• Notis Privasi
  • Penafian
  • Pengiklanan
Wednesday, May 20, 2026
  • Login
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
No Result
View All Result
The Kapital
The Kapital
No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
Home Saham Catalyst

HexTech Sasar 16 Juta Pelanggan Langgan Aplikasi MoneyX Dalam Masa Tiga Tahun

in Catalyst
A A
HexTech Sasar 16 Juta Pelanggan Langgan Aplikasi MoneyX Dalam Masa Tiga Tahun
Kongsi ke FacebookKongsi ke TelegramKongsi ke Whatsapp

KUALA LUMPUR, 25 Okt (Bernama) — Hextar Technologies Solutions Bhd (HexTech) yang tersenarai di Pasaran Utama menyasar satu juta pelanggan dalam tempoh setahun dan 16 juta pelanggan dalam masa tiga tahun melanggan MoneyX, aplikasi pengurusan kewangan peribadi disokong peranti kecerdasan buatan (AI) yang baru dilancarkannya. 

Ketua pegawai eksekutif dan pengarah eksekutif kumpulan Datuk Eddie Ong Choo Meng berkata untuk muncul sebagai syarikat teknologi kewangan (fintech) utama di Malaysia dalam masa tiga tahun, HexTech memperuntukkan sebanyak RM100 juta untuk membina dan mempromosikan MoneyX. 

“Visi kami adalah untuk menjadikan MoneyX sebagai syarikat fintech utama di Malaysia dalam tempoh tiga tahun sebelum berkembang ke peringkat global,” katanya pada majlis pelancaran awal aplikasi tersebut, di sini, hari ini.

Berkaitan

Keuntungan Bersih Bursa Malaysia Susut Kepada RM57.06 Juta Akibat Hasil Operasi Yang Rendah

Oxford Innotech Bermula Kukuh Di Pasaran ACE, Catat Harga 36 Sen

Zetrix AI Tidak Lagi Kendali Pembaharuan Permit Pekerja Asing

Ong berkata, syarikat itu menyasarkan enam juta pelanggan pada tahun kedua beroperasi selain turut merancang membuka ibu pejabat di Singapura. 

“Kami mahu dikenali sebagai aplikasi Asia, sebelum membuka ibu pejabat di Dubai dan Silicon Valley, California, di Amerika Syarikat pada tahun keempat hingga keenam (pengoperasian),” katanya.

Beliau berkata pusat interaktif MoneyX juga akan disediakan di beberapa pusat beli-belah tidak lama lagi untuk meningkatkan pengetahuan orang ramai tentang aplikasi tersebut sebelum pelancaran secara besar-besaran pada 12 Jan, 2024.

Menjelas lanjut mengenai MoneyX, pengerusi kumpulan Tan Sri Muhammad Ibrahim berkata aplikasi super mudah alih sehenti itu akan membantu orang ramai mengurus dan memahami kewangan mereka dengan lebih baik lagi yang seterusnya dapat meningkatkan celik kewangan di negara ini. 

“Celik dan keterangkuman kewangan di negara ini adalah sangat penting memandangkan pelbagai laporan menunjukkan bahawa kebanyakan simpanan kewangan rakyat Malaysia tidak mencukupi untuk mencapai usia persaraan dan kesan inflasi terhadap kuasa beli mereka,” katanya.

Sempena pelancaran awal aplikasi itu, kumpulan tersebut menandatangani memorandum persefahaman dengan lebih 14 rakan kongsi, termasuk Alliance Bank Malaysia Bhd, Hong Leong Bank Bhd, Standard Chartered Bank Malaysia Bhd, M&A Securities Sdn Bhd dan Exsim Development Sdn Bhd.

–BERNAMA

Tags: aplikasiEddie Ong Choo MengFintechHexTechMoneyXMuhammapengurusan kewangan
Share268ShareSend

Related Posts

Bursa Malaysia Catat Untung Bersih Lebih Tinggi RM75.03 Juta Pada Suku Pertama
Catalyst

Keuntungan Bersih Bursa Malaysia Susut Kepada RM57.06 Juta Akibat Hasil Operasi Yang Rendah

10 months ago
Oxford Innotech Bermula Kukuh Di Pasaran ACE, Catat Harga 36 Sen
Asas Saham

Oxford Innotech Bermula Kukuh Di Pasaran ACE, Catat Harga 36 Sen

10 months ago
Zetrix AI Tidak Lagi Kendali Pembaharuan Permit Pekerja Asing
Catalyst

Zetrix AI Tidak Lagi Kendali Pembaharuan Permit Pekerja Asing

10 months ago
TechStore Sasar Raih RM25 Juta Daripada IPO Untuk Pacu Pertumbuhan
Catalyst

TechStore Raih Kontrak Bernilai RM7.75 Juta Di Bawah Projek RTS Link

10 months ago
No Result
View All Result

Follow Kami

Facebook Telegram Youtube
ADVERTISEMENT

Follow Kami

Telegram Facebook Twitter Youtube

Penafian

Segala informasi yang dikongsikan adalah berbentuk pendidikan dan ilmu mengenai bagaimana untuk melabur serta strategi yang anda boleh gunakan.

Maklumat yang terkandung dalam laman ini adalah berdasarkan kepada kajian dan penyelidikan The Kapital (“Penulis”); dan adalah pendapat bertulis semata-mata dan idea daripada Penulis,

Ia tidak melibatkan sebarang aktiviti mengumpul duit serta tidak memberitahu anda pelaburan atau sebarang bentuk sekuriti / saham / bon mana patut anda beli. Saham-saham yang dikongsikan adalah bertujuan pembelajaran sahaja. Perubahan harga yang lepas tidak menjanjikan keuntungan di masa akan datang. Sebarang tindakan atau keputusan untuk melabur adalah keputusan anda.

Kategori

  • Advertorial
  • Asas Saham
  • Aset Digital
  • Berita
  • Catalyst
  • Fundamental Analisis
  • Hebahan
  • Indikator
  • Inspirasi
  • Market Update
  • Pengalaman Saham
  • Produk
  • Saham
  • Saham Global
  • Technical Analysis
  • Trading Idea
  • Uncategorized

Hubungi Kami

Kami menerima banyak pertanyaan daripada media online, media cetak dan juga media elektronik. Jika anda mewakili organisasi media anda, tidak kira surat-khabar, majalah, televisyen dan lain-lain, mohon email ke [email protected]

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In