• Notis Privasi
  • Penafian
  • Pengiklanan
Thursday, April 2, 2026
  • Login
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
No Result
View All Result
The Kapital
The Kapital
No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
Home Saham Market Update

Kegiatan Pengambilan Untung Dorong Bursa Malaysia Dibuka Rendah Pagi Ini

in Market Update
A A
Bursa Malaysia Dibuka Rendah Pada Sesi Permulaan Urus Niaga Pagi Ini
Kongsi ke FacebookKongsi ke TelegramKongsi ke Whatsapp

KUALA LUMPUR, 8 Nov (Bernama) — Bursa Malaysia dibuka rendah pada hari Rabu dengan aktiviti pengambilan untung berterusan dalam kalangan indeks wajaran tinggi terpilih di tengah-tengah pergerakan bercampur-campur dalam bursa serantau, kata seorang peniaga.

Pada 9.10 pagi, FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) susut 4.43 mata kepada 1,458.94 daripada 1,463.37 penutup Selasa. Indeks utama dibuka pada paras 1,461.3, susut 2.24 mata.

Pergerakan harga di pasaran yang lebih luas menyaksikan kaunter rugi mendahului kaunter untung 176 berbanding 144, manakala 248 kaunter tidak berubah, 1,796 tidak diniagakan dan 10 digantung.

Berkaitan

Bursa Dibuka Meningkat Dipacu Keadaan Serantau Lebih Reda, Belian Terpilih

Kenaikan Wall Street Dorong Bursa Malaysia Dibuka Tinggi

Bursa Malaysia Dibuka 0.36 Peratus Lebih Rendah, Jejaki Petunjuk Global

Jumlah dagangan 245.67 juta unit bernilai RM101.15 juta.

Menurut Malacca Securities Sdn Bhd, Wall Street mengakhiri satu lagi sesi dagangan lebih tinggi, disokong oleh keuntungan yang diraih syarikat bermodal mega selepas nota Perbendaharaan 10 tahun turun lebih rendah berikutan ulasan daripada beberapa pegawai Rizab Persekutuan yang mencadangkan bank pusat mungkin sudah hampir ke penghujung kitarannya.

Memandangkan keluaran pendapatan daripada syarikat korporat AS masih lagi menggalakkan, pelabur boleh mengetepikan sebarang naratif kemelesetan pendapatan.

“Namun, kami menjangkakan minat belian akan melimpah ke pasaran saham tempatan, khususnya dalam sektor teknologi dan kami masih optimis dan berpihak kepada sektor pembinaan, hartanah, bahan binaan, utiliti dan pengguna,” kata firma itu dalam nota penyelidikannya.

Dalam kalangan saham wajaran tinggi, Maybank susut tiga sen kepada RM9.12, Public Bank dan CelcomDigi turun satu sen setiap satu masing-masing mencatatkan RM4.23 dan RM4.30, manakala Petronas Chemicals dan IHH Healthcare tidak berubah dengan kedua-duanya merekodkan harga RM7.28 dan RM6.05.

Bagi saham aktif, TWL dan Top Glove menambah setengah sen setiap satu kepada 3.5 sen dan 78.5 sen, Ageson dan KNM pula turun setengah sen, masing-masing pada 6.5 sen dan 9.5 sen manakala Kinergy tidak berubah pada 33 sen.

Di papan indeks, Indeks FBM Emas susut 17.50 mata kepada 10,784.58, Indeks FBMT 100 turun 18.80 mata menjadi 10,449.91 dan Indeks FBM Emas Syariah menguncup 4.51 mata kepada 10,993.60.

Indeks FBM 70 meningkat 30.42 mata kepada 14,283.75 dan Indeks FBM ACE peroleh 19.64 mata kepada 5,117.17.

Mengikut sektor, Indeks Produk dan Perkhidmatan Perindustrian merosot 0.25 mata kepada 172.60, Indeks Perladangan lemah 11.02 mata kepada 6,946.84, Indeks Tenaga kerugian 2.74 mata menjadi 868.14, dan Indeks Perkhidmatan Kewangan berkurangan 47.0 mata untuk mencatatkan paras 16,412.83.

— BERNAMA

Tags: Bursa MalaysiaFBM KLCIMalacca SecuritiespembukaanWall Street
Share206ShareSend

Related Posts

Bursa Malaysia Dibuka Rendah, Saham Dan Bon AS Turut Jatuh
Market Update

Bursa Dibuka Meningkat Dipacu Keadaan Serantau Lebih Reda, Belian Terpilih

8 months ago
Bursa Malaysia Dibuka Rendah, Saham Dan Bon AS Turut Jatuh
Market Update

Kenaikan Wall Street Dorong Bursa Malaysia Dibuka Tinggi

8 months ago
Bursa Malaysia Dibuka Rendah, Saham Dan Bon AS Turut Jatuh
Market Update

Bursa Malaysia Dibuka 0.36 Peratus Lebih Rendah, Jejaki Petunjuk Global

8 months ago
Bursa Malaysia Dibuka Rendah, Saham Dan Bon AS Turut Jatuh
Market Update

Bursa Malaysia Dibuka Tinggi, Indeks Komposit Lepasi 1,530 Dirangsang Perdagangan, Sentimen Positif

8 months ago
No Result
View All Result

Follow Kami

Facebook Telegram Youtube
ADVERTISEMENT

Follow Kami

Telegram Facebook Twitter Youtube

Penafian

Segala informasi yang dikongsikan adalah berbentuk pendidikan dan ilmu mengenai bagaimana untuk melabur serta strategi yang anda boleh gunakan.

Maklumat yang terkandung dalam laman ini adalah berdasarkan kepada kajian dan penyelidikan The Kapital (“Penulis”); dan adalah pendapat bertulis semata-mata dan idea daripada Penulis,

Ia tidak melibatkan sebarang aktiviti mengumpul duit serta tidak memberitahu anda pelaburan atau sebarang bentuk sekuriti / saham / bon mana patut anda beli. Saham-saham yang dikongsikan adalah bertujuan pembelajaran sahaja. Perubahan harga yang lepas tidak menjanjikan keuntungan di masa akan datang. Sebarang tindakan atau keputusan untuk melabur adalah keputusan anda.

Kategori

  • Advertorial
  • Asas Saham
  • Aset Digital
  • Berita
  • Catalyst
  • Fundamental Analisis
  • Hebahan
  • Indikator
  • Inspirasi
  • Market Update
  • Pengalaman Saham
  • Produk
  • Saham
  • Saham Global
  • Technical Analysis
  • Trading Idea
  • Uncategorized

Hubungi Kami

Kami menerima banyak pertanyaan daripada media online, media cetak dan juga media elektronik. Jika anda mewakili organisasi media anda, tidak kira surat-khabar, majalah, televisyen dan lain-lain, mohon email ke [email protected]

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In