke TelegramKongsi ke Whatsapp

KUALA LUMPUR, 24 Nov (Bernama) — Keuntungan bersih Sime Darby Property Bhd melonjak lebih dua kali kepada RM144.92 juta bagi suku ketiga berakhir 30 Sept, 2023 daripada RM56.13 juta setahun lepas.

Hasil meningkat sebanyak 52.4 peratus kepada RM1.05 bilion daripada RM689.30 juta yang dicatatkan pada suku yang sama tahun sebelumnya, kata pemaju hartanah itu dalam makluman kepada Bursa Malaysia.

“Segmen pembangunan hartanah menyaksikan penambahbaikan dengan peningkatan hasil sebanyak 56.7 peratus yang mencecah RM1.0 bilion, dipacu oleh jualan yang lebih tinggi daripada produk kediaman dan perindustrian serta peningkatan pembangunan di tapak yang sedang berjalan,” katanya dalam satu kenyataan.

Berkaitan

Keuntungan Bersih Bursa Malaysia Susut Kepada RM57.06 Juta Akibat Hasil Operasi Yang Rendah

Oxford Innotech Bermula Kukuh Di Pasaran ACE, Catat Harga 36 Sen

Zetrix AI Tidak Lagi Kendali Pembaharuan Permit Pekerja Asing

Bagi tempoh sembilan bulan terkumpul berakhir 30 Sept 2023, keuntungan bersih Sime Darby Property meningkat kepada RM276.66 juta daripada RM212.69 juta sebelumnya.

Hasil meningkat 35.8 peratus kepada RM2.42 bilion daripada RM1.79 bilion dalam tempoh yang sama tahun lepas, disumbangkan terutamanya oleh segmen pembangunan hartanah yang mencatatkan pertumbuhan kukuh 38.7 peratus tahun ke tahun, mencecah RM2.3 bilion berbanding RM1.6 bilion tahun lepas.

Ia berkata prestasi berdaya tahan segmen itu sebahagian besarnya disebabkan oleh kemajuan di tapak yang bertambah baik dan pencapaian jualan yang menggalakkan, disokong lagi dengan jualan belum dibil sebanyak RM3.6 bilion berbanding RM2.4 bilion tahun lepas.

“Sumbangan hasil daripada segmen pelaburan dan pengurusan aset turun sedikit pada RM78.6 juta manakala segmen riadah meneruskan laluan pertumbuhan sederhananya dengan peningkatan hasil 6.1 peratus kepada RM66.7 juta,” katanya.

Sime Darby Property berkata kumpulan itu turut mencapai sasaran jualan RM2.5 bilion bagi tempoh dalam tinjauan dan dijangka melepasi sasaran tahun kewangan 2023 sebanyak RM2.7 bilion.

Pengarah Urusan kumpulan Datuk Azmir Merican berkata momentum jualan syarikat itu menunjukkan pelbagai penawaran produk yang ditawarkannya pada harga dan lokasi yang sesuai.

“Kejayaan konsisten produk kediaman bertanah, kediaman bertingkat tinggi dan perindustrian kami menyerlahkan tindak balas positif pasaran terhadap hala tuju strategik dan pembangunan produk kami,” katanya.

Mengenai prospek, Azmir berkata kumpulan itu positif tentang pasaran hartanah yang dijangka bertambah baik sejajar dengan ekonomi, disokong oleh permintaan domestik.

Beliau berkata bahawa kedudukan kewangan kumpulan yang teguh, rizab tunai berjumlah RM661.9 juta dan nisbah penggearan bersih sebanyak 27.4 peratus setakat 30 Sept 2023 mengukuhkan lagi persediaan untuk usaha masa depan.

 “Kami mempunyai projek menarik yang bakal dilancarkan untuk suku keempat 2023 bernilai kira-kira RM791.2 juta dalam nilai pembangunan kasar di seluruh perbandaran kami.

“Dengan momentum yang kukuh sehingga kini, kami yakin dapat memenuhi sasaran kewangan dan operasi kami untuk tahun ini,” kata Azmir.

— BERNAMA 

Tags: Azmir MericanKeputusanSime Darby Propertysuku ketiga tahun kewangan 2023
Share211ShareSend

Related Posts

Bursa Malaysia Catat Untung Bersih Lebih Tinggi RM75.03 Juta Pada Suku Pertama
Catalyst

Keuntungan Bersih Bursa Malaysia Susut Kepada RM57.06 Juta Akibat Hasil Operasi Yang Rendah

9 months ago
Oxford Innotech Bermula Kukuh Di Pasaran ACE, Catat Harga 36 Sen
Asas Saham

Oxford Innotech Bermula Kukuh Di Pasaran ACE, Catat Harga 36 Sen

9 months ago
Zetrix AI Tidak Lagi Kendali Pembaharuan Permit Pekerja Asing
Catalyst

Zetrix AI Tidak Lagi Kendali Pembaharuan Permit Pekerja Asing

9 months ago
TechStore Sasar Raih RM25 Juta Daripada IPO Untuk Pacu Pertumbuhan
Catalyst

TechStore Raih Kontrak Bernilai RM7.75 Juta Di Bawah Projek RTS Link

9 months ago
No Result
View All Result

Follow Kami

Facebook Telegram Youtube
ADVERTISEMENT

Follow Kami

Telegram Facebook Twitter Youtube

Penafian

Segala informasi yang dikongsikan adalah berbentuk pendidikan dan ilmu mengenai bagaimana untuk melabur serta strategi yang anda boleh gunakan.

Maklumat yang terkandung dalam laman ini adalah berdasarkan kepada kajian dan penyelidikan The Kapital (“Penulis”); dan adalah pendapat bertulis semata-mata dan idea daripada Penulis,

Ia tidak melibatkan sebarang aktiviti mengumpul duit serta tidak memberitahu anda pelaburan atau sebarang bentuk sekuriti / saham / bon mana patut anda beli. Saham-saham yang dikongsikan adalah bertujuan pembelajaran sahaja. Perubahan harga yang lepas tidak menjanjikan keuntungan di masa akan datang. Sebarang tindakan atau keputusan untuk melabur adalah keputusan anda.

Kategori

  • Advertorial
  • Asas Saham
  • Aset Digital
  • Berita
  • Catalyst
  • Fundamental Analisis
  • Hebahan
  • Indikator
  • Inspirasi
  • Market Update
  • Pengalaman Saham
  • Produk
  • Saham
  • Saham Global
  • Technical Analysis
  • Trading Idea
  • Uncategorized

Hubungi Kami

Kami menerima banyak pertanyaan daripada media online, media cetak dan juga media elektronik. Jika anda mewakili organisasi media anda, tidak kira surat-khabar, majalah, televisyen dan lain-lain, mohon email ke [email protected]

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In