• Notis Privasi
  • Penafian
  • Pengiklanan
Monday, April 27, 2026
  • Login
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
No Result
View All Result
The Kapital
The Kapital
No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
Home Saham Catalyst

Untung Bersih KLK Bagi Tahun Kewangan 2023 Lebih Rendah Sebanyak RM834.25 Juta

in Catalyst
A A
Firma Penyelidikan Positif Dengan KLK, IJM Corp Berikutan Niaga Janji Baharu

Gambar: The Star

Kongsi ke FacebookKongsi ke TelegramKongsi ke Whatsapp

KUALA LUMPUR, 22 Nov (Bernama) — Kuala Lumpur Kepong Bhd (KLK) mencatatkan keuntungan bersih lebih rendah sebanyak RM834.25 juta bagi tahun kewangan berakhir 30 Sept 2023 berbanding RM2.16 bilion pada tempoh sama tahun lepas.

Kumpulan perladangan itu dalam makluman kepada Bursa Malaysia hari ini berkata perolehan merosot kepada RM23.64 bilion berbanding RM27.14 bilion bagi tahun kewangan 2022. 

Bagi suku keempat berakhir 30 Sept 2023, keuntungan bersih KLK susut kepada RM116.30 juta daripada RM462.13 juta pada suku sama tahun lepas.

Berkaitan

Keuntungan Bersih Bursa Malaysia Susut Kepada RM57.06 Juta Akibat Hasil Operasi Yang Rendah

Oxford Innotech Bermula Kukuh Di Pasaran ACE, Catat Harga 36 Sen

Zetrix AI Tidak Lagi Kendali Pembaharuan Permit Pekerja Asing

Perolehan untuk suku keempat tahun kewangan 2023 berkurangan kepada RM5.77 bilion berbanding RM6.97 bilion sebelum ini.

Menurut KLK keuntungan sebelum cukai sektor perladangan pada suku keempat turun 18.7 peratus kepada RM417.5 juta berbanding RM513.6 juta pada tahun lepas, terutamanya berikutan volum jualan minyak sawit mentah (MSM) yang rendah dan penyusutan purata harga jualan MSM dan isirung sawit.

Kumpulan itu kekal komited untuk menambah baik kecekapan operasi ladang bagi meningkatkan produktiviti walaupun mengalami kesan buruk daripada fenomena El Nino, katanya.

KLK berkata peningkatan kecil hasil bagi tahun kewangan 2023 membuktikan dedikasi kumpulan ini.

Menurut kumpulan, bagi tahun kewangan 2023, pihaknya berjaya menangani isu kekurangan pekerja yang menghasilkan keperluan untuk melatih pekerja baharu dan tiada pengalaman.

Turut diberikan perhatian adalah memulihkan semula keadaan pertanian serta kecekapan pemulihan dan kualiti tanaman.

“Kumpulan turut menumpukan untuk mengekalkan piawaian penanaman semula yang tinggi untuk hasil lebih baik pada masa akan datang.

“Secara keseluruhannya, kumpulan ini optimis namun berhati-hati terhadap keputusan kewangan tahun kewangan 2024 walaupun dalam persekitaran kadar faedah tinggi serta serta konflik geopolitik yang boleh menjejaskan ekonomi global,” katanya.

— BERNAMA

Tags: Bursa Malaysiakeputusan kewanganKLKtahun kewangan 2023
Share240ShareSend

Related Posts

Bursa Malaysia Catat Untung Bersih Lebih Tinggi RM75.03 Juta Pada Suku Pertama
Catalyst

Keuntungan Bersih Bursa Malaysia Susut Kepada RM57.06 Juta Akibat Hasil Operasi Yang Rendah

9 months ago
Oxford Innotech Bermula Kukuh Di Pasaran ACE, Catat Harga 36 Sen
Asas Saham

Oxford Innotech Bermula Kukuh Di Pasaran ACE, Catat Harga 36 Sen

9 months ago
Zetrix AI Tidak Lagi Kendali Pembaharuan Permit Pekerja Asing
Catalyst

Zetrix AI Tidak Lagi Kendali Pembaharuan Permit Pekerja Asing

9 months ago
TechStore Sasar Raih RM25 Juta Daripada IPO Untuk Pacu Pertumbuhan
Catalyst

TechStore Raih Kontrak Bernilai RM7.75 Juta Di Bawah Projek RTS Link

9 months ago
No Result
View All Result

Follow Kami

Facebook Telegram Youtube
ADVERTISEMENT

Follow Kami

Telegram Facebook Twitter Youtube

Penafian

Segala informasi yang dikongsikan adalah berbentuk pendidikan dan ilmu mengenai bagaimana untuk melabur serta strategi yang anda boleh gunakan.

Maklumat yang terkandung dalam laman ini adalah berdasarkan kepada kajian dan penyelidikan The Kapital (“Penulis”); dan adalah pendapat bertulis semata-mata dan idea daripada Penulis,

Ia tidak melibatkan sebarang aktiviti mengumpul duit serta tidak memberitahu anda pelaburan atau sebarang bentuk sekuriti / saham / bon mana patut anda beli. Saham-saham yang dikongsikan adalah bertujuan pembelajaran sahaja. Perubahan harga yang lepas tidak menjanjikan keuntungan di masa akan datang. Sebarang tindakan atau keputusan untuk melabur adalah keputusan anda.

Kategori

  • Advertorial
  • Asas Saham
  • Aset Digital
  • Berita
  • Catalyst
  • Fundamental Analisis
  • Hebahan
  • Indikator
  • Inspirasi
  • Market Update
  • Pengalaman Saham
  • Produk
  • Saham
  • Saham Global
  • Technical Analysis
  • Trading Idea
  • Uncategorized

Hubungi Kami

Kami menerima banyak pertanyaan daripada media online, media cetak dan juga media elektronik. Jika anda mewakili organisasi media anda, tidak kira surat-khabar, majalah, televisyen dan lain-lain, mohon email ke [email protected]

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In