• Notis Privasi
  • Penafian
  • Pengiklanan
Sunday, April 19, 2026
  • Login
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
No Result
View All Result
The Kapital
The Kapital
No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
Home Saham Catalyst

Gamuda Meterai Perjanjian JV Bangunkan Loji Janakuasa Hidroelektrik Di Sabah

in Catalyst
A A
Gamuda Sasar Projek Pembangunan Pam Hidro Di Australia
Kongsi ke FacebookKongsi ke TelegramKongsi ke Whatsapp

KUALA LUMPUR, 30 Okt (Bernama) — Gamuda Bhd telah memeterai perjanjian usaha sama (JV) dengan Sabah Energy Corporation Sdn Bhd dan Kerjaya Kagum Hitech JV Sdn Bhd untuk membentuk syarikat JV, UPP Holdings Sdn Bhd.

Gamuda dalam makluman kepada Bursa Malaysia hari ini berkata JV yang dicadangkan itu bertujuan melaksanakan inisiatif pembiayaan swasta untuk membangunkan Loji Janakuasa Hidroelektrik Upper Padas di Tenom, Sabah dengan anggaran kos projek berjumlah RM4 bilion.

Kumpulan itu menjelaskan akan membeli 45 peratus kepentingan dalam syarikat JV itu, manakala Sabah Energy akan memegang 40 peratus dan baki 15 peratus lagi dipegang oleh Kerjaya Kagum.

Berkaitan

Keuntungan Bersih Bursa Malaysia Susut Kepada RM57.06 Juta Akibat Hasil Operasi Yang Rendah

Oxford Innotech Bermula Kukuh Di Pasaran ACE, Catat Harga 36 Sen

Zetrix AI Tidak Lagi Kendali Pembaharuan Permit Pekerja Asing

Menurutnya projek empangan hidroelektrik itu akan dilaksanakan menerusi anak syarikat milik penuh syarikat JV berkenaan iaitu Upper Padas Power Sdn Bhd yang akan berperanan sebagai pemaju projek.

“Projek ini dianggarkan melibatkan tempoh pembinaan selama lima tahun dan tempoh pengoperasian permulaan selama 40 tahun.

“Sebagai sebahagian daripada JV yang dicadangkan itu, Perjanjian Pembelian Tenaga (PPA) akan dimuktamadkan dan dimeterai antara pemaju projek dan pihak yang membeli perkhidmatan berkenaan iaitu Sabah Electricity Sdn Bhd,” katanya.

Menurut kumpulan itu, apabila siap, projek ini akan memberi kapasiti penjanaan tambahan sebanyak 187.5 MW kepada Sabah, menyediakan sehingga 1.052 gigawatt-jam tenaga bersih setahun.

Gamuda akan membuat pengumuman berkenaan perincian tarif dan perkembangan PPA sebaik sahaja kelulusan sewajarnya diterima, katanya sambil memaklumkan pemaju projek akan melaksanakan PPA menjelang separuh pertama 2024. 

JV yang dicadangkan itu akan dibiayai menerusi penjanaan dana dan pinjaman secara dalaman dengan  nisbah hutang kepada ekuiti minimum 80:20, katanya.

“Tanpa mengambil kira perkara luar jangka, projek ini dijangka memulakan pembinaan pada 2024, dengan operasi komersial akan bermula pada 2029,” kata Gamuda.

— BERNAMA

Tags: Gamudainisiatif pembiayaan swastaJVPPAprojekSabahtarif
Share236ShareSend

Related Posts

Bursa Malaysia Catat Untung Bersih Lebih Tinggi RM75.03 Juta Pada Suku Pertama
Catalyst

Keuntungan Bersih Bursa Malaysia Susut Kepada RM57.06 Juta Akibat Hasil Operasi Yang Rendah

9 months ago
Oxford Innotech Bermula Kukuh Di Pasaran ACE, Catat Harga 36 Sen
Asas Saham

Oxford Innotech Bermula Kukuh Di Pasaran ACE, Catat Harga 36 Sen

9 months ago
Zetrix AI Tidak Lagi Kendali Pembaharuan Permit Pekerja Asing
Catalyst

Zetrix AI Tidak Lagi Kendali Pembaharuan Permit Pekerja Asing

9 months ago
TechStore Sasar Raih RM25 Juta Daripada IPO Untuk Pacu Pertumbuhan
Catalyst

TechStore Raih Kontrak Bernilai RM7.75 Juta Di Bawah Projek RTS Link

9 months ago
No Result
View All Result

Follow Kami

Facebook Telegram Youtube
ADVERTISEMENT

Follow Kami

Telegram Facebook Twitter Youtube

Penafian

Segala informasi yang dikongsikan adalah berbentuk pendidikan dan ilmu mengenai bagaimana untuk melabur serta strategi yang anda boleh gunakan.

Maklumat yang terkandung dalam laman ini adalah berdasarkan kepada kajian dan penyelidikan The Kapital (“Penulis”); dan adalah pendapat bertulis semata-mata dan idea daripada Penulis,

Ia tidak melibatkan sebarang aktiviti mengumpul duit serta tidak memberitahu anda pelaburan atau sebarang bentuk sekuriti / saham / bon mana patut anda beli. Saham-saham yang dikongsikan adalah bertujuan pembelajaran sahaja. Perubahan harga yang lepas tidak menjanjikan keuntungan di masa akan datang. Sebarang tindakan atau keputusan untuk melabur adalah keputusan anda.

Kategori

  • Advertorial
  • Asas Saham
  • Aset Digital
  • Berita
  • Catalyst
  • Fundamental Analisis
  • Hebahan
  • Indikator
  • Inspirasi
  • Market Update
  • Pengalaman Saham
  • Produk
  • Saham
  • Saham Global
  • Technical Analysis
  • Trading Idea
  • Uncategorized

Hubungi Kami

Kami menerima banyak pertanyaan daripada media online, media cetak dan juga media elektronik. Jika anda mewakili organisasi media anda, tidak kira surat-khabar, majalah, televisyen dan lain-lain, mohon email ke [email protected]

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In