KUALA LUMPUR, 25 Okt (Bernama) — Bursa Malaysia dibuka lebih tinggi pagi ini apabila pelabur mula mengalihkan fokus mereka pada musim pelaporan pendapatan korporat bermodal mega di tengah-tengah tekanan inflasi yang meningkat, kata seorang peniaga.
Pada 9.07 pagi, FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) meningkat 3.34 mata kepada 1,438.99 daripada penutupan Selasa pada 1,435.65.
Indeks penanda aras utama menokok 2.32 mata pada 1,437.97 ketika memulakan dagangan pagi ini.
Pergerakan harga di pasaran yang lebih luas menyaksikan kaunter untung mengatasi kaunter rugi 180 berbalas 93, manakala 252 kaunter tidak berubah, 1,843 tidak diniagakan dan 20 digantung.
Jumlah dagangan 207.34 juta unit bernilai RM70.80 juta.
Malacca Securities Sdn Bhd pula menjangkakan keseluruhan mood dagangan akan kekal positif sekurang-kurangnya untuk tempoh terdekat.
Sementara itu, ia berkata sentimen Wall Street bertukar positif apabila pelabur menumpukan perhatian pada musim pelaporan pendapatan kerana beberapa syarikat korporat bermodal besar dijangka mengatasi unjuran masing-masing.
Dalam kalangan saham wajaran tinggi, Maybank dan Public Bank menambah dua sen kepada RM8.98 dan RM4.16, CIMB dan Tenaga Nasional masing-masing meningkat satu sen menjadi RM5.69 dan RM9.86 manakala Petronas Chemicals mengukuh lima sen kepada RM7.20.
Bagi saham aktfi, Ta Win dan Tanco masing-masing tidak berubah pada 3.5 sen dan 57.5 sen, Leform dan Hong Seng menambah setengah sen kepada 23.5 sen dan lima sen dan Privasia mengembang satu sen kepada 11.5 sen.
Di papan indeks, Indeks FBM Emas meningkat 18.72 mata 10,610.05, Indeks FBM Emas Syariah menokok 11.80 mata menjadi 10,830.06 dan Indeks FBMT 100 meraih 18.27 mata kepada 10,286.12.
Indeks FBM 70 pula peroleh 0.36 mata menjadi 13,968.79 dan Indeks ACE FBM meningkat 11.41 mata kepada 5,058.72.
Mengikut sektor, Indeks Produk dan Perkhidmatan Perindustrian 0.31 mata lebih tinggi pada 171.42, Indeks Perkhidmatan Kewangan meningkat 44.59 mata kepada 16,225.70, manakala Indeks Tenaga susut 4.27 mata menjadi 869.58 dan Indeks Perladangan menambah 7.25 mata untuk mencatatkan paras 6,849.99.
— BERNAMA