• Notis Privasi
  • Penafian
  • Pengiklanan
Wednesday, October 8, 2025
  • Login
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
No Result
View All Result
The Kapital
The Kapital
No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
Home Fundamental Analisis

Apa Khabar Saham-Saham Solar?

in Fundamental Analisis, Saham
A A
8 Catalyst Penting Untuk Kaunter KPOWER, Patutlah Harga Saham Asyik Naik

Photovoltaic panels of solar power station in the landscape at sunset. View from above.

Kongsi ke FacebookKongsi ke TelegramKongsi ke Whatsapp

“National Energy Transition Roadmap (NETR) akan buat saham-saham solar meroket?”

Dunia sedang ligat untuk mengubah iklim dunia dan salah satu usaha besar-besaran adalah dengan beralih daripada menggunakan tenaga tidak boleh diperbaharui kepada tenaga yang boleh diperbaharui. 

Usaha perubahan tenaga ini sangat ditekankan oleh kerajaan Madani hari ini apabila mereka bersungguh-sungguh menjayakan rancangan NETR ini untuk Malaysia yang lebih hijau kelak. 

Di Malaysia, tidak dinafikan negara kita antara negara yang sangat sesuai untuk menyemai tenaga daripada matahari atau lebih dikenali sebagai tenaga solar. 

Berkaitan

Keuntungan Bersih Bursa Malaysia Susut Kepada RM57.06 Juta Akibat Hasil Operasi Yang Rendah

Oxford Innotech Bermula Kukuh Di Pasaran ACE, Catat Harga 36 Sen

Saham Kajian: Guan Chong Tetap Kukuh Walau Berdepan Isu Tarif

Projek dan pelan peralihan tenaga ini adalah satu ‘game changer’ kepada pemain-pemain industri solar di Malaysia kelak. 

Sebagai pelabur, apa kita kita mula intai peluang dan melihat potensi-potensi saham berkaitan syarikat solar dari sudut pandang analisa teknikal. Jom kita lihat apa kata carta tiga saham solar di Bursa malaysia. 

Cypark Resources Berhad Mencari Tapak 

Sumber: Tradingview

Harga saham ini telah membuat kenaikan mendadak pada awal Januari hingga pertengahan Februari 2023 dan membuat harga tertinggi pada tahun 2023 pada paras RM1.23 seunit. 

Namun harga saham ini mula jatuh sehingga Julai 2023 sebelum ada percubaan perubahan trend dan membuat kenaikan yang mendadak pada penghujung bulan September 2023.

Setakat 31 Oktober 2023, harga saham ini dilihat sedang berehat dan berlegar-legar sekitar RM0.855 hingga RM0.960. Mampukah harga saham ini membuat kenaikan mendadak sekali lagi pada tahun ini? 

Samaiden Sedang Buat Diskaun

Sumber: Tradingview

Berbeza dengan Cypark, harga saham Samaiden mula membuat kenaikan mendadak pada pertengahan Jun sehingga awal Ogos 2023. Harga tertinggi pada tahun 2023 adalah pada paras RM1.35 sebelum harga saham ini membuat kejatuhan demi kejatuhan. 

Bermula pada pertengahan bulan Ogos 2023, harga saham Samaiden dilihat membuat kejatuhan demi kejatuhan sehingga 31 Oktober 2023. Agak-agaknya, harga saham ini nak bagi diskaun sampai mana ya? 

Solarvest Sedang Di Fasa Distribution?

Sumber: Tradingview

Saham Solarvest pula mula mendaki dan membuat kenaikan yang sihat sejak pertengahan Mei 2023 lagi sehingga pertengahan Ogos 2023. Harga tertingginya pada 15 Ogos 2023 adalah pada paras RM1.43 seunit. 

Paras sokongan terkini harga saham ini adalah pada paras sekitar RM1.20 dan harga saham ini dilihat sedang berada pada fasa distribution. Boleh Buy On Support ke macam ni? 

Bila Saham Solar Nak Terbang?

Soalan bila itu, memang sukar nak jawab. Tetapi dengan sentimen semasa, nampak gaya ada ruang dan peluang untuk menjana keuntungan pada saham-saham solar ini. Apa kata kita follow rapat saham-saham ini?

Penafian: Prestasi masa lalu bukanlah jaminan prestasi masa hadapan. Artikel ini adalah sekadar contoh dan kami tidak memberitahu anda saham mana patut beli atau tidak. Sebarang tindakan atau keputusan untuk melabur saham adalah keputusan anda.

Ramai sangat give up dalam saham. Kawan-kawan kami pun ramai dah give up.

Tapi kenapa give up?

Sebab kita sibuk mencari rahsia, teknik, indikator dan terlalu cepat nak kaya.

Bila dah rugi, mulalah salahkan cikgu, mentor, sifu yang ajar kita.

Hidup ni tak perlu complicated sangat.

Dan tak perlu pun tengok saham ni hari-hari.
Cukup sebulan sekali.

Kami suka kongsikan kaedah Swing ini sebab:

  • Kita tak perlu melekat di screen
  • Kita boleh bekerja seperti biasa
  • Kurang risiko untuk rugi
  • Set siap-siap bila nak jual saham tu
  • Kurang stress


Insya-Allah berbaloi… Pra-Daftar dahulu & jadi yang terawal untuk tahu sesi seterusnya!

Siap dapat diskaun Early Bird!

SAYA NAK PRA-DAFTAR!

Tags: Bursa MalaysiaCyparksahamsolar
Share426ShareSend

Related Posts

Bursa Malaysia Catat Untung Bersih Lebih Tinggi RM75.03 Juta Pada Suku Pertama
Catalyst

Keuntungan Bersih Bursa Malaysia Susut Kepada RM57.06 Juta Akibat Hasil Operasi Yang Rendah

2 months ago
Oxford Innotech Bermula Kukuh Di Pasaran ACE, Catat Harga 36 Sen
Asas Saham

Oxford Innotech Bermula Kukuh Di Pasaran ACE, Catat Harga 36 Sen

2 months ago
Saham Kajian: Guan Chong Tetap Kukuh Walau Berdepan Isu Tarif
Saham

Saham Kajian: Guan Chong Tetap Kukuh Walau Berdepan Isu Tarif

2 months ago
Zetrix AI Tidak Lagi Kendali Pembaharuan Permit Pekerja Asing
Catalyst

Zetrix AI Tidak Lagi Kendali Pembaharuan Permit Pekerja Asing

2 months ago
No Result
View All Result

Follow Kami

Facebook Telegram Youtube
ADVERTISEMENT

Follow Kami

Telegram Facebook Twitter Youtube

Penafian

Segala informasi yang dikongsikan adalah berbentuk pendidikan dan ilmu mengenai bagaimana untuk melabur serta strategi yang anda boleh gunakan.

Maklumat yang terkandung dalam laman ini adalah berdasarkan kepada kajian dan penyelidikan The Kapital (“Penulis”); dan adalah pendapat bertulis semata-mata dan idea daripada Penulis,

Ia tidak melibatkan sebarang aktiviti mengumpul duit serta tidak memberitahu anda pelaburan atau sebarang bentuk sekuriti / saham / bon mana patut anda beli. Saham-saham yang dikongsikan adalah bertujuan pembelajaran sahaja. Perubahan harga yang lepas tidak menjanjikan keuntungan di masa akan datang. Sebarang tindakan atau keputusan untuk melabur adalah keputusan anda.

Kategori

  • Advertorial
  • Asas Saham
  • Aset Digital
  • Berita
  • Catalyst
  • Fundamental Analisis
  • Hebahan
  • Indikator
  • Inspirasi
  • Market Update
  • Pengalaman Saham
  • Produk
  • Saham
  • Saham Global
  • Technical Analysis
  • Trading Idea
  • Uncategorized

Hubungi Kami

Kami menerima banyak pertanyaan daripada media online, media cetak dan juga media elektronik. Jika anda mewakili organisasi media anda, tidak kira surat-khabar, majalah, televisyen dan lain-lain, mohon email ke [email protected]

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In