• Notis Privasi
  • Penafian
  • Pengiklanan
Monday, May 25, 2026
  • Login
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
No Result
View All Result
The Kapital
The Kapital
No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
Home Saham Market Update

Bursa Malaysia Dibuka Rendah Walaupun Pergerakan Wall Street Mengukuh

in Market Update
A A
Bursa Malaysia Dibuka Rendah, Saham Dan Bon AS Turut Jatuh
Kongsi ke FacebookKongsi ke TelegramKongsi ke Whatsapp

KUALA LUMPUR, 1 Nov  (Bernama) — Bursa Malaysia dibuka rendah pagi ini walaupun pasaran Wall Street ditutup lebih kukuh semalaman menjelang keputusan mesyuarat Rizab Persekutuan (Fed) Amerika Syarikat.

Pada 9.05 pagi, FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) susut 1.75 mata kepada 1,440.39 daripada penutupan Selasa pada 1,442.14.

Indeks penanda aras utama dibuka pada paras 1,441.17, turun 0.97 mata.

Berkaitan

Bursa Dibuka Meningkat Dipacu Keadaan Serantau Lebih Reda, Belian Terpilih

Kenaikan Wall Street Dorong Bursa Malaysia Dibuka Tinggi

Bursa Malaysia Dibuka 0.36 Peratus Lebih Rendah, Jejaki Petunjuk Global

Di pasaran yang lebih luas, kaunter rugi mengatasi kaunter untung 154 berbalas 98 manakala 216 kaunter tidak berubah, 1,882 tidak diniagakan dan 14 digantung.

Jumlah dagangan 141.22 juta unit bernilai RM52.05 juta.

Naib Presiden Penyelidikan Ekuiti Rakuten Trade Sdn Bhd Thong Pak Leng berkata, dalam keadaan perdebatan berterusan sama ada Rizab Persekutuan akan menaikkan kadar faedah, ramai pelabur menjangkakan bank pusat AS akan menghentikan kenaikan kadarnya di tengah-tengah pertumbuhan ekonomi AS yang kukuh walaupun inflasi kekal pada paras tinggi.

Purata Perindustrian Dow Jones melonjak 124 mata atau 0.38 peratus, manakala Nasdaq menambah 62 mata atau 0.48 peratus, walaupun hasil Perbendaharaan 10 tahun AS meningkat kepada 4.92 peratus.

Sementara di Hong Kong, Indeks Hang Seng merosot 294 mata (1.69 peratus) kerana sentimen terjejas oleh penurunan yang tidak dijangka dalam aktiviti pembuatan China bulan lepas.

Di dalam negara, paras FBM KLCI memberi isyarat bahawa penyertaan pasaran kekal suram dan untuk hari ini, indeks penanda aras diunjur berlegar dalam julat 1,440-1,450.

Harga minyak mentah pula susut berikutan peningkatan dalam inventori apabila minyak mentah Brent merosot di bawah US$88 setong.

Dalam kalangan saham wajaran tinggi,  Hong Leong Financial Group dan Maybank masing-masing turun dua sen kepada RM17.22 dan RM9.00, IHH Healthcare rendah empat sen kepada RM5.96, CIMB susut tiga sen menjadi RM5.68 dan CelcomDigi lemah satu sen kepada RM4.22. 

Bagi saham aktif, Classita menambah setengah sen kepada tujuh sen, Kinergy Advancement (KAB) dan Compugates masing-masing menokok satu sen kepada 33 sen dan dua sen dan Tanco lemah setengah sen kepada 95.5 sen.

Di papan indeks, Indeks FBM Emas susut 15.22 mata kepada 10,623.36, Indeks FBMT 100 turun 15.40 mata kepada 10,299.96 dan Indeks FBM Emas Syariah menguncup 10.85 mata untuk mencatatkan paras 10,830.73.

Indeks FBM 70 berkurangan 33.55 mata kepada 14,004.32 dan Indeks ACE FBM kehilangan 29.25 mata kepada 4,688.16.

Mengikut sektor, Indeks Produk dan Perkhidmatan Perindustrian peroleh 0.03 mata kepada 172.43 dan Indeks Perladangan meningkat 1.53 mata kepada 6,905.70.

Indeks Tenaga lemah 1.65 mata kepada 866.64 dan Indeks Perkhidmatan Kewangan turun 41.56 mata kepada 16,209.98.

— BERNAMA

Tags: Bursa MalaysiaFBM KLCIpembukaanRakutenThong Pak LengWall Street
Share210ShareSend

Related Posts

Bursa Malaysia Dibuka Rendah, Saham Dan Bon AS Turut Jatuh
Market Update

Bursa Dibuka Meningkat Dipacu Keadaan Serantau Lebih Reda, Belian Terpilih

10 months ago
Bursa Malaysia Dibuka Rendah, Saham Dan Bon AS Turut Jatuh
Market Update

Kenaikan Wall Street Dorong Bursa Malaysia Dibuka Tinggi

10 months ago
Bursa Malaysia Dibuka Rendah, Saham Dan Bon AS Turut Jatuh
Market Update

Bursa Malaysia Dibuka 0.36 Peratus Lebih Rendah, Jejaki Petunjuk Global

10 months ago
Bursa Malaysia Dibuka Rendah, Saham Dan Bon AS Turut Jatuh
Market Update

Bursa Malaysia Dibuka Tinggi, Indeks Komposit Lepasi 1,530 Dirangsang Perdagangan, Sentimen Positif

10 months ago
No Result
View All Result

Follow Kami

Facebook Telegram Youtube
ADVERTISEMENT

Follow Kami

Telegram Facebook Twitter Youtube

Penafian

Segala informasi yang dikongsikan adalah berbentuk pendidikan dan ilmu mengenai bagaimana untuk melabur serta strategi yang anda boleh gunakan.

Maklumat yang terkandung dalam laman ini adalah berdasarkan kepada kajian dan penyelidikan The Kapital (“Penulis”); dan adalah pendapat bertulis semata-mata dan idea daripada Penulis,

Ia tidak melibatkan sebarang aktiviti mengumpul duit serta tidak memberitahu anda pelaburan atau sebarang bentuk sekuriti / saham / bon mana patut anda beli. Saham-saham yang dikongsikan adalah bertujuan pembelajaran sahaja. Perubahan harga yang lepas tidak menjanjikan keuntungan di masa akan datang. Sebarang tindakan atau keputusan untuk melabur adalah keputusan anda.

Kategori

  • Advertorial
  • Asas Saham
  • Aset Digital
  • Berita
  • Catalyst
  • Fundamental Analisis
  • Hebahan
  • Indikator
  • Inspirasi
  • Market Update
  • Pengalaman Saham
  • Produk
  • Saham
  • Saham Global
  • Technical Analysis
  • Trading Idea
  • Uncategorized

Hubungi Kami

Kami menerima banyak pertanyaan daripada media online, media cetak dan juga media elektronik. Jika anda mewakili organisasi media anda, tidak kira surat-khabar, majalah, televisyen dan lain-lain, mohon email ke [email protected]

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In