Panda ini bukan sebarang panda dan juga bukan FoodPanda. IPO terbaharu yang bakal ditawarkan kepada pelabur awam untuk permohonan adalah Panda Eco System Berhad.
Seperti yang dapat dilihat dalam gambar di atas, moto Panda adalah “Your Gateway to Modern Retailing” yang membawa maksud pintu gerbang ke peruncitan moden. Di sini kita dapat mengagak bahawa Panda menyediakan pelbagai solusi untuk memodenkan perniagaan peruncitan kedai pasar raya.

Sebelum anda memohon IPO Panda Eco System Berhad, berikut merupakan 10 info penting anda perlu tahu.
1. Perniagaan Yang Dijalankan

Panda Eco System Berhad mempunyai kepakaran dalam menyediakan penyelesaian pengurusan runcit yang disesuaikan bagi memenuhi keperluan operasi kedai rangkaian runcit. Selain itu, mereka terlibat dalam perdagangan perisian pihak ketiga, perdagangan perkakasan teknologi maklumat serta penyesuaian perisian, pelaksanaan dan penyepaduan kawalan proses dan penyelesaian automasi.
Model perniagaan kumpulan syarikat dapat digambarkan seperti berikut. Model pendapatannya terbahagi kepada dua iaitu secara one-off (sekali) dan recurring (berulang).

Ibu pejabat Panda Eco System terletak di Melaka. Untuk memastikan kecekapan servis yang terbaik dapat diberikan kepada pelanggan, syarikat ini telah menubuhkan 4 buah hub servis di Kuala Lumpur, Johor Bahru, Kuching dan Kota Kinabalu.
2. Pengasas
Entiti ini bermula pada tahun 2003 setelah diasaskan oleh dua orang individu di Melaka yang berkongsi visi dan mempunyai minat yang sama untuk membangunkan ekosistem peruncitan yang berpotensi memacu pertumbuhan pendapatan untuk peruncit.
Pengasasnya adalah Ketua Pegawai Eksekutif Encik Loo Chee Wee dan Ketua Pegawai Teknologi Encik Tay Kheng Seng. Mereka menubuhkan KC Software House untuk menyediakan solusi penyelesaian peruncitan kepada peruncit.
Perkongsian itu kemudiannya diubah menjadi sebuah syarikat sendirian berhad bernama Panda Software House Sdn Bhd pada tahun 2010 di mana “Panda” secara rasmi diterima pakai sebagai jenama produk syarikat itu.
3. Tarikh-Tarikh Penting

Jangan terlepas tarikh-tarikh penting di atas. Ya betul, anda boleh memohon IPO ini bermula sekarang sehingga 15 November 2023. Cabutan undian pula akan dilakukan pada 17 November 2023.
Sekiranya berjaya mendapat IPO ini, IPO ini akan dikreditkan ke dalam akaun CDS bermula 24 November 2023. Tarikh yang ditunggu-tunggu pula adalah 27 November 2023 iaitu tarikh penyenaraiannya.
Tidak mustahil untuk saya rasakan bahawa IPO ini akan mendapat sambutan yang tinggi kerana harganya yang murah.
4. Dana Bakal Digunakan Untuk Apa
Seperti kesemua IPO yang lain juga, bahagian paling penting dalam prospektus adalah pelabur ingin tahu dana IPO tersebut akan digunakan untuk tujuan apa.

Jika dilihat pada dana yang bakal diraih daripada IPO sebenarnya tidaklah begitu banyak hanya RM17.5 juta sahaja.
Dana-dana tersebut bakal digunakan untuk kajian & penyelidikan, mengembangkan perniagaan, meluaskan jabatan CTS, meluaskan ibu pejabat, modal kerja dan kos penyenaraian.
Tiada dana tersebut akan digunakan untuk membayar hutang. Adakah ini juga boleh menjadi satu perkara yang positif bagi IPO ini?
5. Pendapatan Syarikat

Jika dilihat kepada pendapatan Panda Eco System, pendapatan serta keuntungan selepas cukai mereka agak konsisten sejak 2019 sehingga 2022.

Berdasarkan analisis pendapatan mengikut segmen pelanggan, kedai runcit menyumbang kepada majoriti pendapatan syarikat.
6. Market Share
Perkara yang menarik mengenai Panda adalah terdapat banyak syarikat peruncitan yang menggunakan servis Panda Eco System Berhad. Berdasarkan laman syarikat Panda, terdapat sekurang-kurangnya 80 syarikat peruncitan yang menjadi pelanggannya.

7. Strategi Perniagaan
Sasaran bisnes syarikat adalah untuk mengekalkan kemapanan pertumbuhan dan mencipta nilai jangka masa panjang dengan para pemegang saham.
Untuk memastikan ianya tercapai, beberapa strategi bakal dilaksanakan dalam tempoh 36 bulan iaitu:
- Berhasrat untuk membangunkan modul penyelesaian yang mempunyai akses kepada internet di bawah pengurusan ibu pejabat
- Mengembangkan tenaga kerja dan kemudahan operasi untuk memudahkan pengembangan perniagaan di Malaysia
- Merancang untuk meluaskan jejak geografi syarikat secara serantau di negara lain di rantau ASEAN seperti Indonesia dan Filipina.
8. Risiko
Sebelum anda memohon IPO ini, adalah penting untuk anda mengetahui risiko-risiko yang ada. Berdasarkan prospektus, terdapat 7 risiko yang dirumuskan seperti:
- Bergantung sepenuhnya terhadap pengarah eksekutif dan beberapa individu penting daripada barisan pengurusan. Ini bermakna sekiranya syarikat kehilangan mana-mana individu penting ini, ia boleh memberi impak terhadap persaingan syarikat, perniagaan dan operasi syarikat.
- Bergantung terhadap individu berkemahiran tinggi dalam syarikat.
- Prestasi kewangan masa hadapan bergantung kepada kemampuan syarikat mendapatkan tempahan kerja baru daripada pelanggan baru serta sedia ada.
- Faktor di luar kawalan seperti perubahan ekonomi dan keadaan politik boleh menjejaskan syarikat meneruskan strategi perniagaan
- Terdedah kepada data luaran dan pelanggaran keselamatan siber.
- Terdapat kebarangkalian untuk syarikat tidak dapat melindungi hak pemilikan terhadap sistem pengurusan runcit dan/atau tidak sengaja melanggar hak pemilikan perisian pihak ketiga.
- Perlindungan insurans syarikat mungkin tidak mencukupi untuk menampung kerugian dan/atau liabiliti yang mungkin timbul semasa operasi perniagaan.
Polisi Dividen

Berdasarkan prospektus, pihak syarikat belum memutuskan sebarang polisi dividen. Sebarang keputusan pemberian dividen di masa hadapan akan bergantung kepada banyak faktor.
Walaubagaimanapun, sebarang dividen yang bakal diagihkan bergantung kepada persetujuan para pemegang saham pada mesyuarat agung tahunan.
Sejak tahun kewangan 2019 sehingga 2022, Panda Eco System membayar dividen yang agak tinggi kepada para pemegang saham anak syarikat.
10. Status Syariah

Status syariah IPO Panda Eco System Berhad telah diluluskan oleh SAC (Shariah Advisory Council) ataupun badan penasihat syariah Malaysia. Jadi tiada ragu-ragu untuk memohon IPO ini.
Ramai sangat give up dalam saham. Kawan-kawan kami pun ramai dah give up.
Tapi kenapa give up?
Sebab kita sibuk mencari rahsia, teknik, indikator dan terlalu cepat nak kaya.
Bila dah rugi, mulalah salahkan cikgu, mentor, sifu yang ajar kita.
Hidup ni tak perlu complicated sangat.
Dan tak perlu pun tengok saham ni hari-hari.
Cukup sebulan sekali.
Kami suka kongsikan kaedah Swing ini sebab:
- Kita tak perlu melekat di screen
- Kita boleh bekerja seperti biasa
- Kurang risiko untuk rugi
- Set siap-siap bila nak jual saham tu
- Kurang stress

Insya-Allah berbaloi… SESI BAHARU KINI DIBUKA!!!
Daftar berdua dan dapatkan akses secara percuma!!!