• Notis Privasi
  • Penafian
  • Pengiklanan
Monday, April 27, 2026
  • Login
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
No Result
View All Result
The Kapital
The Kapital
No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
Home Saham Market Update

Indeks utama FBM KLCI dibuka tinggi sedikit pagi ini

in Market Update
A A
Bursa Malaysia Dibuka Rendah, Saham Dan Bon AS Turut Jatuh
Kongsi ke FacebookKongsi ke TelegramKongsi ke Whatsapp

KUALA LUMPUR, 21 Nov (Bernama) — Indeks utama FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) dibuka tinggi sedikit hari ini sebelum bergerak rendah, mengetepikan prestasi semalaman Wall Street yang lebih kukuh, kata seorang peniaga.

Pada 9.10 pagi, FBM KLCI merosot 0.69 mata kepada 1,456.23 daripada penutupan semalam pada 1,456.92. Indeks utama dibuka 1.21 mata lebih tinggi untuk mencatatkan paras 1,458.13.

Berkaitan

Bursa Dibuka Meningkat Dipacu Keadaan Serantau Lebih Reda, Belian Terpilih

Kenaikan Wall Street Dorong Bursa Malaysia Dibuka Tinggi

Bursa Malaysia Dibuka 0.36 Peratus Lebih Rendah, Jejaki Petunjuk Global

Pergerakan harga di pasaran positif, dengan kaunter untung mendahului kaunter rugi 206 berbalas 120, manakala 271 kaunter tidak berubah, 1,777 tidak diniagakan dan sembilan yang lain digantung.

Jumlah dagangan 207.85 juta unit bernilai RM79.09 juta.

Naib Presiden Penyelidikan Ekuiti Rakuten Trade Thong Pak Leng berkata Wall Street ditutup tinggi selepas sentimen pelabur dirangsang oleh kelemahan data inflasi yang menyebabkan penurunan hasil bon.

Sementara itu di pasaran tempatan, beliau berkata pasaran akan memberi tumpuan kepada laporan pendapatan korporat terutamanya daripada sektor kewangan yang mungkin memberikan sokongan dalam tempoh terdekat.

“Kami yakin pendapatan terutamanya daripada bank yang dijangka kekal kukuh untuk tahun 2023 dan ini mungkin boleh menarik pembeli kembali ke pasaran,” katanya kepada Bernama sambil menambah indeks utama diunjur berlegar dalam julat 1,455-1,465 hari ini.

Dalam kalangan kaunter wajaran tinggi, Maybank dan Public Bank masing-masing kekal pada harga RM9.11 dan RM4.21, CIMB susut empat sen menjadi RM5.73 dan Tenaga Nasional turun dua sen kepada RM9.95, manakala Petronas Chemicals peroleh dua sen kepada RM7. 22.

Bagi saham aktif, Hong Seng naik setengah sen kepada 3.5 sen, Leform turun setengah sen menjadi 28.5 sen, Ageson tidak berubah pada 7.5 sen, Muhibbah menambah 7.5 sen kepada 77.5 sen, dan MYEG untung 1.5 sen kepada 82 sen .

Di papan indeks, Indeks FBM Emas meningkat 5.59 mata kepada 10,795.71, Indeks FBMT 100 menambah 4.42 mata untuk mencatatkan paras 10,453.72 dan Indeks FBM Emas Syariah peroleh 13.71 mata kepada 11,015.52.

Indeks FBM ACE untung 2.20 mata kepada 5,197.45 dan Indeks FBM 70 mengembang 47.0 mata kepada 14,390.43.

Mengikut sektor, Indeks Perkhidmatan Kewangan susut 13.83 mata kepada 16,345.44, Indeks Tenaga turun 0.5 mata kepada 860.01, manakala Indeks Perladangan 8.99 mata lebih tinggi kepada 6,994.99 dan Indeks Produk dan Perkhidmatan Perindustrian meningkat 0.38 mata untuk mencatatkan paras 173.96.

— BERNAMA

Tags: FBM KLCIkewanganpembukaanpendapatanThong Pak LengWall Street
Share207ShareSend

Related Posts

Bursa Malaysia Dibuka Rendah, Saham Dan Bon AS Turut Jatuh
Market Update

Bursa Dibuka Meningkat Dipacu Keadaan Serantau Lebih Reda, Belian Terpilih

9 months ago
Bursa Malaysia Dibuka Rendah, Saham Dan Bon AS Turut Jatuh
Market Update

Kenaikan Wall Street Dorong Bursa Malaysia Dibuka Tinggi

9 months ago
Bursa Malaysia Dibuka Rendah, Saham Dan Bon AS Turut Jatuh
Market Update

Bursa Malaysia Dibuka 0.36 Peratus Lebih Rendah, Jejaki Petunjuk Global

9 months ago
Bursa Malaysia Dibuka Rendah, Saham Dan Bon AS Turut Jatuh
Market Update

Bursa Malaysia Dibuka Tinggi, Indeks Komposit Lepasi 1,530 Dirangsang Perdagangan, Sentimen Positif

9 months ago
No Result
View All Result

Follow Kami

Facebook Telegram Youtube
ADVERTISEMENT

Follow Kami

Telegram Facebook Twitter Youtube

Penafian

Segala informasi yang dikongsikan adalah berbentuk pendidikan dan ilmu mengenai bagaimana untuk melabur serta strategi yang anda boleh gunakan.

Maklumat yang terkandung dalam laman ini adalah berdasarkan kepada kajian dan penyelidikan The Kapital (“Penulis”); dan adalah pendapat bertulis semata-mata dan idea daripada Penulis,

Ia tidak melibatkan sebarang aktiviti mengumpul duit serta tidak memberitahu anda pelaburan atau sebarang bentuk sekuriti / saham / bon mana patut anda beli. Saham-saham yang dikongsikan adalah bertujuan pembelajaran sahaja. Perubahan harga yang lepas tidak menjanjikan keuntungan di masa akan datang. Sebarang tindakan atau keputusan untuk melabur adalah keputusan anda.

Kategori

  • Advertorial
  • Asas Saham
  • Aset Digital
  • Berita
  • Catalyst
  • Fundamental Analisis
  • Hebahan
  • Indikator
  • Inspirasi
  • Market Update
  • Pengalaman Saham
  • Produk
  • Saham
  • Saham Global
  • Technical Analysis
  • Trading Idea
  • Uncategorized

Hubungi Kami

Kami menerima banyak pertanyaan daripada media online, media cetak dan juga media elektronik. Jika anda mewakili organisasi media anda, tidak kira surat-khabar, majalah, televisyen dan lain-lain, mohon email ke [email protected]

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In