• Notis Privasi
  • Penafian
  • Pengiklanan
Wednesday, October 8, 2025
  • Login
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
No Result
View All Result
The Kapital
The Kapital
No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
Home Saham Market Update

Kekurangan Pemangkin Dorong Bursa Malaysia Dibuka Rendah Pagi Ini

in Market Update
A A
Bursa Malaysia Dibuka Rendah, Saham Dan Bon AS Turut Jatuh
Kongsi ke FacebookKongsi ke TelegramKongsi ke Whatsapp

KUALA LUMPUR, 20 Nov (Bernama) — Kekurangan pemangkin selepas Wall Street mempamerkan prestasi yang bercampur-campur pada Jumaat minggu lepas mendorong Bursa Malaysia memulakan dagangan minggu ini rendah, kata seorang peniaga.

Pada 9.10 pagi, FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) turun 3.63 mata kepada 1,457.04 daripada penutupan dagangan Jumaat  iaitu 1,460.67.

Indeks utama dibukar 0.41 mata rendah pada paras 1,460.26.

Berkaitan

Bursa Dibuka Meningkat Dipacu Keadaan Serantau Lebih Reda, Belian Terpilih

Kenaikan Wall Street Dorong Bursa Malaysia Dibuka Tinggi

Bursa Malaysia Dibuka 0.36 Peratus Lebih Rendah, Jejaki Petunjuk Global

Pergerakan harga di pasaran menyaksikan kaunter rugi mengatasi kaunter untung 175 berbalas 167 manakala 273 kaunter tidak berubah, 1,759 tidak diniagakan dan sembilan yang lain digantung.

Jumlah dagangan 196.88 juta unit bernilai RM77.21 juta.

Naib Presiden Penyelidikan Ekuiti Rakuten Trade Thong Pak Leng berkata Wall Street ditutup agak lemah pada Jumaat apabila pelabur mula mencerna pergerakan cergas baru-baru ini.

Namun begitu, ulasan bercampur-campur daripada pegawai Rizab Persekutuan AS mengenai prospek inflasi di Amerika Syarikat memberikan sokongan dan membantu mengimbangi pasaran, katanya.

“Di dalam negara, FBM KLCI dijangka meneruskan trend menurun. Justeru, indeks utama diunjur berlegar antara julat 1,455-1,465 hari ini, terutamanya disebabkan kekurangan pemangkin positif,” katanya kepada Bernama.

Dalam kalangan kaunter  wajaran tinggi, Maybank dan Public Bank susut dua sen setiap satu kepada RM9.10 dan RM4.21, manakala CIMB turun tujuh sen kepada RM5.73 dan Petronas Chemicals tidak berubah pada RM7.22. Tenaga Nasional turun satu sen kepada RM9.95.

Bagi saham aktif, Hong Seng dan Daythree Digital masing-masing kekal pada 3.5 sen dan 44.5 sen, manakala Mercury Securities lemah setengah sen kepada 35 sen.

Sarawak Consolidated dan Hubline tidak berubah pada  64 sen dan empat sen.

Di papan indeks, Indeks FBM Emas merosot 18.30 mata kepada 10,781.68, Indeks FBMT 100 berkurangan 19.62 mata kepada 10,442.88 dan Indeks FBM Emas Syariah lemah 0.41 mata kepada 11,004.33.

Indeks FBM ACE turun 17.12 mata menjadi 5,154.82, manakala Indeks FBM 70 meraih 0.92 mata kepada 14,303.00.

Mengikut sektor, Indeks Perkhidmatan Kewangan menguncup 63.39 mata kepada 16,319.25, Indeks Tenaga susut 1.28 mata menjadi 851.22 dan Indeks Perladangan turun 1.61 mata kepada 7,005.13.

Sementara itu, Indeks Produk dan Perkhidmatan Perindustrian tidak berubah pada 173.91.

— BERNAMA

Tags: FBM KLCIinflasipembukaanWall Street
Share210ShareSend

Related Posts

Bursa Malaysia Dibuka Rendah, Saham Dan Bon AS Turut Jatuh
Market Update

Bursa Dibuka Meningkat Dipacu Keadaan Serantau Lebih Reda, Belian Terpilih

2 months ago
Bursa Malaysia Dibuka Rendah, Saham Dan Bon AS Turut Jatuh
Market Update

Kenaikan Wall Street Dorong Bursa Malaysia Dibuka Tinggi

2 months ago
Bursa Malaysia Dibuka Rendah, Saham Dan Bon AS Turut Jatuh
Market Update

Bursa Malaysia Dibuka 0.36 Peratus Lebih Rendah, Jejaki Petunjuk Global

3 months ago
Bursa Malaysia Dibuka Rendah, Saham Dan Bon AS Turut Jatuh
Market Update

Bursa Malaysia Dibuka Tinggi, Indeks Komposit Lepasi 1,530 Dirangsang Perdagangan, Sentimen Positif

3 months ago
No Result
View All Result

Follow Kami

Facebook Telegram Youtube
ADVERTISEMENT

Follow Kami

Telegram Facebook Twitter Youtube

Penafian

Segala informasi yang dikongsikan adalah berbentuk pendidikan dan ilmu mengenai bagaimana untuk melabur serta strategi yang anda boleh gunakan.

Maklumat yang terkandung dalam laman ini adalah berdasarkan kepada kajian dan penyelidikan The Kapital (“Penulis”); dan adalah pendapat bertulis semata-mata dan idea daripada Penulis,

Ia tidak melibatkan sebarang aktiviti mengumpul duit serta tidak memberitahu anda pelaburan atau sebarang bentuk sekuriti / saham / bon mana patut anda beli. Saham-saham yang dikongsikan adalah bertujuan pembelajaran sahaja. Perubahan harga yang lepas tidak menjanjikan keuntungan di masa akan datang. Sebarang tindakan atau keputusan untuk melabur adalah keputusan anda.

Kategori

  • Advertorial
  • Asas Saham
  • Aset Digital
  • Berita
  • Catalyst
  • Fundamental Analisis
  • Hebahan
  • Indikator
  • Inspirasi
  • Market Update
  • Pengalaman Saham
  • Produk
  • Saham
  • Saham Global
  • Technical Analysis
  • Trading Idea
  • Uncategorized

Hubungi Kami

Kami menerima banyak pertanyaan daripada media online, media cetak dan juga media elektronik. Jika anda mewakili organisasi media anda, tidak kira surat-khabar, majalah, televisyen dan lain-lain, mohon email ke [email protected]

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In