• Notis Privasi
  • Penafian
  • Pengiklanan
Friday, June 5, 2026
  • Login
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
No Result
View All Result
The Kapital
The Kapital
No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
Home Saham Catalyst

Jualan Automotif UMW Group Sehingga Oktober Naik 17 Peratus Kepada 354,505 Unit

in Catalyst
A A
Jualan Kenderaan Kumpulan UMW Meningkat 14% Pada Jun 2022 Berbanding Mei 2022; Peningkatan Sebanyak 32% Pada Setengah Tahun Pertama 2022

perodua toyota

Kongsi ke FacebookKongsi ke TelegramKongsi ke Whatsapp

KUALA LUMPUR, 20 Nov (Bernama) — UMW Group (UMW) mencatatkan jualan kenderaan sebanyak 44,767 unit kenderaan pada Oktober berikutan kedua-dua UMW Toyota Motor Sdn Bhd (UMWT) dan syarikat bersekutu UMW, Perodua, terus menyerahkan pesanan tertunggak mereka bulan lepas.

Dalam satu kenyataan hari ini, UMW Group berkata bagi tahun setakat ini hingga Oktober 2023, jualan kumpulan automotif itu meningkat 17 peratus kepada 354,505 unit daripada 302,356 unit yang dicatatkan dalam tempoh yang sama tahun lepas.

“UMWT mencatatkan 10,931 unit pada Oktober 2023, jualan bulanan tertinggi dalam tempoh lima tahun, dan 18 peratus lebih tinggi daripada 9,281 unit yang dicatatkan pada Oktober 2022.

Berkaitan

Keuntungan Bersih Bursa Malaysia Susut Kepada RM57.06 Juta Akibat Hasil Operasi Yang Rendah

Oxford Innotech Bermula Kukuh Di Pasaran ACE, Catat Harga 36 Sen

Zetrix AI Tidak Lagi Kendali Pembaharuan Permit Pekerja Asing

“Setakat Oktober 2023, UMWT mencatatkan jualan 87,442 unit, pertumbuhan sembilan peratus berbanding 80,153 unit kenderaan yang dicatatkan pada tempoh yang sama pada 2022,” katanya.

UMWT melancarkan Toyota Vellfire dan Toyota Alphard serba baharu pada 23 Okt 2023, masing-masing berharga daripada RM438,000 dan RM538,000.

Sementara itu, UMW berkata Perodua mencatatkan peningkatan jualan sebanyak 31 peratus kepada 33,836 unit pada bulan lepas,  iaitu jualan bulanan tertinggi setakat ini berbanding 25,849 unit yang dicatatkan pada bulan yang sama pada 2022.

“Jualan Perodua setakat Oktober tahun ini melonjak kepada 267,063 unit, 20 peratus lebih tinggi berbanding 222,203 unit yang diserahkan pada tempoh yang sama pada 2022.

“Bagi 10 bulan pertama 2023, Bezza merupakan model terlaris Perodua, diikuti Axia dan Myvi,” katanya.

Pegawai UMW Holdings Bhd Megat Shahrul Azmir berkata bagi tahun setakat ini, kedua-dua syarikat terus mencatatkan jualan yang lebih tinggi berbanding tempoh yang sama pada 2022.

“Kami yakin kedua-dua syarikat akan mencapai sasaran jualan 2023 mereka berdasarkan tempahan tertunggak serta permintaan yang berterusan untuk kenderaan baharu.

“Pengenalan model baharu dan kenderaan berwajah baharu dijangka memacu jualan,” katanya.

— BERNAMA

Tags: PeroduaToyotaUMW
Share214ShareSend

Related Posts

Bursa Malaysia Catat Untung Bersih Lebih Tinggi RM75.03 Juta Pada Suku Pertama
Catalyst

Keuntungan Bersih Bursa Malaysia Susut Kepada RM57.06 Juta Akibat Hasil Operasi Yang Rendah

10 months ago
Oxford Innotech Bermula Kukuh Di Pasaran ACE, Catat Harga 36 Sen
Asas Saham

Oxford Innotech Bermula Kukuh Di Pasaran ACE, Catat Harga 36 Sen

10 months ago
Zetrix AI Tidak Lagi Kendali Pembaharuan Permit Pekerja Asing
Catalyst

Zetrix AI Tidak Lagi Kendali Pembaharuan Permit Pekerja Asing

10 months ago
TechStore Sasar Raih RM25 Juta Daripada IPO Untuk Pacu Pertumbuhan
Catalyst

TechStore Raih Kontrak Bernilai RM7.75 Juta Di Bawah Projek RTS Link

10 months ago
No Result
View All Result

Follow Kami

Facebook Telegram Youtube
ADVERTISEMENT

Follow Kami

Telegram Facebook Twitter Youtube

Penafian

Segala informasi yang dikongsikan adalah berbentuk pendidikan dan ilmu mengenai bagaimana untuk melabur serta strategi yang anda boleh gunakan.

Maklumat yang terkandung dalam laman ini adalah berdasarkan kepada kajian dan penyelidikan The Kapital (“Penulis”); dan adalah pendapat bertulis semata-mata dan idea daripada Penulis,

Ia tidak melibatkan sebarang aktiviti mengumpul duit serta tidak memberitahu anda pelaburan atau sebarang bentuk sekuriti / saham / bon mana patut anda beli. Saham-saham yang dikongsikan adalah bertujuan pembelajaran sahaja. Perubahan harga yang lepas tidak menjanjikan keuntungan di masa akan datang. Sebarang tindakan atau keputusan untuk melabur adalah keputusan anda.

Kategori

  • Advertorial
  • Asas Saham
  • Aset Digital
  • Berita
  • Catalyst
  • Fundamental Analisis
  • Hebahan
  • Indikator
  • Inspirasi
  • Market Update
  • Pengalaman Saham
  • Produk
  • Saham
  • Saham Global
  • Technical Analysis
  • Trading Idea
  • Uncategorized

Hubungi Kami

Kami menerima banyak pertanyaan daripada media online, media cetak dan juga media elektronik. Jika anda mewakili organisasi media anda, tidak kira surat-khabar, majalah, televisyen dan lain-lain, mohon email ke [email protected]

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In