• Notis Privasi
  • Penafian
  • Pengiklanan
Sunday, April 19, 2026
  • Login
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
No Result
View All Result
The Kapital
The Kapital
No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
Home Saham Catalyst

Malaysia Marine and Heavy Engineering Holdings Bhd Catat Rugi Bersih RM105.21 juta Bagi Suku Ketiga

in Catalyst
A A
Unit MHB Dapat Projek CCS Kasawari Di Sarawak

Gambar: www.nsenergybusiness.com

Kongsi ke FacebookKongsi ke TelegramKongsi ke Whatsapp

KUALA LUMPUR, 8 Nov (Bernama) — Malaysia Marine and Heavy Engineering Holdings Bhd (MHB) mencatatkan kerugian bersih sebanyak RM105.21 juta bagi suku ketiga berakhir 30 Sept, 2023 daripada keuntungan bersih RM15.95 juta yang direkodkan pada suku yang sama 2022.

Perolehan meningkat kepada RM638.47 juta daripada RM409.23 juta bagi tempoh yang sama.

Bagi sembilan bulan tahun ini, syarikat itu meraih perolehan RM2.2 bilion dengan kerugian bersih RM490.37 juta.

Berkaitan

Keuntungan Bersih Bursa Malaysia Susut Kepada RM57.06 Juta Akibat Hasil Operasi Yang Rendah

Oxford Innotech Bermula Kukuh Di Pasaran ACE, Catat Harga 36 Sen

Zetrix AI Tidak Lagi Kendali Pembaharuan Permit Pekerja Asing

Dalam kenyataan pada Rabu, MHB menjelaskan segmen kejuruteraan berat melaporkan perolehan lebih tinggi iaitu sebanyak RM2.0 bilion dalam tempoh sembilan bulan tahun ini berbanding RM988.4 juta bagi tempoh sama 2022, terutama didorong perolehan lebih tinggi daripada projek baharu dan yang sedang dilaksanakan.

Syarikat itu memaklumkan walau bagaimanapun, segmen itu merekodkan kerugian operasi sebanyak RM506.5 juta, terutama disebabkan oleh peruntukan kos tambahan akibat daripada semakan jadual dan kesan kenaikan harga terhadap projek yang sedang dijalankan dalam tempoh semasa.

“Semakan jadual menyebabkan tarikh penyerahan dilanjutkan bagi projek sedang dijalankan, kerana tempoh diperlukan untuk melaksanakan kerja-kerja dalam pesisir yang tertunda,” tambahnya.

MHB menambah segmen marin mencatatkan perolehan lebih rendah iaitu RM225.7 juta bagi sembilan bulan 2023 berbanding RM239.3 juta bagi tempoh sama 2022, berikutan bilangan kapal yang diperoleh adalah rendah.

Bagi tempoh sembilan bulan, segmen marin menyelesaikan kerja-kerja pembaikan dan penyelenggaraan pada 48 kapal pelbagai kategori, termasuk sembilan kapal pengangkut gas asli cecair.

“Jumlah aset dan ekuiti syarikat pada akhir tempoh yang dinilai adalah RM3.4 bilion dan RM1.2 bilion,” menurutnya.

Pengarah Urusan dan Ketua Pegawai Eksekutif, Pandai Othman berkata konflik Timur Tengah baru-baru ini serta komitmen berterusan Pertubuhan Negara-negara Pengeksport Petroleum dan pakatannya (OPEC+) terhadap pengurangan bekalan boleh mengehadkan lagi bekalan minyak global.

Beliau berkata keadaan itu mengakibatkan harga minyak menjadi lebih tinggi dalam keadaan permintaan global yang semakin meningkat.

“Ini berkemungkinan meningkatkan perbelanjaan modal melebihi tahap sebelum pandemik. Selain itu, peningkatan kepentingan alam sekitar, sosial dan tadbir urus (ESG) akan mewujudkan pelbagai peluang perniagaan untuk kami dalam ruang tenaga boleh baharu,” katanya.

Beliau berkata mengenai pelaksanaan projek pula, segmen kejuruteraan berat terus menghadapi cabaran dalam melaksanakan beberapa projek yang sedang dijalankan dalam lingkungan margin anggaran asal ekoran kesan kenaikan harga bahan mentah dan gangguan rantaian bekalan global.

— BERNAMA

Tags: Malaysia Marine and Heavy Engineering Holdings Bhdprestasisegmen kejuruteraan beratsegmen marinsuku ketiga
Share239ShareSend

Related Posts

Bursa Malaysia Catat Untung Bersih Lebih Tinggi RM75.03 Juta Pada Suku Pertama
Catalyst

Keuntungan Bersih Bursa Malaysia Susut Kepada RM57.06 Juta Akibat Hasil Operasi Yang Rendah

9 months ago
Oxford Innotech Bermula Kukuh Di Pasaran ACE, Catat Harga 36 Sen
Asas Saham

Oxford Innotech Bermula Kukuh Di Pasaran ACE, Catat Harga 36 Sen

9 months ago
Zetrix AI Tidak Lagi Kendali Pembaharuan Permit Pekerja Asing
Catalyst

Zetrix AI Tidak Lagi Kendali Pembaharuan Permit Pekerja Asing

9 months ago
TechStore Sasar Raih RM25 Juta Daripada IPO Untuk Pacu Pertumbuhan
Catalyst

TechStore Raih Kontrak Bernilai RM7.75 Juta Di Bawah Projek RTS Link

9 months ago
No Result
View All Result

Follow Kami

Facebook Telegram Youtube
ADVERTISEMENT

Follow Kami

Telegram Facebook Twitter Youtube

Penafian

Segala informasi yang dikongsikan adalah berbentuk pendidikan dan ilmu mengenai bagaimana untuk melabur serta strategi yang anda boleh gunakan.

Maklumat yang terkandung dalam laman ini adalah berdasarkan kepada kajian dan penyelidikan The Kapital (“Penulis”); dan adalah pendapat bertulis semata-mata dan idea daripada Penulis,

Ia tidak melibatkan sebarang aktiviti mengumpul duit serta tidak memberitahu anda pelaburan atau sebarang bentuk sekuriti / saham / bon mana patut anda beli. Saham-saham yang dikongsikan adalah bertujuan pembelajaran sahaja. Perubahan harga yang lepas tidak menjanjikan keuntungan di masa akan datang. Sebarang tindakan atau keputusan untuk melabur adalah keputusan anda.

Kategori

  • Advertorial
  • Asas Saham
  • Aset Digital
  • Berita
  • Catalyst
  • Fundamental Analisis
  • Hebahan
  • Indikator
  • Inspirasi
  • Market Update
  • Pengalaman Saham
  • Produk
  • Saham
  • Saham Global
  • Technical Analysis
  • Trading Idea
  • Uncategorized

Hubungi Kami

Kami menerima banyak pertanyaan daripada media online, media cetak dan juga media elektronik. Jika anda mewakili organisasi media anda, tidak kira surat-khabar, majalah, televisyen dan lain-lain, mohon email ke [email protected]

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In