• Notis Privasi
  • Penafian
  • Pengiklanan
Saturday, May 2, 2026
  • Login
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
No Result
View All Result
The Kapital
The Kapital
No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
Home Saham Catalyst

AirAsia X: Prestasi Kewangan Pulih, Keluar Dari Status PN17

in Catalyst
A A
Kerugian Bersih AirAsia X Meningkat Kepada RM308.46 Juta Pada Suku Ketiga

Kredit gambar: Malay Mail

Kongsi ke FacebookKongsi ke TelegramKongsi ke Whatsapp

KUALA LUMPUR, 21 Nov (Bernama) — AirAsia X Bhd (AAX) mencatatkan penurunan dalam keuntungan bersih kepada RM5.56 juta bagi suku ketiga berakhir 30 Sept, 2023, daripada RM25.09 juta yang dicatatkan dalam tempoh yang sama tahun lepas.

Bagaimanapun, hasil bagi tempoh dalam tinjauan melonjak kepada RM648.36 juta berbanding RM100.10 juta setahun lalu, kata syarikat penerbangan tambang rendah jarak jauh itu dalam makluman kepada Bursa Malaysia hari ini.

Ia menyatakan syarikat itu memulakan operasi pada suku berakhir 30 Jun, 2022, selepas dua tahun ia menggantung penerbangan berjadual, dan majoriti pesawat syarikat kekal di daratan pada suku berakhir 30 Sept, 2022.​

Berkaitan

Keuntungan Bersih Bursa Malaysia Susut Kepada RM57.06 Juta Akibat Hasil Operasi Yang Rendah

Oxford Innotech Bermula Kukuh Di Pasaran ACE, Catat Harga 36 Sen

Zetrix AI Tidak Lagi Kendali Pembaharuan Permit Pekerja Asing

“Oleh itu, suku perbandingan bagi petunjuk prestasi untuk suku tersebut adalah tidak bermakna. Pembentangan penjadualan metrik hasil dan kos pada suku tersebut, akan dibentangkan tanpa perbandingan dengan suku terakhir kerana tiada perbandingan pada suku yang sama seperti 30 Sept, 2023,” kata AAX.

Ia juga berkata tempoh yang ditinjau secara tradisinya mencatatkan jualan yang agak rendah disebabkan oleh kebermusiman bagi sektor-sektor antarabangsa.

Namun, kumpulan itu telah mencapai pemulihan lebih 53 peratus berbanding tempoh yang sama sebelum COVID-19, kata AAX. 

Selaras dengan pengaktifan semula pesawat pada suku ini kepada 14 pesawat yang beroperasi, kos kakitangan dan kos penyelenggaraan turut meningkat.

Menjelang akhir September 2023, bilangan juruterbang dan kru kabin masing-masing telah meningkat sebanyak 40 peratus dan 131 peratus, manakala kos penyelenggaraan bertambah seiring dengan penggunaan pesawat yang lebih tinggi dan seterusnya didorong oleh kelemahan ringgit berbanding dolar AS.

Mengenai tinjauan masa depan, AAX berkata kumpulan itu mengekalkan momentumnya dalam pemulihan armada, yang mana kumpulan itu kini mengendalikan 14 daripada 17 pesawat dan dijangka menambah satu lagi pesawat kepada armadanya, menjadikan jumlah saiz armadanya kepada 18 pesawat.

“Menjelang Disember 2023, kami menjangkakan sekurang-kurangnya 16 pesawat akan beroperasi. Kumpulan meneruskan haluannya dalam melancarkan semula laluan utama yang menguntungkan dan mengekalkan tumpuannya terhadap potensi di China apabila trafik perjalanan antarabangsa republik itu pulih,” tambahnya.

Sementara itu dalam makluman berasingan, AAX mengumumkan bahawa Bursa Malaysia telah meluluskan permohonannya untuk ditarik balik daripada status Nota Amalan 17 (PN17).

“Bursa Securities, melalui suratnya bertarikh 21 Nov, 2023, selepas mengambil kira fakta dan keadaan yang relevan, termasuk antara lain, syarikat tidak lagi mencetuskan mana-mana kriteria yang ditetapkan di bawah PN17, syarikat telah mematuhi kriteria untuk penepian dan penarikan balik daripada diklasifikasikan sebagai syarikat PN17.

“Selain itu, laporan suku tahunan bagi tempoh kewangan berakhir 30 Sept, 2023, yang perlu dikemukakan sebelum 30 Nov, 2023, memutuskan untuk membenarkan rayuan tertakluk kepada pengumuman AAX tentang keuntungan selepas cukai yang boleh dikaitkan kepada pemegang ekuiti AAX dalam keputusan suku tahunan,” katanya.

Penarikan balik AAX daripada diklasifikasikan sebagai syarikat PN17 akan berkuat kuasa esok (22 Nov). ​         

— BERNAMA

Tags: AAXAirAsiakeputusan kewanganpn17
Share220ShareSend

Related Posts

Bursa Malaysia Catat Untung Bersih Lebih Tinggi RM75.03 Juta Pada Suku Pertama
Catalyst

Keuntungan Bersih Bursa Malaysia Susut Kepada RM57.06 Juta Akibat Hasil Operasi Yang Rendah

9 months ago
Oxford Innotech Bermula Kukuh Di Pasaran ACE, Catat Harga 36 Sen
Asas Saham

Oxford Innotech Bermula Kukuh Di Pasaran ACE, Catat Harga 36 Sen

9 months ago
Zetrix AI Tidak Lagi Kendali Pembaharuan Permit Pekerja Asing
Catalyst

Zetrix AI Tidak Lagi Kendali Pembaharuan Permit Pekerja Asing

9 months ago
TechStore Sasar Raih RM25 Juta Daripada IPO Untuk Pacu Pertumbuhan
Catalyst

TechStore Raih Kontrak Bernilai RM7.75 Juta Di Bawah Projek RTS Link

9 months ago
No Result
View All Result

Follow Kami

Facebook Telegram Youtube
ADVERTISEMENT

Follow Kami

Telegram Facebook Twitter Youtube

Penafian

Segala informasi yang dikongsikan adalah berbentuk pendidikan dan ilmu mengenai bagaimana untuk melabur serta strategi yang anda boleh gunakan.

Maklumat yang terkandung dalam laman ini adalah berdasarkan kepada kajian dan penyelidikan The Kapital (“Penulis”); dan adalah pendapat bertulis semata-mata dan idea daripada Penulis,

Ia tidak melibatkan sebarang aktiviti mengumpul duit serta tidak memberitahu anda pelaburan atau sebarang bentuk sekuriti / saham / bon mana patut anda beli. Saham-saham yang dikongsikan adalah bertujuan pembelajaran sahaja. Perubahan harga yang lepas tidak menjanjikan keuntungan di masa akan datang. Sebarang tindakan atau keputusan untuk melabur adalah keputusan anda.

Kategori

  • Advertorial
  • Asas Saham
  • Aset Digital
  • Berita
  • Catalyst
  • Fundamental Analisis
  • Hebahan
  • Indikator
  • Inspirasi
  • Market Update
  • Pengalaman Saham
  • Produk
  • Saham
  • Saham Global
  • Technical Analysis
  • Trading Idea
  • Uncategorized

Hubungi Kami

Kami menerima banyak pertanyaan daripada media online, media cetak dan juga media elektronik. Jika anda mewakili organisasi media anda, tidak kira surat-khabar, majalah, televisyen dan lain-lain, mohon email ke [email protected]

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In