• Notis Privasi
  • Penafian
  • Pengiklanan
Sunday, April 19, 2026
  • Login
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
No Result
View All Result
The Kapital
The Kapital
No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
Home Saham Catalyst

Untung Bersih Petronas Gas Naik Kepada RM468.46 Juta Pada Suku Ketiga, Umum Dividen 18 Sen

in Catalyst
A A
Petronas Gas Catat Keuntungan Lebih Rendah Disebabkan Cukai Kemakmuran
Kongsi ke FacebookKongsi ke TelegramKongsi ke Whatsapp

KUALA LUMPUR, 20 Nov (Bernama) — Keuntungan bersih Petronas Gas Bhd (PetGas) pada suku ketiga berakhir 30 Sept 2023 (suku ketiga 2023) meningkat kepada RM468.46 juta daripada RM425.82 juta dalam tempoh sama pada tahun sebelumnya.

Bagaimanapun, perolehan pada suku tahun tersebut berkurangan 0.9 peratus atau RM14.5 juta kepada RM1.55 bilion daripada RM1.56 bilion sebelum ini berikutan perolehan yang rendah daripada segmen regasifikasi dan pengangkutan gas.

Segmen tersebut mencatatkan perolehan yang rendah berikutan tarif regasifikasi dan pengangkutan yang diluluskan rendah di bawah Tempoh Kawal Selia 2 diimbangi oleh perolehan yang tinggi daripada segmen utiliti dan pemprosesan gas berdasarkan harga produk dan insentif prestasi yang tinggi.

Berkaitan

Keuntungan Bersih Bursa Malaysia Susut Kepada RM57.06 Juta Akibat Hasil Operasi Yang Rendah

Oxford Innotech Bermula Kukuh Di Pasaran ACE, Catat Harga 36 Sen

Zetrix AI Tidak Lagi Kendali Pembaharuan Permit Pekerja Asing

“Kumpulan mengekalkan prestasi kebolehpercayaannya yang bertaraf dunia di semua loji dan kemudahannya pada suku tahun tersebut,” katanya dalam makluman kepada Bursa Malaysia hari ini.

Bagi tempoh sembilan bulan, PetGas mencatatkan keuntungan bersih yang tinggi sebanyak RM1.38 bilion berbanding RM1.23 bilion dalam tempoh sama pada tahun kewangan sebelum ini. Perolehan turut meningkat kepada RM4.86 bilion berbanding RM4.53 bilion.

Lembaga Pengarah telah meluluskan dividen interim ketiga sebanyak 18 sen sesaham biasa berjumlah RM356.2 juta bagi tahun kewangan berakhir 31 Dis 2023.

“Dividen akan dibayar pada 15 Dis 2023 kepada pendeposit yang berdaftar dalam rekod pendeposit semasa penutup perniagaan pada 5 Dis 2023,” menurut kumpulan itu. 

PetGas juga berkata jumlah asetnya sebanyak RM19.2 bilion, susut 2.4 peratus atau RM469.8 juta berikutan baki tunai yang rendah disebabkan penyelesaian awal liabiliti pajakan untuk unit simpanan terapung di terminal regasifikasi gas asli cecair di Sungai Udang di Melaka.

Mengenai masa depan, kumpulan itu dijangka mencatatkan prestasi kewangan yang kukuh pada 2023, disokong oleh kontrak pendapatan yang stabil dan prestasi operasi yang cemerlang.

“Dalam persekitaran kos operasi yang tinggi selepas pandemik, kumpulan akan terus berusaha untuk kecemerlangan operasi serta keseimbangan yang baik antara pertumbuhan pelaburan, kewangan yang berhemat dan pengagihan pemegang saham,” katanya.

— BERNAMA

Tags: Petronas Gasprestasi kewanganprospeksuku ketiga 2023
Share243ShareSend

Related Posts

Bursa Malaysia Catat Untung Bersih Lebih Tinggi RM75.03 Juta Pada Suku Pertama
Catalyst

Keuntungan Bersih Bursa Malaysia Susut Kepada RM57.06 Juta Akibat Hasil Operasi Yang Rendah

9 months ago
Oxford Innotech Bermula Kukuh Di Pasaran ACE, Catat Harga 36 Sen
Asas Saham

Oxford Innotech Bermula Kukuh Di Pasaran ACE, Catat Harga 36 Sen

9 months ago
Zetrix AI Tidak Lagi Kendali Pembaharuan Permit Pekerja Asing
Catalyst

Zetrix AI Tidak Lagi Kendali Pembaharuan Permit Pekerja Asing

9 months ago
TechStore Sasar Raih RM25 Juta Daripada IPO Untuk Pacu Pertumbuhan
Catalyst

TechStore Raih Kontrak Bernilai RM7.75 Juta Di Bawah Projek RTS Link

9 months ago
No Result
View All Result

Follow Kami

Facebook Telegram Youtube
ADVERTISEMENT

Follow Kami

Telegram Facebook Twitter Youtube

Penafian

Segala informasi yang dikongsikan adalah berbentuk pendidikan dan ilmu mengenai bagaimana untuk melabur serta strategi yang anda boleh gunakan.

Maklumat yang terkandung dalam laman ini adalah berdasarkan kepada kajian dan penyelidikan The Kapital (“Penulis”); dan adalah pendapat bertulis semata-mata dan idea daripada Penulis,

Ia tidak melibatkan sebarang aktiviti mengumpul duit serta tidak memberitahu anda pelaburan atau sebarang bentuk sekuriti / saham / bon mana patut anda beli. Saham-saham yang dikongsikan adalah bertujuan pembelajaran sahaja. Perubahan harga yang lepas tidak menjanjikan keuntungan di masa akan datang. Sebarang tindakan atau keputusan untuk melabur adalah keputusan anda.

Kategori

  • Advertorial
  • Asas Saham
  • Aset Digital
  • Berita
  • Catalyst
  • Fundamental Analisis
  • Hebahan
  • Indikator
  • Inspirasi
  • Market Update
  • Pengalaman Saham
  • Produk
  • Saham
  • Saham Global
  • Technical Analysis
  • Trading Idea
  • Uncategorized

Hubungi Kami

Kami menerima banyak pertanyaan daripada media online, media cetak dan juga media elektronik. Jika anda mewakili organisasi media anda, tidak kira surat-khabar, majalah, televisyen dan lain-lain, mohon email ke [email protected]

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In