• Notis Privasi
  • Penafian
  • Pengiklanan
Saturday, November 1, 2025
  • Login
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
No Result
View All Result
The Kapital
The Kapital
No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
Home Saham Catalyst

EPMB Buka Kilang Automotif Di Melaka, Nilai Pelaburan Lebih RM100 Juta

in Catalyst
A A
EPMB Dapat Kelulusan MITI Untuk Lesen Pembuatan EV Empat Roda
Kongsi ke FacebookKongsi ke TelegramKongsi ke Whatsapp

ALOR GAJAH, 20 Okt (Bernama) — Kilang pembuatan kenderaan cekap tenaga (EEV) dan kenderaan elektrik (EV) pertama di negara ini bakal dibangunkan di Taman Perindustrian HICOM Pegoh dengan nilai pelaburan melebihi RM100 juta.

Ketua Menteri Melaka Datuk Seri Ab Rauf Yusoh berkata kilang dibangunkan EP Manufacturing Bhd (EPMB) itu dijangka mengeluarkan sehingga 30,000 kenderaan EEV dan EV setahun bagi fasa pertama selepas kilang tersebut siap dibina pada akhir tahun depan.

Beliau berkata kilang itu akan menawarkan sebanyak 1,000 peluang pekerjaan baharu dalam bidang automotif untuk penduduk tempatan khususnya penduduk Pegoh sekali gus memacu pertumbuhan ekonomi negeri itu dan pada masa sama membantu mengurangkan pelepasan karbon dioksida pada masa depan.

Berkaitan

Keuntungan Bersih Bursa Malaysia Susut Kepada RM57.06 Juta Akibat Hasil Operasi Yang Rendah

Oxford Innotech Bermula Kukuh Di Pasaran ACE, Catat Harga 36 Sen

Zetrix AI Tidak Lagi Kendali Pembaharuan Permit Pekerja Asing

“Kejayaan ini bukan sahaja memberi makna yang besar kepada EPMB malah ia menjadi indikator utama kerajaan negeri kerana kami amat komited untuk membangunkan projek pelaburan berimpak dan berteknologi tinggi seperti projek automotif melibatkan pembinaan kilang kenderaan EEV dan EV ini.

“Usaha ini sejajar dengan hala tuju kerajaan negeri yang sentiasa terbuka untuk menarik kemasukan lebih banyak pelaburan baharu ke Melaka melalui dasar mesra pelabur dan mesra perniagaan,” katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Beliau berkata demikian selepas merasmikan Majlis Pecah Tanah Pembangunan Kilang Kenderaan Baharu EPMB.

Turut hadir Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan EPMB Ahmad Razlan Mohamed.

Selain itu, Ab Rauf berkata EPMB disaran bekerjasama dengan 23 institusi Pendidikan Teknikal dan Latihan Vokasional (TVET) di negeri itu dalam usaha melahirkan tenaga kerja mahir dan separa mahir bagi keperluan tenga kerja kilang berkenaan.

Beliau berkata kerjasama dengan institusi TVET berkenaan juga dapat memperkasakan lagi bidang penyelidikan dan pembangunan berkaitan bidang automotif di negeri dan negara ini.

Sementara itu, Ahmad Razlan ketika berucap pada majlis itu berkata pembangunan kilang berkenaan di kawasan seluas hampir 17 hektar tersebut merupakan langkah permulaan EPMB untuk memacu industri kenderaan cekap tenaga dan kenderaan elektrik di negara ini pada masa hadapan.

Beliau berkata pembinaan kilang itu melibatkan empat fasa dengan fasa satu dijangka beroperasi pada tahun hadapan.

— BERNAMA

Tags: Ab Rauf YusohEEVEVkilangMelaka
Share235ShareSend

Related Posts

Bursa Malaysia Catat Untung Bersih Lebih Tinggi RM75.03 Juta Pada Suku Pertama
Catalyst

Keuntungan Bersih Bursa Malaysia Susut Kepada RM57.06 Juta Akibat Hasil Operasi Yang Rendah

3 months ago
Oxford Innotech Bermula Kukuh Di Pasaran ACE, Catat Harga 36 Sen
Asas Saham

Oxford Innotech Bermula Kukuh Di Pasaran ACE, Catat Harga 36 Sen

3 months ago
Zetrix AI Tidak Lagi Kendali Pembaharuan Permit Pekerja Asing
Catalyst

Zetrix AI Tidak Lagi Kendali Pembaharuan Permit Pekerja Asing

3 months ago
TechStore Sasar Raih RM25 Juta Daripada IPO Untuk Pacu Pertumbuhan
Catalyst

TechStore Raih Kontrak Bernilai RM7.75 Juta Di Bawah Projek RTS Link

3 months ago
No Result
View All Result

Follow Kami

Facebook Telegram Youtube
ADVERTISEMENT

Follow Kami

Telegram Facebook Twitter Youtube

Penafian

Segala informasi yang dikongsikan adalah berbentuk pendidikan dan ilmu mengenai bagaimana untuk melabur serta strategi yang anda boleh gunakan.

Maklumat yang terkandung dalam laman ini adalah berdasarkan kepada kajian dan penyelidikan The Kapital (“Penulis”); dan adalah pendapat bertulis semata-mata dan idea daripada Penulis,

Ia tidak melibatkan sebarang aktiviti mengumpul duit serta tidak memberitahu anda pelaburan atau sebarang bentuk sekuriti / saham / bon mana patut anda beli. Saham-saham yang dikongsikan adalah bertujuan pembelajaran sahaja. Perubahan harga yang lepas tidak menjanjikan keuntungan di masa akan datang. Sebarang tindakan atau keputusan untuk melabur adalah keputusan anda.

Kategori

  • Advertorial
  • Asas Saham
  • Aset Digital
  • Berita
  • Catalyst
  • Fundamental Analisis
  • Hebahan
  • Indikator
  • Inspirasi
  • Market Update
  • Pengalaman Saham
  • Produk
  • Saham
  • Saham Global
  • Technical Analysis
  • Trading Idea
  • Uncategorized

Hubungi Kami

Kami menerima banyak pertanyaan daripada media online, media cetak dan juga media elektronik. Jika anda mewakili organisasi media anda, tidak kira surat-khabar, majalah, televisyen dan lain-lain, mohon email ke [email protected]

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In