• Notis Privasi
  • Penafian
  • Pengiklanan
Wednesday, April 1, 2026
  • Login
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
No Result
View All Result
The Kapital
The Kapital
No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
Home Saham Asas Saham

Ciri-Ciri Saham Blue Chip

in Asas Saham
A A
Ciri-Ciri Saham Blue Chip
Kongsi ke FacebookKongsi ke TelegramKongsi ke Whatsapp

Berkaitan

Oxford Innotech Bermula Kukuh Di Pasaran ACE, Catat Harga 36 Sen

IPO Oxford Innotech Terlebih Langgan 3.42 Kali Menjelang Penyenaraian Di Pasaran ACE

PMCK Berhad Disenaraikan Pada Harga 22.5 Sen Hari Ini, Naik Setengah Sen Daripada Tawaran IPO

Orang kata melabur dalam saham blue chip lebih baik daripada melabur dalam penny stock. Betul ke?

Ataupun anda tak kenal pun saham Blue Chip itu apa? 

Antara ciri-ciri saham Blue Chip adalah saham ini dikenali ramai pelabur dan bukan pelabur kerana namanya yang sangat gah dalam industri dan merupakan leader dalam industri masing-masing. 

Syarikat Blue Chip mempunyai model perniagaan yang kukuh dan rekod prestasi yang baik dari segi pulangan kepada pelabur. Pulangan ini termasuklah seperti pembayaran dividen yang konsisten.

Sumber: malaysiastock.biz

Oleh itu secara ringkasnya, saham Blue Chip boleh didefinisikan sebagai saham ekuiti yang mempunyai ciri-ciri berikut:

  • Leader dalam industri serta mempunyai model perniagaan yang baik
  • Memiliki rekod memberikan pulangan yang kukuh dalam jangka masa panjang
  • Membayar dividen kepada pemegang saham dan kerap meningkatkan jumlah dividen yang diagihkan ketika syarikat membuat keuntungan
  • Memiliki rekod prestasi yang kukuh dengan pelanggan dan pemegang saham

Selain ciri-ciri di atas, satu tips yang ingin dikongsikan kepada para pembaca adalah saham Blue Chip biasanya tidak digoreng oleh para sindiket. Disebabkan saham Blue Chip telah stabil, perniagaannya yang kukuh, serta modal pasaran yang besar maka saham Blue Chip boleh dikatakan selamat daripada digoreng oleh pihak tidak bertanggungjawab.

Contoh Saham Blue Chip Di Bursa Malaysia

Adakah anda sudah dapat mengenal pasti saham Blue Chip berdasarkan definisi di atas?

Untuk memudahkan anda, indeks yang menghimpunkan 30 saham terbesar di Bursa Malaysia adalah indeks FBM KLCI. Konstituen indeks ini sudah semestinya terdiri daripada 30 syarikat tersenarai di Bursa Malaysia dengan modal pasaran terbesar.

Berbicara mengenai saham dengan modal pasaran terbesar, sudah pastilah saham-saham ini adalah saham Blue Chip. Indeks ini turut mengandungi syarikat yang tidak patuh syariah. Pastikan buat kajian dahulu.

Sumber: Bursa Malaysia

Sekiranya indeks FBM KLCI semakin positif dan dana asing sudah mulai masuk ke dalam pasaran, maka syarikat-syarikat ini mendapat perhatian. 

Kita sebagai pelabur runcit pula takkan tengok sahaja. Walaupun saham-saham Blue Chip agak mahal, pelabur seharusnya melihat kepada potensi pulangan berbanding harganya. Barangan atau produk yang mahal biasanya kualitinya juga bagus bukan?

Anda mungkin tertanya-tanya sekiranya anda hanya perlu fokus terhadap saham komponen FBM KLCI?

Jawapannya adalah tidak semestinya. Saham Blue Chip tidak hanya terdiri daripada 30 saham ini tetapi banyak saham lain juga. Perhatikan saham-saham yang berharga RM1 ke atas dan kaji fundamental syarikat tersebut. Jika ada yang berpotensi, maka boleh masukkan dalam watchlist juga.

Ramai sangat give up dalam saham. Kawan-kawan kami pun ramai dah give up.

Tapi kenapa give up?

Sebab kita sibuk mencari rahsia, teknik, indikator dan terlalu cepat nak kaya.

Bila dah rugi, mulalah salahkan cikgu, mentor, sifu yang ajar kita.

Hidup ni tak perlu complicated sangat.

Dan tak perlu pun tengok saham ni hari-hari.
Cukup sebulan sekali.

Kami suka kongsikan kaedah Swing ini sebab:

  • Kita tak perlu melekat di screen
  • Kita boleh bekerja seperti biasa
  • Kurang risiko untuk rugi
  • Set siap-siap bila nak jual saham tu
  • Kurang stress


Insya-Allah berbaloi… Pra-Daftar dahulu & jadi yang terawal untuk tahu sesi seterusnya!

Siap dapat diskaun Early Bird!

SAYA NAK PRA-DAFTAR!

ASYIK-ASYIK TERLEPAS

Dulu semasa PKP leader-leader saham sarung tangan getah mencatat prestasi keuntungan luar biasa.

Kalau belum tahu, leader bagi saham syarikat sarung tangan getah adalah
• Topglove
• Hartalega
• Supermx

Biasanya bila dah terlepas kapal, kita akan perhatikan laggard bagi syarikat sarung getah pula seperti
• HLT
• Rubberex
• Adventa

Itu contoh sahaja, ada lagi kaunter lain dalam senarai leader & laggard ni…

Ingat pelabur dan pedagang bijak takkan kejar harga yang dah naik.

Sebaliknya mereka akan mula memerhatikan syarikat yang bakal ikut naik juga (read: laggard)

Mana nak cari tu? Jangan risau, kami ada share semuanya dalam e-book ini.

➡️ 

Dalam e-book ini, anda akan belajar:

✅ Apa itu Leader?
✅ Apa itu Laggard?
✅ Cara nak kenal saham Leader dan Laggard
✅ Contoh-contoh case study Leader naik dulu, Laggard naik kemudian
✅ Contoh case study yang tak jadi
✅ Contoh case study Leader turun dulu, Laggard turun kemudian

Bukan itu sahaja, turut dikongsikan senarai Leader dan Laggard bagi industri-industri sarung tangan (glove), teknologi, penjagaan kesihatan (healthcare), pembinaan (construction), tenaga (oil & gas) dan banyak lagi.

Dengarnya saham-saham teknologi pula akan terbang? Semoga lepas ni, takde yang tertinggal kereta api lagi…

Dapatkan e-book Leaders and Laggards sekarang
➡️ 

Tags: Blue ChipBursa MalaysiaFBM KLCIPenny Stock
Share384ShareSend

Related Posts

Oxford Innotech Bermula Kukuh Di Pasaran ACE, Catat Harga 36 Sen
Asas Saham

Oxford Innotech Bermula Kukuh Di Pasaran ACE, Catat Harga 36 Sen

8 months ago
IPO Oxford Innotech Terlebih Langgan 3.42 Kali Menjelang Penyenaraian Di Pasaran ACE
Asas Saham

IPO Oxford Innotech Terlebih Langgan 3.42 Kali Menjelang Penyenaraian Di Pasaran ACE

8 months ago
PMCK Berhad Disenaraikan Pada Harga 22.5 Sen Hari Ini, Naik Setengah Sen Daripada Tawaran IPO
Asas Saham

PMCK Berhad Disenaraikan Pada Harga 22.5 Sen Hari Ini, Naik Setengah Sen Daripada Tawaran IPO

9 months ago
Saham Kajian: NexG Raih Lanjutan Kontrak Dari KDN [8 Julai 2025]
Asas Saham

Saham Kajian: NexG Raih Lanjutan Kontrak Dari KDN [8 Julai 2025]

9 months ago
No Result
View All Result

Follow Kami

Facebook Telegram Youtube
ADVERTISEMENT

Follow Kami

Telegram Facebook Twitter Youtube

Penafian

Segala informasi yang dikongsikan adalah berbentuk pendidikan dan ilmu mengenai bagaimana untuk melabur serta strategi yang anda boleh gunakan.

Maklumat yang terkandung dalam laman ini adalah berdasarkan kepada kajian dan penyelidikan The Kapital (“Penulis”); dan adalah pendapat bertulis semata-mata dan idea daripada Penulis,

Ia tidak melibatkan sebarang aktiviti mengumpul duit serta tidak memberitahu anda pelaburan atau sebarang bentuk sekuriti / saham / bon mana patut anda beli. Saham-saham yang dikongsikan adalah bertujuan pembelajaran sahaja. Perubahan harga yang lepas tidak menjanjikan keuntungan di masa akan datang. Sebarang tindakan atau keputusan untuk melabur adalah keputusan anda.

Kategori

  • Advertorial
  • Asas Saham
  • Aset Digital
  • Berita
  • Catalyst
  • Fundamental Analisis
  • Hebahan
  • Indikator
  • Inspirasi
  • Market Update
  • Pengalaman Saham
  • Produk
  • Saham
  • Saham Global
  • Technical Analysis
  • Trading Idea
  • Uncategorized

Hubungi Kami

Kami menerima banyak pertanyaan daripada media online, media cetak dan juga media elektronik. Jika anda mewakili organisasi media anda, tidak kira surat-khabar, majalah, televisyen dan lain-lain, mohon email ke [email protected]

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In