• Notis Privasi
  • Penafian
  • Pengiklanan
Thursday, April 2, 2026
  • Login
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
No Result
View All Result
The Kapital
The Kapital
No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
Home Saham Catalyst

Bursa Malaysia Dibuka Tinggi, Didorong Unjuran Keputusan Pendapatan Menggalakkan

in Catalyst
A A
Bursa Malaysia Dibuka Rendah, Saham Dan Bon AS Turut Jatuh
Kongsi ke FacebookKongsi ke TelegramKongsi ke Whatsapp

KUALA LUMPUR,14 Nov (Bernama) — Unjuran pendapatan yang kukuh, sekali gus meningkatkan selera risiko pelabur selepas cuti hujung minggu yang panjang mendorong Bursa Malaysia didagangkan tinggi pada sesi awal urus niaga pagi ini.

Pada 9.09 pagi, FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) naik 1.87 mata kepada 1,447.05 daripada 1,445.18 penutup Jumaat

Namun begitu, indeks utama dibuka 0.28 mata rendah pada paras 1,444.90.

Berkaitan

Keuntungan Bersih Bursa Malaysia Susut Kepada RM57.06 Juta Akibat Hasil Operasi Yang Rendah

Oxford Innotech Bermula Kukuh Di Pasaran ACE, Catat Harga 36 Sen

Zetrix AI Tidak Lagi Kendali Pembaharuan Permit Pekerja Asing

Di pasaran yang lebih luas, kaunter untung mengatasi kaunter rugi 214 berbalas 136, manakala 314 kaunter tidak berubah, 1,715 tidak diniagakan dan sembilan yang lain digantung.

Jumlah dagangan  344.15 juta unit bernilai RM82.26 juta.

Menurut nota penyelidikan Malacca Securities Sdn Bhd, ia percaya peniaga akan mengekalkan pegangan masing-masing menjelang musim pelaporan prestasi kewangan tempoh sukuan yang melibatkan sektor pembinaan, hartanah, bahan binaan, utiliti dan pengguna, dengan menjangkakan keputusan yang lebih kukuh.

“Selepas cuti hujung minggu yang panjang, kami menjangka minat belian akan melimpah ke saham pasaran tempatan, terutamanya saham teknologi. Tumpuan juga mungkin beralih kembali kepada sektor minyak dan gas berikutan lantunan semula harga minyak,” katanya.

Sementara itu, Naib Presiden Penyelidikan Ekuiti Rakuten Trade Thong Pak Leng berkata di pasaran luar negara, Wall Street ditutup bercampur-campur kerana peniaga menantikan indeks harga pengguna (CPI) Amerika Syarikat  bulan Oktober untuk mengukur prospek kadar faedah Rizab Persekutuan lewat hari ini.

“Sentimen pasaran AS turut terjejas oleh semakan menurun terkini Moody dalam tinjauan penarafannya di AS disebabkan oleh defisit fiskal yang besar dan perbalahan politik.

“Oleh itu, walaupun Dow Jones menambah 0.16 peratus, Nasdaq kerugian 0.22 peratus dengan hasil 10 tahun AS kekal mendatar pada 4.642 peratus,” katanya.

Di pasaran domestik, dalam kalangan saham wajaran tinggi, Press Metal, Sime Darby, Genting dan Westports masing-masing menambah lima sen kepada RM4.89, RM2.39, RM4.20 dan RM3.51.

Maybank, CIMB dan Petronas Chemicals pula kesemuanya tidak berubah pada paras RM9.08, RM5.75 dan RM7.19.

Bagi kaunter aktif, Hong Seng menambah satu sen kepada 5.5 sen manakala Asdion dan Tanco masing-masing susut setengah sen kepada 6.5 sen dan 57.5 sen.

Di papan indeks, Indeks FBM Emas peroleh 15.88 mata kepada 10,707.357, Indeks FBMT 100 naik 14.53 mata untuk mencatatkan paras 10,368.12 manakala Indeks FBM Emas Syariah menambah 15.09 mata kepada 10,912.26

Indeks FBM 70 meraih 25.04 mata pada 14,186.973, tetapi Indeks FBM ACE susut 7.69 mata kepada 5,124.96.

Mengikut sektor, Indeks Perkhidmatan Kewangan menokok 12.14 mata kepada 16,308.21, Indeks Produk dan Perkhidmatan Perindustrian meningkat 0.52 mata kepada 172.92, Indeks Tenaga mengembang 0.45 mata menjadi 859.79, manakala Indeks Perladangan turun 1.11 mata kepada 6,921.18.

— BERNAMA

Tags: FBM KLCIIHPMoody'spembukaan
Share212ShareSend

Related Posts

Bursa Malaysia Catat Untung Bersih Lebih Tinggi RM75.03 Juta Pada Suku Pertama
Catalyst

Keuntungan Bersih Bursa Malaysia Susut Kepada RM57.06 Juta Akibat Hasil Operasi Yang Rendah

8 months ago
Oxford Innotech Bermula Kukuh Di Pasaran ACE, Catat Harga 36 Sen
Asas Saham

Oxford Innotech Bermula Kukuh Di Pasaran ACE, Catat Harga 36 Sen

8 months ago
Zetrix AI Tidak Lagi Kendali Pembaharuan Permit Pekerja Asing
Catalyst

Zetrix AI Tidak Lagi Kendali Pembaharuan Permit Pekerja Asing

8 months ago
TechStore Sasar Raih RM25 Juta Daripada IPO Untuk Pacu Pertumbuhan
Catalyst

TechStore Raih Kontrak Bernilai RM7.75 Juta Di Bawah Projek RTS Link

8 months ago
No Result
View All Result

Follow Kami

Facebook Telegram Youtube
ADVERTISEMENT

Follow Kami

Telegram Facebook Twitter Youtube

Penafian

Segala informasi yang dikongsikan adalah berbentuk pendidikan dan ilmu mengenai bagaimana untuk melabur serta strategi yang anda boleh gunakan.

Maklumat yang terkandung dalam laman ini adalah berdasarkan kepada kajian dan penyelidikan The Kapital (“Penulis”); dan adalah pendapat bertulis semata-mata dan idea daripada Penulis,

Ia tidak melibatkan sebarang aktiviti mengumpul duit serta tidak memberitahu anda pelaburan atau sebarang bentuk sekuriti / saham / bon mana patut anda beli. Saham-saham yang dikongsikan adalah bertujuan pembelajaran sahaja. Perubahan harga yang lepas tidak menjanjikan keuntungan di masa akan datang. Sebarang tindakan atau keputusan untuk melabur adalah keputusan anda.

Kategori

  • Advertorial
  • Asas Saham
  • Aset Digital
  • Berita
  • Catalyst
  • Fundamental Analisis
  • Hebahan
  • Indikator
  • Inspirasi
  • Market Update
  • Pengalaman Saham
  • Produk
  • Saham
  • Saham Global
  • Technical Analysis
  • Trading Idea
  • Uncategorized

Hubungi Kami

Kami menerima banyak pertanyaan daripada media online, media cetak dan juga media elektronik. Jika anda mewakili organisasi media anda, tidak kira surat-khabar, majalah, televisyen dan lain-lain, mohon email ke [email protected]

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In