fbpx
  • Notis Privasi
  • Penafian
  • Pengiklanan
Saturday, July 12, 2025
  • Login
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
No Result
View All Result
The Kapital
The Kapital
No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
Home Saham Catalyst

EPMB Lancar Fasiliti Pengeluaran Tempat Duduk Kereta Bernilai RM30 Juta

in Catalyst
A A
EPMB Lancar Fasiliti Pengeluaran Tempat Duduk Kereta Bernilai RM30 Juta
Kongsi ke FacebookKongsi ke TelegramKongsi ke Whatsapp

TANJUNG MALIM, 30 Okt (Bernama) — EP Manufacturing Berhad (EPMB) melancarkan kilang pengeluaran tempat duduk kereta berteknologi tinggi bernilai RM30 juta yang dijangka memainkan peranan penting untuk kenderaan Perusahaan Otomobil Nasional (Proton).

Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulannya Ahmad Razlan Mohamed berkata kilang yang berkeluasan sekitar 82,000 kaki persegi itu dilengkapi dengan empat komponen utama merangkumi pembuatan kusyen kereta, pembuatan penyandar kepala, bahagian pemasangan kerusi kereta hadapan dan pemasangan kerusi kereta belakang.

“Kilang ini merupakan kilang pertama EPMB bertujuan mengeluarkan tempat duduk kereta. Ia merupakan kes yang menarik untuk kerjasama dan pemindahan teknologi dalam ekosistem Proton.

Berkaitan

A1 AK Koh Group Mula Disenaraikan, Harga Dibuka Mendatar Pada 25 Sen

Bakal Disenarai Di Pasaran ACE, IPO Enproserve Terlebih Langgan 0.43 Kali

Avaland Akan Laksanakan Projek Pembangunan Bercampur Dengan GDV RM900 Juta

“Fasiliti baharu ini juga mempunyai kapasiti pengeluaran harian sebanyak 500 set kerusi kereta atau sebanyak 150,000 set kerusi kereta setahun,” katanya ketika berucap di Majlis Perasmian Pelancaran Fasiliti Pemasangan Kerusi Kereta Baharu EPMB di Kawasan Perindustrian Proton di sini, hari ini.

Majlis pelancaran kilang tersebut disempurnakan oleh Menteri Besar Perak Datuk Seri Saarani Mohamad yang turut dihadiri Pengerusi Eksekutif Kumpulan EPMB Hamidon Abdullah serta Ketua Pegawai Eksekutif Proton Dr. Li Chunrong.

Ahmad Razlan berkata kejayaan pembinaan fasiliti ini adalah hasil kerjasama dan sokongan daripada Syarikat Zhejiang Jujin Automobile & Motor-Cycle Accessories Co. Ltd. (JUJIN) yang merupakan antara pembekal kerusi kereta utama untuk Geely.

“Sokongan JUJIN merangkumi pemilihan fasiliti terkini berkonsepkan Industri 4.0 dan kemahiran pengendalian manusia mesin (Poke Yoke), pemasangan fasiliti, pemindahan teknologi dan latihan pembuatan kerusi kereta,” katanya.

Sementara itu, Saarani dalam ucapannya berkata pembangunan fasiliti baharu oleh EPMB ini akan menjadi nilai tambah kepada usaha komited kerajaan negeri dalam merealisasikan perancangan membangunkan Lembah Teknologi Tinggi Automotif (AHTV) di Perak.

Tambah beliau, pembangunan AHTV itu juga adalah antara contoh yang paling ideal bagi menggambarkan kesungguhan kerajaan negeri membawa lebih banyak pelaburan sekali gus membuka lebih banyak peluang pekerjaan kepada rakyat negeri.

“Semua ini juga mencerminkan kesungguhan yang dilaksanakan kerajaan negeri sejak beberapa tahun kebelakangan ini untuk menjadikan Perak sebagai destinasi pelaburan pilihan, bukan sahaja kepada syarikat atau konglomerat di peringkat nasional tetapi juga di peringkat antarabangsa,” katanya.

— BERNAMA

Tags: Ahmad Razlan MohamedEPMBkeretakilangSaarani MohamadTanjung Malim
Share234ShareSend

Related Posts

A1 AK Koh Group Mula Disenaraikan, Harga Dibuka Mendatar Pada 25 Sen
Catalyst

A1 AK Koh Group Mula Disenaraikan, Harga Dibuka Mendatar Pada 25 Sen

1 day ago
10 Perkara Kena Tahu Sebelum Memohon IPO Enproserve Group Berhad
Catalyst

Bakal Disenarai Di Pasaran ACE, IPO Enproserve Terlebih Langgan 0.43 Kali

1 day ago
Avaland Akan Laksanakan Projek Pembangunan Bercampur Dengan GDV RM900 Juta
Catalyst

Avaland Akan Laksanakan Projek Pembangunan Bercampur Dengan GDV RM900 Juta

1 day ago
Sarawak Cable Akan Nyahsenarai Daripada Bursa Malaysia Pada 15 Julai
Catalyst

Sarawak Cable Akan Nyahsenarai Daripada Bursa Malaysia Pada 15 Julai

1 day ago
No Result
View All Result

Follow Kami

Facebook Telegram Youtube
ADVERTISEMENT

Follow Kami

Telegram Facebook Twitter Youtube

Penafian

Segala informasi yang dikongsikan adalah berbentuk pendidikan dan ilmu mengenai bagaimana untuk melabur serta strategi yang anda boleh gunakan.

Maklumat yang terkandung dalam laman ini adalah berdasarkan kepada kajian dan penyelidikan The Kapital (“Penulis”); dan adalah pendapat bertulis semata-mata dan idea daripada Penulis,

Ia tidak melibatkan sebarang aktiviti mengumpul duit serta tidak memberitahu anda pelaburan atau sebarang bentuk sekuriti / saham / bon mana patut anda beli. Saham-saham yang dikongsikan adalah bertujuan pembelajaran sahaja. Perubahan harga yang lepas tidak menjanjikan keuntungan di masa akan datang. Sebarang tindakan atau keputusan untuk melabur adalah keputusan anda.

Kategori

  • Advertorial
  • Asas Saham
  • Aset Digital
  • Berita
  • Catalyst
  • Fundamental Analisis
  • Hebahan
  • Indikator
  • Inspirasi
  • Market Update
  • Pengalaman Saham
  • Produk
  • Saham
  • Saham Global
  • Technical Analysis
  • Trading Idea
  • Uncategorized

Hubungi Kami

Kami menerima banyak pertanyaan daripada media online, media cetak dan juga media elektronik. Jika anda mewakili organisasi media anda, tidak kira surat-khabar, majalah, televisyen dan lain-lain, mohon email ke [email protected]

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In