• Notis Privasi
  • Penafian
  • Pengiklanan
Sunday, November 9, 2025
  • Login
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
No Result
View All Result
The Kapital
The Kapital
No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
Home Saham Catalyst

Belanjawan 2024: Sektor Mana Yang Kena Tempias?

in Catalyst
A A
Belanjawan 2024: Sektor Mana Yang Kena Tempias?
Kongsi ke FacebookKongsi ke TelegramKongsi ke Whatsapp

13 Oktober 2023, tepat jam 4 petang majoriti rakyat Malaysia membuka televisyen atau sosial media untuk menonton Belanjawan 2024 yang dibentangkan oleh Yang Amat Berhormat Datuk Seri Anwar Ibrahim. 

Secara tradisinya belanjawan negara akan dibentangkan oleh individu yang memegang jawatan Menteri Kewangan Malaysia. Tahun ini portfolio tersebut dipegang oleh Perdana Menteri Malaysia.

Seperti yang diketahui umum, Belanjawan 2024 merupakan peruntukan tertinggi dalam sejarah iaitu sebanyak RM393.8 bilion. Sudah tentu ia merupakan kebanggan seorang Perdana Menteri sekiranya berjaya membentangkan belanjawan yang paling tinggi. 

Berkaitan

Keuntungan Bersih Bursa Malaysia Susut Kepada RM57.06 Juta Akibat Hasil Operasi Yang Rendah

Oxford Innotech Bermula Kukuh Di Pasaran ACE, Catat Harga 36 Sen

Zetrix AI Tidak Lagi Kendali Pembaharuan Permit Pekerja Asing

Belanjawan Persekutuan 2024 berlandaskan 3 tumpuan iaitu:

  1. Tumpuan 1: Tatakelola terbaik demi ketangkasan perkhidmatan
  2. Tumpuan 2: Penstrukturan semula ekonomi bagi melonjak pertumbuhan
  3. Tumpuan 3: Peningkatan darjat hidup rakyat
Sumber: Bernama

Sebagai rakyat Malaysia serta pelabur dalam pasaran saham, pastinya kita mengambil berat terhadap belanjawan yang diumumkan. Berikut merupakan beberapa intipati penting yang pelabur perlu tahu serta impaknya terhadap sektor dan syarikat tersenarai.

Sektor Pelancongan

Apa yang menarik perhatian daripada Belanjawan 2024 adalah terdapat banyak peruntukan diberikan atas usaha untuk meningkatkan kadar pelancongan ke dalam negara. Jika nak tulis kesemuanya mungkin satu muka surat pun tidak mencukupi.

Dalam belanjawan tersebut, YAB Perdana Menteri telah mengumumkan Tahun Melawat Malaysia 2026.

Berdasarkan peruntukan yang dibentangkan, pelbagai langkah yang diusahakan untuk meningkatkan industri pelancongan serta meningkatkan kedatangan pelancong ke dalam negara. 

Daripada ini, sektor penerbangan sudah pastinya mendapat manfaat besar. Syarikat penerbangan tersenarai seperti CAPITAL A dan AAX. Pelancong yang masuk ke dalam negara pula pastinya mendarat di Lapangan Terbang terlebih dahulu maka Malaysia Airports Holdings Berhad (MAHB) merupakan antara penerima manfaat terbesar. 

Selain itu, penyedia taman tema seperti Genting juga bakal menerima tempias positif.

Cukai Keuntungan Modal

Ramai yang mula marah apabila terdapat ura-ura berkenaan dengan ‘Capital Gain Tax’ bakal dikenakan. Apabila diumumkan YAB Perdana Menteri, lebih ramai melenting kerana cukai yang dikenakan adalah sebanyak 10% bermula 1 Mac 2024. 

Namun ramai yang tidak tahu bahawa sebenarnya Cukai Keuntungan Modal tersebut dikenakan bagi pelupusan saham tidak tersenarai oleh syarikat tempatan berdasarkan keuntungan bersih pada kadar 10 peratus. Kerajaan turut mempertimbangkan pengecualian Cukai Keuntungan Modal ke atas pelupusan saham berkaitan aktiviti tertentu seperti Initial Public Offering (IPO) yang diluluskan, penstrukturan dalaman dan syarikat modal teroka tertakluk kepada syarat ditetapkan.

Pengerusi Bursa Malaysia Bhd Tan Sri Abdul Wahid Omar berkata inisiatif itu akan menggalakkan lebih banyak syarikat tidak tersenarai untuk menyenaraikan saham mereka di Bursa Malaysia, sekali gus memacu pertumbuhan seterusnya dalam pasaran modal.

Baca: SST Naik 8%, Cukai Keuntungan Modal Pada 10%, Cukai Barang Bernilai Tinggi Diperkenalkan – PM ANWAR

Cukai Barang Bernilai Tinggi Diperkenal

Berdasarkan Belanjawan 2024 tempoh hari, kerajaan akan menggubal perundangan baharu bagi melaksanakan cukai barang bernilai tinggi pada kadar lima sehingga 10 peratus. Ia akan dikenakan ke atas barang bernilai tinggi tertentu seperti barang kemas dan jam tangan berdasarkan nilai ambang harga barangan. 

Kemungkinan ia akan menyebabkan kurangnya pembelian barang bernilai tinggi selepas ini? 

Syarikat-syarikat tersenarai yang terlibat dalam perniagaan barang kemas pula adalah seperti Poh Kong dan Tomei. Namun, jika difikirkan semula, adakah anda rasa orang kaya kisah sangat dengan kenaikan ini? Malah, barang bernilai tinggi yang dibeli juga mungkin bukanlah dari syarikat tersenarai.

Sektor Pembinaan

Sektor pembinaan sudah semestinya dalam perhatian semua orang. Antara projek yang disebut pada Belanjawan 2024 adalah lima stesen Transit Aliran Ringan 3 (LRT 3), program tebatan banjir di seluruh negara dan projek LRT Pulau Pinang.

Bukan itu sahaja, peruntukan pembangunan juga dinaikkan untuk dua negeri di Sabah dan Sarawak pada 2024.

Mungkin tidak keterlaluan untuk kita mengatakan sektor pembinaan antara pemenang terbesar dalam Belanjawan 2024?

Menurut Maybank Investment Bank, antara syarikat yang bakal mendapat tempias adalah IJM, Gamuda dan Cahaya Mata Sarawak.

Pelepasan Kawalan Harga Telur dan Ayam 

Kawalan harga sementara bagi telur dan ayam yang ditetapkan sebelum ini akan dilepaskan supaya pasaran tempatan boleh berfungsi dengan bebas dalam memastikan keterjaminan bekalan tersebut di pasaran.

Menurut Timbalan Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan, Chan Foong Hin, beliau berkata sejak Februari 2022, kerajaan telah menanggung RM3.8 bilion hanya untuk subsidi telur dan ayam.

Syarikat pengeluar telur seperti QL Resourse dan Leong Hup International Bhd mendapat kesan positif daripada pelepasan kawalan harga telur dan ayam kerana ia akan membolehkan mekanisme lulus kos yang cekap dilaksanakan dan membenarkan permintaan pasaran dan kuasa bekalan untuk menentukan turun naik purata harga jualan (ASP) ayam dan telur.

Baca lagi: Inti Pati Belanjawan 2024


Jika kita telah ada kesedaran untuk melabur saham maka bersyukurlah, sebab masih ramai yang belum tahu.

Pelaburan paling besar adalah pada diri sendiri.

Mulakan sekarang.

Segala persoalan anda tentang saham akan terjawab


Padat dengan benda penting. Sesuai untuk :

1. “Zero” dan Newbies dalam saham
2. Yang mencari buku rujukan asas saham
3. Ulangkaji terma-terma ‘jargon’ dalam dunia saham
4. Dijadikan rujukan sebelum dan selepas pergi seminar
5. Anak-anak bersekolah menengah / Kolej / Universiti

Buku ini berwarna, penuh grafik dan contoh-contoh yang mudah untuk difahami.

Cuma…Buku ini tak banyak. Dapatkan sebelum terlambat.

Miliki sekarang sebab masih ada harga istimewa ->

TERKINI: Miliki Buku Malaysia Melabur Saham di Shopee

Ramai sangat give up dalam saham. Kawan-kawan kami pun ramai dah give up.

Tapi kenapa give up?

Sebab kita sibuk mencari rahsia, teknik, indikator dan terlalu cepat nak kaya.

Bila dah rugi, mulalah salahkan cikgu, mentor, sifu yang ajar kita.

Hidup ni tak perlu complicated sangat.

Dan tak perlu pun tengok saham ni hari-hari.
Cukup sebulan sekali.

Kami suka kongsikan kaedah Swing ini sebab:

  • Kita tak perlu melekat di screen
  • Kita boleh bekerja seperti biasa
  • Kurang risiko untuk rugi
  • Set siap-siap bila nak jual saham tu
  • Kurang stress


Insya-Allah berbaloi… Pra-Daftar dahulu & jadi yang terawal untuk tahu sesi seterusnya!

Siap dapat diskaun Early Bird!

SAYA NAK PRA-DAFTAR!

Tags: belanjawan2024Bursa Malaysiasaham
Share304ShareSend

Related Posts

Bursa Malaysia Catat Untung Bersih Lebih Tinggi RM75.03 Juta Pada Suku Pertama
Catalyst

Keuntungan Bersih Bursa Malaysia Susut Kepada RM57.06 Juta Akibat Hasil Operasi Yang Rendah

3 months ago
Oxford Innotech Bermula Kukuh Di Pasaran ACE, Catat Harga 36 Sen
Asas Saham

Oxford Innotech Bermula Kukuh Di Pasaran ACE, Catat Harga 36 Sen

3 months ago
Zetrix AI Tidak Lagi Kendali Pembaharuan Permit Pekerja Asing
Catalyst

Zetrix AI Tidak Lagi Kendali Pembaharuan Permit Pekerja Asing

3 months ago
TechStore Sasar Raih RM25 Juta Daripada IPO Untuk Pacu Pertumbuhan
Catalyst

TechStore Raih Kontrak Bernilai RM7.75 Juta Di Bawah Projek RTS Link

3 months ago
No Result
View All Result

Follow Kami

Facebook Telegram Youtube
ADVERTISEMENT

Follow Kami

Telegram Facebook Twitter Youtube

Penafian

Segala informasi yang dikongsikan adalah berbentuk pendidikan dan ilmu mengenai bagaimana untuk melabur serta strategi yang anda boleh gunakan.

Maklumat yang terkandung dalam laman ini adalah berdasarkan kepada kajian dan penyelidikan The Kapital (“Penulis”); dan adalah pendapat bertulis semata-mata dan idea daripada Penulis,

Ia tidak melibatkan sebarang aktiviti mengumpul duit serta tidak memberitahu anda pelaburan atau sebarang bentuk sekuriti / saham / bon mana patut anda beli. Saham-saham yang dikongsikan adalah bertujuan pembelajaran sahaja. Perubahan harga yang lepas tidak menjanjikan keuntungan di masa akan datang. Sebarang tindakan atau keputusan untuk melabur adalah keputusan anda.

Kategori

  • Advertorial
  • Asas Saham
  • Aset Digital
  • Berita
  • Catalyst
  • Fundamental Analisis
  • Hebahan
  • Indikator
  • Inspirasi
  • Market Update
  • Pengalaman Saham
  • Produk
  • Saham
  • Saham Global
  • Technical Analysis
  • Trading Idea
  • Uncategorized

Hubungi Kami

Kami menerima banyak pertanyaan daripada media online, media cetak dan juga media elektronik. Jika anda mewakili organisasi media anda, tidak kira surat-khabar, majalah, televisyen dan lain-lain, mohon email ke [email protected]

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In