• Notis Privasi
  • Penafian
  • Pengiklanan
Thursday, April 2, 2026
  • Login
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
No Result
View All Result
The Kapital
The Kapital
No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
Home Saham Market Update

Bursa Malaysia Dibuka Tinggi Sedikit, Kehendak Risiko Semakin Baik

in Market Update
A A
Bursa Malaysia Dibuka Rendah, Saham Dan Bon AS Turut Jatuh
Kongsi ke FacebookKongsi ke TelegramKongsi ke Whatsapp

KUALA LUMPUR, 24 Okt (Bernama) — Kehendak risiko yang semakin baik mendorong Bursa Malaysia dibuka tinggi sedikit pagi ini meskipun kalangan bursa serantau masih dalam sentimen berhati-hati, kata seorang peniaga.

 Pada 9.10 pagi, FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) menokok 1.73 mata kepada 1,439.85 daripada 1,438.12 penutup Isnin.

Indeks utama penanda aras dibuka pada paras 1,438.28, meningkat 0.16 mata.

Berkaitan

Bursa Dibuka Meningkat Dipacu Keadaan Serantau Lebih Reda, Belian Terpilih

Kenaikan Wall Street Dorong Bursa Malaysia Dibuka Tinggi

Bursa Malaysia Dibuka 0.36 Peratus Lebih Rendah, Jejaki Petunjuk Global

Di pasaran yang lebih luas, kaunter untung mengatasi rugi 162 berbalas 136, manakala 250 kaunter tidak berubah, 1,820 tidak diniagakan dan 13 digantung.

Jumlah dagangan 291.23 juta unit bernilai RM81.05 juta.

Naib Presiden Penyelidikan Ekuiti Rakuten Trade Sdn Bhd Thong Pak Leng berkata sentimen pasaran secara keseluruhan kekal pesimis apabila pelabur masih bimbang tentang keadaan ekonomi global dan ketegangan geopolitik.

“Justeru, kami mengunjurkan indeks penanda aras bergerak mendatar dalam julat 1,435-1,445 hari ini,” katanya kepada Bernama.

Beliau juga berkata pelabur dijangka mengumpul saham mewah seperti perbankan dan telekomunikasi untuk strategi pertahanan yang lebih baik.

Dalam kalangan saham wajaran tinggi, Maybank, Public Bank, CIMB dan Petronas Chemicals tidak berubah masing-masing mencatatkan harga RM8.99, RM4.16, RM5.66 dan RM7.07, manakala Tenaga Nasional naik lima sen kepada RM9.90.

Bagi saham aktif, Metronic dan Aldrich turun setengah sen menjadi 1.5 sen dan empat sen, Revenue Group menambah 1.5 sen kepada 22.5 sen manakala Tanco dan Widad, kedua-duanya kekal pada  58 sen dan 53.5 sen.

Di papan indeks, Indeks FBM Emas meningkat 17.16 mata kepada 10,594.97, Indeks FBM Emas Syariah mengembang 22.08 mata menjadi 10,819.25 dan Indeks FBMT 100 lebih tinggi 17.25 mata kepada 10,278.70.

Indeks FBM 70 pula meraih 44.75 mata kepada 13,899.56 dan Indeks FBM ACE naik 7.23 mata kepada 5,031.93.

Mengikut sektor, Indeks Produk dan Perkhidmatan Perindustrian peroleh 0.24 mata untuk mencatatkan paras 170.49, Indeks Tenaga mengukuh 2.72 mata menjadi 870.66, Indeks Perkhidmatan Kewangan meningkat 3.51 mata kepada 16,207.33 dan Indeks Perladangan peroleh 8.53 mata kepada 6,882.14.

— BERNAMA

Tags: Bursa MalaysiaFBM KLCIpembukaanRakutserantau
Share206ShareSend

Related Posts

Bursa Malaysia Dibuka Rendah, Saham Dan Bon AS Turut Jatuh
Market Update

Bursa Dibuka Meningkat Dipacu Keadaan Serantau Lebih Reda, Belian Terpilih

8 months ago
Bursa Malaysia Dibuka Rendah, Saham Dan Bon AS Turut Jatuh
Market Update

Kenaikan Wall Street Dorong Bursa Malaysia Dibuka Tinggi

8 months ago
Bursa Malaysia Dibuka Rendah, Saham Dan Bon AS Turut Jatuh
Market Update

Bursa Malaysia Dibuka 0.36 Peratus Lebih Rendah, Jejaki Petunjuk Global

8 months ago
Bursa Malaysia Dibuka Rendah, Saham Dan Bon AS Turut Jatuh
Market Update

Bursa Malaysia Dibuka Tinggi, Indeks Komposit Lepasi 1,530 Dirangsang Perdagangan, Sentimen Positif

8 months ago
No Result
View All Result

Follow Kami

Facebook Telegram Youtube
ADVERTISEMENT

Follow Kami

Telegram Facebook Twitter Youtube

Penafian

Segala informasi yang dikongsikan adalah berbentuk pendidikan dan ilmu mengenai bagaimana untuk melabur serta strategi yang anda boleh gunakan.

Maklumat yang terkandung dalam laman ini adalah berdasarkan kepada kajian dan penyelidikan The Kapital (“Penulis”); dan adalah pendapat bertulis semata-mata dan idea daripada Penulis,

Ia tidak melibatkan sebarang aktiviti mengumpul duit serta tidak memberitahu anda pelaburan atau sebarang bentuk sekuriti / saham / bon mana patut anda beli. Saham-saham yang dikongsikan adalah bertujuan pembelajaran sahaja. Perubahan harga yang lepas tidak menjanjikan keuntungan di masa akan datang. Sebarang tindakan atau keputusan untuk melabur adalah keputusan anda.

Kategori

  • Advertorial
  • Asas Saham
  • Aset Digital
  • Berita
  • Catalyst
  • Fundamental Analisis
  • Hebahan
  • Indikator
  • Inspirasi
  • Market Update
  • Pengalaman Saham
  • Produk
  • Saham
  • Saham Global
  • Technical Analysis
  • Trading Idea
  • Uncategorized

Hubungi Kami

Kami menerima banyak pertanyaan daripada media online, media cetak dan juga media elektronik. Jika anda mewakili organisasi media anda, tidak kira surat-khabar, majalah, televisyen dan lain-lain, mohon email ke [email protected]

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In