• Notis Privasi
  • Penafian
  • Pengiklanan
Monday, April 20, 2026
  • Login
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
No Result
View All Result
The Kapital
The Kapital
No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
Home Saham

Minox Mulakan Dagangan Sulung Di Pasaran Ace Pada Premium 26 Peratus

in Saham
A A
Minox Mulakan Dagangan Sulung Di Pasaran Ace Pada Premium 26 Peratus
Kongsi ke FacebookKongsi ke TelegramKongsi ke Whatsapp

KUALA LUMPUR, 17 Okt (Bernama) — Minox International Group Bhd memulakan dagangan sulungnya di Pasaran Ace Bursa Malaysia Securities Bhd pada 31.5 sen, premium 26 peratus berbanding harga terbitan 25 sen dengan pembukaan jumlah dagangan 27.73 juta saham.

Minox dalam satu kenyatan hari ini berkata pengedar sanitari keluli tahan karat, tiub dan kelengkapan berkata menyatakan sahamnya dikategorikan di bawah Produk dan Perkhidmatan Perindustrian, nama saham – MINOX dengan kod saham 0288.

Pengarah Urusannya Cheong Chee Son memberitahu syarikat itu bermotivasi untuk terus maju dan melaksanakan strategi pertumbuhan pelbagai serampang berikutan sambutan hangat daripada pelabur.

Berkaitan

Keuntungan Bersih Bursa Malaysia Susut Kepada RM57.06 Juta Akibat Hasil Operasi Yang Rendah

Oxford Innotech Bermula Kukuh Di Pasaran ACE, Catat Harga 36 Sen

Saham Kajian: Guan Chong Tetap Kukuh Walau Berdepan Isu Tarif

“Modal baharu berjumlah RM22.5 juta yang diperoleh menerusi tawaran awam permulaan (IPO) meletakkan kami pada kedudukan yang kukuh untuk melaksanakan rancangan kami. Kami akan memperkenalkan kelengkapan vakum dan injap baharu yang direka khusus untuk barisan pengeluaran semikonduktor dan membina gudang keempat di Puchong, Selangor untuk menampung jumlah jualan lebih tinggi.

“Di luar negara, kami sedang menyediakan gudang baharu di Singapura untuk menyimpan kelengkapan vakum dan injap baharu kami untuk industri semikonduktor serta menyimpan inventori yang memenuhi keperluan pelanggan di negara itu dan luar negara.

“Langkah ini akan membantu meningkatkan kehadiran kami dalam industri semikonduktor, menambah kapasiti inventori dan terus mengembangkan perniagaan kami,” katanya.

Syarikat itu berkata daripada jumlah RM22.5 juta hasil yang diperoleh daripada IPO, 57.9 peratus akan digunakan ke arah pengembangan perniagaan, RM4 juta (17.8 peratus) untuk pembangunan dan penggunaan produk, RM4 juta lagi untuk pembinaan gudang dan RM5 juta (22.3 peratus) bagi penubuhan gudang baharu di Singapura.

Ia berkata baki hasil diperuntukkan untuk pembayaran balik pinjaman bank, modal kerja am dan anggaran perbelanjaan penyenaraian.

Melangkah ke hadapan, Cheong berkata beliau yakin industri injap dan kelengkapan kebersihan akan terus berkembang, didorong oleh peningkatan populasi.

“Apabila populasi bertambah, begitu juga permintaan untuk makanan dan minuman, produk farmaseutikal dan elektronik canggih…semuanya memberi petunjuk baik untuk perniagaan kami,” katanya.

Penyelidikan pasaran bebas dilakukan oleh Protege Associates Sdn Bhd juga telah mengunjurkan industri injap sanitari dan kelengkapan di Asia Pasifik berkembang dengan kadar pertumbuhan tahunan kompaun sebanyak 6.1 peratus kepada US$825.6 juta pada 2027 daripada US$643 juta pada 2023 (US$1 = RM4.73).

Setakat 12.02 tengah hari, Minox merupakan saham paling aktif didagangkan di Bursa Malaysia, naik 12 sen kepada 37 sen dengan 223.03 juta saham bertukar tangan.

— BERNAMA

Tags: IPOMinoxpasaran ACE
Share215ShareSend

Related Posts

Bursa Malaysia Catat Untung Bersih Lebih Tinggi RM75.03 Juta Pada Suku Pertama
Catalyst

Keuntungan Bersih Bursa Malaysia Susut Kepada RM57.06 Juta Akibat Hasil Operasi Yang Rendah

9 months ago
Oxford Innotech Bermula Kukuh Di Pasaran ACE, Catat Harga 36 Sen
Asas Saham

Oxford Innotech Bermula Kukuh Di Pasaran ACE, Catat Harga 36 Sen

9 months ago
Saham Kajian: Guan Chong Tetap Kukuh Walau Berdepan Isu Tarif
Saham

Saham Kajian: Guan Chong Tetap Kukuh Walau Berdepan Isu Tarif

9 months ago
Zetrix AI Tidak Lagi Kendali Pembaharuan Permit Pekerja Asing
Catalyst

Zetrix AI Tidak Lagi Kendali Pembaharuan Permit Pekerja Asing

9 months ago
No Result
View All Result

Follow Kami

Facebook Telegram Youtube
ADVERTISEMENT

Follow Kami

Telegram Facebook Twitter Youtube

Penafian

Segala informasi yang dikongsikan adalah berbentuk pendidikan dan ilmu mengenai bagaimana untuk melabur serta strategi yang anda boleh gunakan.

Maklumat yang terkandung dalam laman ini adalah berdasarkan kepada kajian dan penyelidikan The Kapital (“Penulis”); dan adalah pendapat bertulis semata-mata dan idea daripada Penulis,

Ia tidak melibatkan sebarang aktiviti mengumpul duit serta tidak memberitahu anda pelaburan atau sebarang bentuk sekuriti / saham / bon mana patut anda beli. Saham-saham yang dikongsikan adalah bertujuan pembelajaran sahaja. Perubahan harga yang lepas tidak menjanjikan keuntungan di masa akan datang. Sebarang tindakan atau keputusan untuk melabur adalah keputusan anda.

Kategori

  • Advertorial
  • Asas Saham
  • Aset Digital
  • Berita
  • Catalyst
  • Fundamental Analisis
  • Hebahan
  • Indikator
  • Inspirasi
  • Market Update
  • Pengalaman Saham
  • Produk
  • Saham
  • Saham Global
  • Technical Analysis
  • Trading Idea
  • Uncategorized

Hubungi Kami

Kami menerima banyak pertanyaan daripada media online, media cetak dan juga media elektronik. Jika anda mewakili organisasi media anda, tidak kira surat-khabar, majalah, televisyen dan lain-lain, mohon email ke [email protected]

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In