• Notis Privasi
  • Penafian
  • Pengiklanan
Thursday, April 2, 2026
  • Login
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
No Result
View All Result
The Kapital
The Kapital
No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
Home Saham Market Update

Bursa Malaysia Dibuka Rendah Pada Sesi Awal Urus Niaga Pagi Ini

in Market Update
A A
Bursa Malaysia Dibuka Rendah, Saham Dan Bon AS Turut Jatuh
Kongsi ke FacebookKongsi ke TelegramKongsi ke Whatsapp

KUALA LUMPUR, 22 Nov (Bernama) — Bursa Malaysia dibuka rendah sedikit hari ini apabila pelabur mengambil sikap yang lebih berhati-hati selepas menilai semula sentimen pasaran global, kata seorang peniaga.

Pada 9.10 pagi, FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) susut 4.91 mata kepada 1,458.49 daripada 1,463.40 pada penutupan semalam.

Indeks utama dibuka 2.81 mata lebih rendah pada paras 1,460.59.

Berkaitan

Bursa Dibuka Meningkat Dipacu Keadaan Serantau Lebih Reda, Belian Terpilih

Kenaikan Wall Street Dorong Bursa Malaysia Dibuka Tinggi

Bursa Malaysia Dibuka 0.36 Peratus Lebih Rendah, Jejaki Petunjuk Global

Pergerakan harga di pasaran menyaksikan kaunter rugi mendahului kaunter untung 185 berbalas 133, manakala 259 kaunter tidak berubah, 1,797 tidak diniagakan dan 10 yang lain digantung.

Jumlah dagangan 214.64 juta unit bernilai RM121.42 juta.

Naib Presiden Penyelidikan Ekuiti Rakuten Trade Thong Pak Leng berkata Wall Street ditutup rendah semalaman apabila peniaga menilai semula minit Rizab Persekutuan AS yang tidak menyebut sebarang pengurangan kadar.

“Sebaliknya, ia menunjukkan bahawa dasar itu akan kekal terhad di tengah-tengah kebimbangan inflasi yang mungkin kembali,” katanya kepada Bernama.

Di pasaran tempatan, Thong berkata pelabur masih bersikap berhati-hati sambil memantau prestasi pasaran serantau dengan indeks utama diunjur bergerak dalam julat 1,460 dan 1,465 hari ini.

Dalam kalangan kaunter wajaran tinggi, Maybank dan Tenaga masing-masing susut dua sen untuk mencatatkan harga RM9.09 dan RM10, Public Bank turun empat sen kepada RM4.23, CIMB susut tiga sen menjadi RM5.76, dan Petronas Chemicals lemah tujuh sen kepada RM7.31.

Bagi saham aktif, Capital A menokok 3.5 sen kepada 87 sen, Airasia X menambah 23 sen menjadi RM2.33, Perdana Petroleum peroleh setengah sen kepada 26.5 sen manakala Top Glove susut dua sen kepada 79 sen dan Kinergy Advancement lemah setengah sen kepada 33.5 sen.  

Di papan indeks, Indeks FBM Emas susut 33.82 mata kepada 10,796.19, Indeks FBMT 100 turun 34.14 mata menjadi 10,454.40, dan Indeks FBM Emas Syariah berkurangan 31.91 mata kepada 11,006.38.

Indeks FBM ACE pula meningkat 19.70 mata kepada 5,228.08 dan Indeks FBM 70 menguncup 42.25 mata kepada 14,323.59.

Mengikut sektor, Indeks Perkhidmatan Kewangan susut 47.58 mata kepada 16,376.15, Indeks Tenaga turun 0.9 mata kepada 862.85, Indeks Perladangan lemah 1.72 mata menjadi 7,014.36 dan Indeks Produk dan Perkhidmatan Perindustrian kerugian 1.47 mata kepada 174.56.

— BERNAMA

Tags: FBM KLCIpembukaanThong Pak LengWall Street
Share208ShareSend

Related Posts

Bursa Malaysia Dibuka Rendah, Saham Dan Bon AS Turut Jatuh
Market Update

Bursa Dibuka Meningkat Dipacu Keadaan Serantau Lebih Reda, Belian Terpilih

8 months ago
Bursa Malaysia Dibuka Rendah, Saham Dan Bon AS Turut Jatuh
Market Update

Kenaikan Wall Street Dorong Bursa Malaysia Dibuka Tinggi

8 months ago
Bursa Malaysia Dibuka Rendah, Saham Dan Bon AS Turut Jatuh
Market Update

Bursa Malaysia Dibuka 0.36 Peratus Lebih Rendah, Jejaki Petunjuk Global

8 months ago
Bursa Malaysia Dibuka Rendah, Saham Dan Bon AS Turut Jatuh
Market Update

Bursa Malaysia Dibuka Tinggi, Indeks Komposit Lepasi 1,530 Dirangsang Perdagangan, Sentimen Positif

8 months ago
No Result
View All Result

Follow Kami

Facebook Telegram Youtube
ADVERTISEMENT

Follow Kami

Telegram Facebook Twitter Youtube

Penafian

Segala informasi yang dikongsikan adalah berbentuk pendidikan dan ilmu mengenai bagaimana untuk melabur serta strategi yang anda boleh gunakan.

Maklumat yang terkandung dalam laman ini adalah berdasarkan kepada kajian dan penyelidikan The Kapital (“Penulis”); dan adalah pendapat bertulis semata-mata dan idea daripada Penulis,

Ia tidak melibatkan sebarang aktiviti mengumpul duit serta tidak memberitahu anda pelaburan atau sebarang bentuk sekuriti / saham / bon mana patut anda beli. Saham-saham yang dikongsikan adalah bertujuan pembelajaran sahaja. Perubahan harga yang lepas tidak menjanjikan keuntungan di masa akan datang. Sebarang tindakan atau keputusan untuk melabur adalah keputusan anda.

Kategori

  • Advertorial
  • Asas Saham
  • Aset Digital
  • Berita
  • Catalyst
  • Fundamental Analisis
  • Hebahan
  • Indikator
  • Inspirasi
  • Market Update
  • Pengalaman Saham
  • Produk
  • Saham
  • Saham Global
  • Technical Analysis
  • Trading Idea
  • Uncategorized

Hubungi Kami

Kami menerima banyak pertanyaan daripada media online, media cetak dan juga media elektronik. Jika anda mewakili organisasi media anda, tidak kira surat-khabar, majalah, televisyen dan lain-lain, mohon email ke [email protected]

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In