fbpx
  • Notis Privasi
  • Penafian
  • Pengiklanan
Saturday, May 17, 2025
  • Login
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
No Result
View All Result
The Kapital
The Kapital
No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
Home Saham Market Update

Dagangan Bursa Malaysia Dibuka Rendah Sedikit Pada Sesi Awal Urus Niaga

in Market Update
A A
Bursa Malaysia Dibuka Rendah, Saham Dan Bon AS Turut Jatuh
Kongsi ke FacebookKongsi ke TelegramKongsi ke Whatsapp

KUALA LUMPUR, 9 Nov (Bernama) — Kegiatan pengambilan untung di tengah-tengah prestasi bursa serantau yang lemah mendorong Bursa Malaysia didagangkan rendah pada sesi awal urus niaga pagi ini, kata seorang penganalisis.

Pada 9.15 pagi, FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) susut 0.87 mata kepada 1,456.73 daripada penutup semalam pada 1,457.60.

Indeks utama memulakan dagangan pagi ini pada paras 1,456.84, susut 0.76 mata.

Berkaitan

Trump, Tarif & Pelabur Runcit: Siapa Sebenarnya Yang Kena “Game”?

FBM KLCI Dibuka Meningkat Namun Susut Kemudiannya

Bursa Malaysia Dibuka Tinggi

Pergerakan harga di pasaran yang lebih luas menyaksikan kaunter rugi mendahului kaunter untung 188 berbalas 144, manakala 290 kaunter tidak berubah, 1,751 tidak diniagakan dan 20 yang lain digantung.

Jumlah dagangan 340.33 juta unit bernilai RM127.01 juta.

Menurut Malacca Securities Sdn Bhd,  Wall Street diniagakan bercampur-campur semalaman  kerana pelabur masih menjangkakan persekitaran kadar faedah yang lebih lama dan mengambil sikap berhati-hati menjelang ucapan pengerusi Rizab Persekutuan AS Jerome Powell berkenaan prospek kadar faedah AS pada Rabu.

Ia menambah minat dagangan di Wall Street juga telah beransur perlahan selepas pasaran saham AS mencatatkan peningkatan selama  lapan hingga sembilan hari berturut-turut.

Hasil Perbendaharaan 10 tahun AS terus turun manakala pelabur akan memantau rapat kenyataan pengerusi Rizab Persekutuan untuk mendapatkan lebih banyak petunjuk mengenai hala tuju kadar faedah.

“Justeru, dengan aktiviti perdagangan yang lembap ini, kegiatan pengambilan untung akan terus dilihat dalam ekuiti tempatan,” kata firma pembrokeran itu dalam nota penyelidikannya.

Dalam kalangan saham wajaran tinggi, Maybank, Public Bank dan CIMB semuanya tidak berubah, masing-masing pada RM9.12, RM4.21 dan RM5.77.

Tenaga Nasional susut satu sen kepada RM9.91 dan IHH Healthcare lemah dua sen untuk mencatatkan paras RM5.98.

Bagi saham aktif, Swift Haulage menambah empat sen kepada 59 sen, Puncak meningkat satu sen menjadi 43.5 sen, Classita dan CSH Alliance masing-masing mengembang setengah sen kepada 6.5 sen dan 5.0 sen, Velesto lemah 1.5 sen kepada 24 sen dan Kinergy tidak berubah pada 33 sen.

Di papan indeks, Indeks FBM Emas susut 11.26 mata kepada 10,768.12, Indeks FBMT 100 turun 11.76 mata kepada 10,431.30, dan Indeks FBM Emas Syariah menguncup  12.43 mata kepada 10,987.0.

Indeks FBM 70 turun 40.18 mata kepada 14,246.43, manakala Indeks FBM ACE peroleh 38.95 mata kepada 5,169.05.

Mengikut sektor, Indeks Produk dan Perkhidmatan Perindustrian susut 0.06 mata kepada 173.35, Indeks Perladangan berkurangan 1.99 mata menjadi 6,954.37, Indeks Tenaga lemah  6.24 mata kepada 858.71, dan Indeks Perkhidmatan Kewangan susut 6.55 mata kepada 16,363.70.

— BERNAMA

Tags: Bursa MalaysiaFBM KLCIMalacca SecuritiesWall Street
Share204ShareSend

Related Posts

Trump, Tarif & Pelabur Runcit: Siapa Sebenarnya Yang Kena “Game”?
Catalyst

Trump, Tarif & Pelabur Runcit: Siapa Sebenarnya Yang Kena “Game”?

2 days ago
Bursa Malaysia Dibuka Rendah, Saham Dan Bon AS Turut Jatuh
Market Update

FBM KLCI Dibuka Meningkat Namun Susut Kemudiannya

3 days ago
Bursa Malaysia Dibuka Rendah, Saham Dan Bon AS Turut Jatuh
Market Update

Bursa Malaysia Dibuka Tinggi

4 days ago
Bursa Malaysia Dibuka Rendah, Saham Dan Bon AS Turut Jatuh
Market Update

Bursa Malaysia Meningkat Semula Untuk Dibuka Tinggi

1 week ago
No Result
View All Result

Follow Kami

Facebook Telegram Youtube
ADVERTISEMENT

Follow Kami

Telegram Facebook Twitter Youtube

Penafian

Segala informasi yang dikongsikan adalah berbentuk pendidikan dan ilmu mengenai bagaimana untuk melabur serta strategi yang anda boleh gunakan.

Maklumat yang terkandung dalam laman ini adalah berdasarkan kepada kajian dan penyelidikan The Kapital (“Penulis”); dan adalah pendapat bertulis semata-mata dan idea daripada Penulis,

Ia tidak melibatkan sebarang aktiviti mengumpul duit serta tidak memberitahu anda pelaburan atau sebarang bentuk sekuriti / saham / bon mana patut anda beli. Saham-saham yang dikongsikan adalah bertujuan pembelajaran sahaja. Perubahan harga yang lepas tidak menjanjikan keuntungan di masa akan datang. Sebarang tindakan atau keputusan untuk melabur adalah keputusan anda.

Kategori

  • Advertorial
  • Asas Saham
  • Aset Digital
  • Berita
  • Catalyst
  • Fundamental Analisis
  • Hebahan
  • Indikator
  • Inspirasi
  • Market Update
  • Pengalaman Saham
  • Produk
  • Saham
  • Saham Global
  • Technical Analysis
  • Trading Idea
  • Uncategorized

Hubungi Kami

Kami menerima banyak pertanyaan daripada media online, media cetak dan juga media elektronik. Jika anda mewakili organisasi media anda, tidak kira surat-khabar, majalah, televisyen dan lain-lain, mohon email ke [email protected]

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In