• Notis Privasi
  • Penafian
  • Pengiklanan
Friday, July 24, 2026
  • Login
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
No Result
View All Result
The Kapital
The Kapital
No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
Home Saham Catalyst

Keuntungan Bersih Suku Ketiga Time dotCom Susut Kepada RM106.60 juta

in Catalyst
A A
Keuntungan Bersih Suku Ketiga Time dotCom Susut Kepada RM106.60 juta
Kongsi ke FacebookKongsi ke TelegramKongsi ke Whatsapp

KUALA LUMPUR, 22 Nov (Bernama) — Keuntungan bersih Time dotCom Bhd susut 10.2 peratus kepada RM106.60 juta dalam suku ketiga tahun kewangan berakhir 30 Sept, 2023 daripada RM118.74 juta bagi tempoh sama tahun lepas.

Kumpulan telekomunikasi itu berkata penyusutan itu adalah susulan daripada keuntungan yang diraih daripada penamatan operasi yang dimasukkan dalam suku ketiga tahun kewangan 2022.

Dalam kenyataan kepada Bursa Malaysia hari ini, Time dotCom berkata tanpa mengambil kira operasi yang ditamatkan, kumpulan itu bagaimanapun mencatat keuntungan sebelum cukai terkumpul sebanyak RM149.8 juta iaitu menokok RM11.1 juta atau 8.0 peratus daripada keuntungan disatukan sebelum cukai sebanyak RM138.7 juta pada suku ketiga tahun kewangan 2022.

Berkaitan

Keuntungan Bersih Bursa Malaysia Susut Kepada RM57.06 Juta Akibat Hasil Operasi Yang Rendah

Oxford Innotech Bermula Kukuh Di Pasaran ACE, Catat Harga 36 Sen

Zetrix AI Tidak Lagi Kendali Pembaharuan Permit Pekerja Asing

“Peningkatan keuntungan sebelum cukai bagi suku ketiga tahun kewangan 2023 terutamanya disebabkan oleh pendapatan faedah lebih tinggi sebanyak RM8.7 juta serta peningkatan bahagian keuntungan daripada syarikat bersekutu dan usaha sama sebanyak RM2.4 juta,” katanya.

Selain itu, perolehan hasilnya meningkat kepada RM411.07 juta daripada RM360.65 juta sebelum ini, dipacu oleh hasil bukan berulang sebanyak RM4.1 juta daripada segmen pengkomputeran awan dan perkhidmatan lain pada suku di bawah kajian.

Keuntungan bersih kumpulan bagi tempoh sembilan bulan pula melonjak kepada RM2.48 bilion daripada RM327.67 juta bagi tempoh sama tahun lepas susulan pertambahan hasil yang mencecah RM1.17 bilion berbanding RM1.06 bilion, sebelum ini.

Kumpulan itu menyifatkan perolehan hasil berkenaan didorong oleh permintaan bagi data melibatkan pelanggan segmen runcit dan perusahaan.

Sementara itu dalam kenyataan media berasingan, Time dotCom berkata prestasi kumpulan bagi separuh pertama 2023 dipengaruhi terutamanya oleh perkongsian strategik Pusat Data AIMS yang ditutup pada 30 April, 2023.

“Hasil daripada perkongsian strategik itu membolehkan Time Dotcom berada dalam kedudukan baik untuk mempercepat pelan pengembangan rangkaian liputannya serta produk yang bersesuaian,” katanya.

 Ketua Pegawai Eksekutifnya Afzal Abdul Rahim berkata kumpulan itu juga telah meneruskan trajektori pengembangan perniagaan secara pantas dan seiring dengan usaha inovasi tawaran kepada pelanggan serta pasaran.

Bagi kemajuan masa depan, kumpulan berkenaan kekal optimis berupaya mengekalkan prestasi semasa bagi tempoh berbaki 2023.

“Usaha pengembangan liputan selain meningkatkan kecemerlangan operasi akan terus menjadi keutamaan menyampaikan ganjaran serta pengalaman menarik untuk pelanggannya merentasi semua segmen.

“Langkah memperkemas strategi berkaitan pelanggan segmen teras peruncitan, perusahaan dan borong yang selaras dengan pertumbuhan, adalah usaha berterusan kumpulan untuk memenuhi permintaan selain merebut peluang yang ada,” katanya.

— BERNAMA

Tags: hasilprestasisuku ketigaTIME dotCom
Share208ShareSend

Related Posts

Bursa Malaysia Catat Untung Bersih Lebih Tinggi RM75.03 Juta Pada Suku Pertama
Catalyst

Keuntungan Bersih Bursa Malaysia Susut Kepada RM57.06 Juta Akibat Hasil Operasi Yang Rendah

12 months ago
Oxford Innotech Bermula Kukuh Di Pasaran ACE, Catat Harga 36 Sen
Asas Saham

Oxford Innotech Bermula Kukuh Di Pasaran ACE, Catat Harga 36 Sen

12 months ago
Zetrix AI Tidak Lagi Kendali Pembaharuan Permit Pekerja Asing
Catalyst

Zetrix AI Tidak Lagi Kendali Pembaharuan Permit Pekerja Asing

12 months ago
TechStore Sasar Raih RM25 Juta Daripada IPO Untuk Pacu Pertumbuhan
Catalyst

TechStore Raih Kontrak Bernilai RM7.75 Juta Di Bawah Projek RTS Link

12 months ago
No Result
View All Result

Follow Kami

Facebook Telegram Youtube
ADVERTISEMENT

Follow Kami

Telegram Facebook Twitter Youtube

Penafian

Segala informasi yang dikongsikan adalah berbentuk pendidikan dan ilmu mengenai bagaimana untuk melabur serta strategi yang anda boleh gunakan.

Maklumat yang terkandung dalam laman ini adalah berdasarkan kepada kajian dan penyelidikan The Kapital (“Penulis”); dan adalah pendapat bertulis semata-mata dan idea daripada Penulis,

Ia tidak melibatkan sebarang aktiviti mengumpul duit serta tidak memberitahu anda pelaburan atau sebarang bentuk sekuriti / saham / bon mana patut anda beli. Saham-saham yang dikongsikan adalah bertujuan pembelajaran sahaja. Perubahan harga yang lepas tidak menjanjikan keuntungan di masa akan datang. Sebarang tindakan atau keputusan untuk melabur adalah keputusan anda.

Kategori

  • Advertorial
  • Asas Saham
  • Aset Digital
  • Berita
  • Catalyst
  • Fundamental Analisis
  • Hebahan
  • Indikator
  • Inspirasi
  • Market Update
  • Pengalaman Saham
  • Produk
  • Saham
  • Saham Global
  • Technical Analysis
  • Trading Idea
  • Uncategorized

Hubungi Kami

Kami menerima banyak pertanyaan daripada media online, media cetak dan juga media elektronik. Jika anda mewakili organisasi media anda, tidak kira surat-khabar, majalah, televisyen dan lain-lain, mohon email ke [email protected]

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In