• Notis Privasi
  • Penafian
  • Pengiklanan
Sunday, April 19, 2026
  • Login
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
No Result
View All Result
The Kapital
The Kapital
No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
Home Saham Market Update

Bursa Malaysia Dibuka Tinggi, Kehendak Risiko Lebih Baik

in Market Update
A A
Bursa Malaysia Dibuka Rendah, Saham Dan Bon AS Turut Jatuh
Kongsi ke FacebookKongsi ke TelegramKongsi ke Whatsapp

KUALA LUMPUR, 16 Okt (Bernama) — Bursa Malaysia dibuka tinggi pada sesi dagangan awal Isnin berikutan peningkatan selera risiko, didorong kenaikan harga minyak serta sentimen pasaran yang stabil selepas pembentangan Belanjawan 2024.

Pada 9.05 pagi, FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) menokok 1.32 mata kepada 1,445.46 daripada penutupan Jumaat pada 1,444.14.

Indeks utama memulakan dagangan dengan peningkatan sebanyak 1.22 mata  pada paras 1,445.36.

Berkaitan

Bursa Dibuka Meningkat Dipacu Keadaan Serantau Lebih Reda, Belian Terpilih

Kenaikan Wall Street Dorong Bursa Malaysia Dibuka Tinggi

Bursa Malaysia Dibuka 0.36 Peratus Lebih Rendah, Jejaki Petunjuk Global

Di pasaran yang lebih luas, kaunter untung mengatasi kaunter rugi 140 berbalas 132, manakala 268 kaunter tidak berubah, 1,814 tidak diniagakan dan 24 digantung.

Jumlah dagangan 298.63 juta unit bernilai RM84.38 juta.

Minyak mentah penanda aras antarabangsa Brent melonjak 5.7 peratus kepada US$90.89 setong pada Jumaat di tengah-tengah ketegangan geopolitik yang memuncak di Timur Tengah.

Sementara itu, Naib Presiden Penyelidikan Ekuiti Rakuten Trade Sdn Bhd Thong Pak Leng menjangkakan tindak balas selepas pembentangan belanjawan di bursa tempatan adalah neutral, walaupun sokongan belian terhadap pemain pembinaan dijangka berterusan.

“Bagi pasaran yang lebih luas, kami mengunjurkan ia kekal lesu, justeru, indeks utama diramalkan berlegar dalam julat 1,440-1,450 hari ini,” katanya kepada Bernama.

Pada Jumaat minggu lepas, Perdana Menteri dan Menteri Kewangan Datuk Seri Anwar Ibrahim mengumumkan kerajaan telah menyediakan RM393.8 bilion untuk Belanjawan 2024 dengan tiga kementerian – Kewangan, Pendidikan dan Kesihatan sebagai penerima utama.

Dalam kalangan saham wajaran tinggi Bursa, Petronas Chemicals menambah satu sen kepada RM7.36, IHH Healthcare menokok tiga sen menjadi RM5.99, Maybank dan CIMB masing-masing susut satu sen kepada RM8.97 dan RM5.65 manakala Public Bank tidak berubah pada RM4.17.

Bagi saham aktif, Classita dan Tanco, kedua-duanya turun 0.5 sen untuk mencatatkan harga 6.5 sen dan 56.5 sen sementara Compugates dan Velesto peroleh 0.5 sen, masing-masing pada harga 1.5 sen dan 26 sen.

Di papan indeks, Indeks FBM Emas meningkat 9.23 mata kepada 10,704.18, Indeks FBMT 100 naik 8.46 mata  menjadi 10,365.34 dan Indeks FBM Emas Syariah memperoleh 12.54 mata kepada 10,938.01.

Indeks FBM 70 meraih 6.97 mata kepada 14,220.39 manakala Indeks FBM ACE menambah 0.34 mata kepada 5,145.29.

Mengikut sektor, Indeks Perkhidmatan Kewangan mengembang 20.02 mata kepada 16,284.2, Indeks Produk dan Perkhidmatan Perindustrian meningkat 0.42 mata menjadi 174.86, Indeks Tenaga peroleh 9.27 mata untuk mencatatkan paras 886.63 dan Indeks Perladangan menokok 2.97 mata kepada 7,865.7.

— BERNAMA

Tags: BelanjawanBursa MalaysiaRakuten TradeThong Pak Leng
Share214ShareSend

Related Posts

Bursa Malaysia Dibuka Rendah, Saham Dan Bon AS Turut Jatuh
Market Update

Bursa Dibuka Meningkat Dipacu Keadaan Serantau Lebih Reda, Belian Terpilih

9 months ago
Bursa Malaysia Dibuka Rendah, Saham Dan Bon AS Turut Jatuh
Market Update

Kenaikan Wall Street Dorong Bursa Malaysia Dibuka Tinggi

9 months ago
Bursa Malaysia Dibuka Rendah, Saham Dan Bon AS Turut Jatuh
Market Update

Bursa Malaysia Dibuka 0.36 Peratus Lebih Rendah, Jejaki Petunjuk Global

9 months ago
Bursa Malaysia Dibuka Rendah, Saham Dan Bon AS Turut Jatuh
Market Update

Bursa Malaysia Dibuka Tinggi, Indeks Komposit Lepasi 1,530 Dirangsang Perdagangan, Sentimen Positif

9 months ago
No Result
View All Result

Follow Kami

Facebook Telegram Youtube
ADVERTISEMENT

Follow Kami

Telegram Facebook Twitter Youtube

Penafian

Segala informasi yang dikongsikan adalah berbentuk pendidikan dan ilmu mengenai bagaimana untuk melabur serta strategi yang anda boleh gunakan.

Maklumat yang terkandung dalam laman ini adalah berdasarkan kepada kajian dan penyelidikan The Kapital (“Penulis”); dan adalah pendapat bertulis semata-mata dan idea daripada Penulis,

Ia tidak melibatkan sebarang aktiviti mengumpul duit serta tidak memberitahu anda pelaburan atau sebarang bentuk sekuriti / saham / bon mana patut anda beli. Saham-saham yang dikongsikan adalah bertujuan pembelajaran sahaja. Perubahan harga yang lepas tidak menjanjikan keuntungan di masa akan datang. Sebarang tindakan atau keputusan untuk melabur adalah keputusan anda.

Kategori

  • Advertorial
  • Asas Saham
  • Aset Digital
  • Berita
  • Catalyst
  • Fundamental Analisis
  • Hebahan
  • Indikator
  • Inspirasi
  • Market Update
  • Pengalaman Saham
  • Produk
  • Saham
  • Saham Global
  • Technical Analysis
  • Trading Idea
  • Uncategorized

Hubungi Kami

Kami menerima banyak pertanyaan daripada media online, media cetak dan juga media elektronik. Jika anda mewakili organisasi media anda, tidak kira surat-khabar, majalah, televisyen dan lain-lain, mohon email ke [email protected]

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In