• Notis Privasi
  • Penafian
  • Pengiklanan
Saturday, October 24, 2026
  • Login
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
No Result
View All Result
The Kapital
The Kapital
No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
Home Saham Catalyst

DRB-Hicom Catat Untung Bersih Suku Ketiga Yang Rendah Kepada RM70.80 juta

in Catalyst
A A
DRB-Hicom Catat Keuntungan Bersih RM47.5 Juta Pada Suku Ketiga
Kongsi ke FacebookKongsi ke TelegramKongsi ke Whatsapp

KUALA LUMPUR, 23 Nov (Bernama) — DRB-Hicom Bhd mencatatkan keuntungan bersih yang lebih rendah kepada RM70.80 juta pada suku ketiga berakhir 30 Sept, 2023 (S3 2023) daripada RM143.95 juta dalam tempoh yang sama tahun lepas.

Hasil turut merosot kepada RM4.0 bilion berbanding RM4.54 bilion sebelumnya, terutamanya daripada sektor automotif, aeroangkasa dan pertahanan, serta perniagaan pos, katanya dalam makluman kepada Bursa Malaysia.

Bagi tempoh sembilan bulan kumulatif berakhir 30 Sept, 2023, keuntungan bersih DRB-Hicom susut kepada RM212.42 juta daripada RM287.77 juta, manakala hasil meningkat kepada RM12.08 bilion berbanding RM11.16 bilion dalam tempoh yang sama setahun lalu.

Berkaitan

Keuntungan Bersih Bursa Malaysia Susut Kepada RM57.06 Juta Akibat Hasil Operasi Yang Rendah

Oxford Innotech Bermula Kukuh Di Pasaran ACE, Catat Harga 36 Sen

Zetrix AI Tidak Lagi Kendali Pembaharuan Permit Pekerja Asing

Ia berkata prestasi kumpulan pada sembilan bulan 2023 didorong oleh sektor automotif, yang mencatatkan peningkatan 9.4 peratus dalam hasil berbanding tempoh yang sama tahun lepas, terutamanya daripada Proton serta syarikat-syarikat pengedaran automotif DRB-Hicom, dan syarikat pembuatan serta kejuruteraan.

Proton meneruskan peningkatan dalam jualannya sebanyak 14.1 peratus atau 116,832 unit pada sembilan bulan 2023.

Proton Saga kekal sebagai model terlaris dengan 51,484 unit telah dihantar, diikuti oleh kenderaan utiliti sukan (SUV) Proton X50  dan Persona, dengan prestasi jualan kumulatif sebanyak 43,574 unit.

Kenderaan tenaga baharu pertama Proton, SUV Proton X90 telah berjaya menarik jualan lebih 4,000 unit sejak dilancarkan pada Mei 2023.

Bagaimanapun, sektor aeroangkasa dan pertahanan mencatatkan hasil yang lebih rendah terutamanya disebabkan oleh penghantaran produk pertahanan yang lebih rendah, yang sebahagiannya diimbangi oleh penghantaran yang lebih tinggi bagi pesawat satu lorong dan komponen-komponen pesawat.

Sektor perbankan mencatatkan hasil yang lebih tinggi terutamanya disebabkan oleh pendapatan pembiayaan yang lebih tinggi diterajui oleh pertumbuhan dalam jumlah pembiayaan hasil daripada pertumbuhan yang mampan dan pangkalan pelanggan yang berkembang serta kenaikan Kadar Dasar Semalaman kepada 3.00 peratus dalam tempoh semasa.

Sektor perkhidmatan juga mencatatkan hasil yang lebih tinggi terutamanya daripada perniagaan katering dalam penerbangan dengan penyediaan jumlah makanan yang lebih banyak, serta hasil yang lebih tinggi daripada logistik automotif dan perniagaan marin.

Mengenai prospek, DRB-Hicom berkata kumpulan itu kekal teguh dalam melaksanakan strateginya untuk memacu perniagaan terus ke hadapan.

Dalam sektor automotif, Proton akan menembusi pasaran untuk kenderaan elektrik tempatan dengan menampilkan teknologi canggih dalam barisan produknya pada tahun-tahun akan datang.

Sektor-sektor perniagaan kumpulan yang lain, iaitu perbankan, aeroangkasa dan pertahanan, perkhidmatan dan hartanah akan kekal tertumpu kepada memelihara nilai dan mempergiatkan usaha kemampanan.

Sektor pos masih meneruskan perjalanan transformasinya, menekankan usaha pendigitalan untuk menyelaraskan operasi pos, menambah baik pengalaman pelanggan dan membangunkan potensi-potensi perniagaan baharu.

“Usaha-usaha yang dilakukan ini bertujuan mengukuhkan daya tahan dalam bertindak balas kepada keadaan pasaran yang mencabar. Kumpulan menjangkakan prestasi yang memuaskan untuk tahun kewangan berakhir 31 Dis, 2023,” tambahnya.

— BERNAMA

Tags: DRB-Hicomsuku ketiga
Share222ShareSend

Related Posts

Bursa Malaysia Catat Untung Bersih Lebih Tinggi RM75.03 Juta Pada Suku Pertama
Catalyst

Keuntungan Bersih Bursa Malaysia Susut Kepada RM57.06 Juta Akibat Hasil Operasi Yang Rendah

1 year ago
Oxford Innotech Bermula Kukuh Di Pasaran ACE, Catat Harga 36 Sen
Asas Saham

Oxford Innotech Bermula Kukuh Di Pasaran ACE, Catat Harga 36 Sen

1 year ago
Zetrix AI Tidak Lagi Kendali Pembaharuan Permit Pekerja Asing
Catalyst

Zetrix AI Tidak Lagi Kendali Pembaharuan Permit Pekerja Asing

1 year ago
TechStore Sasar Raih RM25 Juta Daripada IPO Untuk Pacu Pertumbuhan
Catalyst

TechStore Raih Kontrak Bernilai RM7.75 Juta Di Bawah Projek RTS Link

1 year ago
No Result
View All Result

Follow Kami

Facebook Telegram Youtube
ADVERTISEMENT

Follow Kami

Telegram Facebook Twitter Youtube

Penafian

Segala informasi yang dikongsikan adalah berbentuk pendidikan dan ilmu mengenai bagaimana untuk melabur serta strategi yang anda boleh gunakan.

Maklumat yang terkandung dalam laman ini adalah berdasarkan kepada kajian dan penyelidikan The Kapital (“Penulis”); dan adalah pendapat bertulis semata-mata dan idea daripada Penulis,

Ia tidak melibatkan sebarang aktiviti mengumpul duit serta tidak memberitahu anda pelaburan atau sebarang bentuk sekuriti / saham / bon mana patut anda beli. Saham-saham yang dikongsikan adalah bertujuan pembelajaran sahaja. Perubahan harga yang lepas tidak menjanjikan keuntungan di masa akan datang. Sebarang tindakan atau keputusan untuk melabur adalah keputusan anda.

Kategori

  • Advertorial
  • Asas Saham
  • Aset Digital
  • Berita
  • Catalyst
  • Fundamental Analisis
  • Hebahan
  • Indikator
  • Inspirasi
  • Market Update
  • Pengalaman Saham
  • Produk
  • Saham
  • Saham Global
  • Technical Analysis
  • Trading Idea
  • Uncategorized

Hubungi Kami

Kami menerima banyak pertanyaan daripada media online, media cetak dan juga media elektronik. Jika anda mewakili organisasi media anda, tidak kira surat-khabar, majalah, televisyen dan lain-lain, mohon email ke [email protected]

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In