• Notis Privasi
  • Penafian
  • Pengiklanan
Thursday, April 2, 2026
  • Login
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
No Result
View All Result
The Kapital
The Kapital
No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
Home Saham Market Update

Kegiatan Pengambilan Untung Dorong Bursa Malaysia Dibuka Rendah Pagi Ini

in Market Update
A A
Bursa Malaysia Dibuka Rendah, Saham Dan Bon AS Turut Jatuh
Kongsi ke FacebookKongsi ke TelegramKongsi ke Whatsapp

KUALA LUMPUR, 7 Nov (Bernama) — Bursa Malaysia dibuka rendah pada pagi urus niaga Selasa berikutan aktiviti pengambilan untung sederhana selepas mencatatkan kenaikan kukuh semalam.

Pada 9.16 pagi, FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) susut 3.92 mata kepada 1,460.75 daripada penutupan Isnin pada 1,464.67.

Indeks penanda aras dibuka 0.62 mata lebih rendah pada 1,464.05.

Berkaitan

Bursa Dibuka Meningkat Dipacu Keadaan Serantau Lebih Reda, Belian Terpilih

Kenaikan Wall Street Dorong Bursa Malaysia Dibuka Tinggi

Bursa Malaysia Dibuka 0.36 Peratus Lebih Rendah, Jejaki Petunjuk Global

Pergerakan harga di pasaran yang lebih luas menyaksikan kaunter rugi mendahului kaunter untung 214 berbalas 152, manakala 290 kaunter tidak berubah, 1,692 tidak diniagakan dan tujuh digantung.

Jumlah dagangan 329.98 juta unit bernilai RM140.34 juta.

Naib Presiden Penyelidikan Ekuiti Rakuten Trade Sdn Bhd Thong Pak Leng berkata pengumpulan saham akan berterusan terutamanya daripada dana asing.

Dalam pada itu, indeks penanda aras dijangka berlegar dalam julat 1,460-1,470 hari ini dan mungkin melepasi paras 1,500 tidak lama lagi.

Dalam kalangan saham wajaran tinggi, IHH Healthcare meningkat tiga sen kepada RM6.04, Hong Leong Bank menambah empat sen menjadi RM19.32, Maybank tidak berubah pada RM9.11, Public Bank susut lima sen kepada RM5.76, Petronas Chemicals lemah enam sen menjadi RM7.28 dan TNB turun satu sen kepada RM9.99. 

Bagi saham aktif, EA Technique mengembang 3.5 sen kepada 37.5 sen, Ranhill dan Salutica, kedua-duanya menambah tiga sen kepada 91 sen dan 85 sen, dan CN Asia berkurangan setengah sen kepada 18.5 sen.

Sementara itu, Econpile dan Tanco tidak berubah pada 31.5 sen dan 57 sen.

Di papan indeks, Indeks FBM Emas susut 22.38 mata kepada 10,787.05, Indeks FBMT 100 menguncup 22.26 mata untuk mencatatkan paras 10,451.37 dan Indeks FBM Emas Syariah kerugian 22.26 mata kepada 10,990.63.

Indeks FBM 70 susut 4.94 mata kepada 14,235.87 dan Indeks FBM ACE turun 4.48 mata kepada 5,118.39.

Mengikut sektor, Indeks Produk dan Perkhidmatan Perindustrian lemah 0.57 mata kepada 172.60, Indeks Perladangan turun 21.84 mata menjadi 6,968.81, Indeks Tenaga susut 0.38 mata kepada 876.09, dan Indeks Perkhidmatan Kewangan berkurangan 27.73 mata kepada 16,428.09.

— BERNAMA

Tags: Bursa MalaysiaFBM KLCIpembukaanWall Street
Share208ShareSend

Related Posts

Bursa Malaysia Dibuka Rendah, Saham Dan Bon AS Turut Jatuh
Market Update

Bursa Dibuka Meningkat Dipacu Keadaan Serantau Lebih Reda, Belian Terpilih

8 months ago
Bursa Malaysia Dibuka Rendah, Saham Dan Bon AS Turut Jatuh
Market Update

Kenaikan Wall Street Dorong Bursa Malaysia Dibuka Tinggi

8 months ago
Bursa Malaysia Dibuka Rendah, Saham Dan Bon AS Turut Jatuh
Market Update

Bursa Malaysia Dibuka 0.36 Peratus Lebih Rendah, Jejaki Petunjuk Global

8 months ago
Bursa Malaysia Dibuka Rendah, Saham Dan Bon AS Turut Jatuh
Market Update

Bursa Malaysia Dibuka Tinggi, Indeks Komposit Lepasi 1,530 Dirangsang Perdagangan, Sentimen Positif

8 months ago
No Result
View All Result

Follow Kami

Facebook Telegram Youtube
ADVERTISEMENT

Follow Kami

Telegram Facebook Twitter Youtube

Penafian

Segala informasi yang dikongsikan adalah berbentuk pendidikan dan ilmu mengenai bagaimana untuk melabur serta strategi yang anda boleh gunakan.

Maklumat yang terkandung dalam laman ini adalah berdasarkan kepada kajian dan penyelidikan The Kapital (“Penulis”); dan adalah pendapat bertulis semata-mata dan idea daripada Penulis,

Ia tidak melibatkan sebarang aktiviti mengumpul duit serta tidak memberitahu anda pelaburan atau sebarang bentuk sekuriti / saham / bon mana patut anda beli. Saham-saham yang dikongsikan adalah bertujuan pembelajaran sahaja. Perubahan harga yang lepas tidak menjanjikan keuntungan di masa akan datang. Sebarang tindakan atau keputusan untuk melabur adalah keputusan anda.

Kategori

  • Advertorial
  • Asas Saham
  • Aset Digital
  • Berita
  • Catalyst
  • Fundamental Analisis
  • Hebahan
  • Indikator
  • Inspirasi
  • Market Update
  • Pengalaman Saham
  • Produk
  • Saham
  • Saham Global
  • Technical Analysis
  • Trading Idea
  • Uncategorized

Hubungi Kami

Kami menerima banyak pertanyaan daripada media online, media cetak dan juga media elektronik. Jika anda mewakili organisasi media anda, tidak kira surat-khabar, majalah, televisyen dan lain-lain, mohon email ke [email protected]

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In