• Notis Privasi
  • Penafian
  • Pengiklanan
Wednesday, April 29, 2026
  • Login
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
No Result
View All Result
The Kapital
The Kapital
No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
Home Saham Market Update

Aktiviti Pengumpulan Dana Dapat Diteruskan Menerusi Pengecualian CGT – SC

in Market Update
A A
Aktiviti Pengumpulan Dana Dapat Diteruskan Menerusi Pengecualian CGT – SC
Kongsi ke FacebookKongsi ke TelegramKongsi ke Whatsapp

KUALA LUMPUR, 13 Okt (Bernama) — Pengecualian bersasar bagi cukai keuntungan modal (CGT) terhadap aktiviti berkaitan tawaran awam permulaan (IPO) dan modal teroka yang diluluskan akan memastikan aktiviti pengumpulan dana berterusan dalam pasaran modal, kata Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (SC).

Pengerusinya Datuk Seri Dr Awang Adek Hussin berkata SC menyambut baik langkah itu kerana kerajaan telah mempertimbangkan langkah dalam mengimbangi keperluan untuk meluaskan asas cukai serta menyokong keperluan pengumpulan dana untuk syarikat dari semua saiz.

Awang Adek berkata pengumuman belanjawan hari ini akan menyumbang kepada pertumbuhan ekonomi negara di bawah kerangka kerja Ekonomi MADANI dan mengukuhkan lagi pasaran modal yang memainkan peranan penting dalam merangsang ekonomi melalui pembentukan modal yang cekap dan mobilisasi.

Berkaitan

Bursa Dibuka Meningkat Dipacu Keadaan Serantau Lebih Reda, Belian Terpilih

Kenaikan Wall Street Dorong Bursa Malaysia Dibuka Tinggi

Bursa Malaysia Dibuka 0.36 Peratus Lebih Rendah, Jejaki Petunjuk Global

“SC mengalu-alukan langkah dan insentif yang diumumkan hari ini. Inisiatif ini menunjukkan komitmen kerajaan untuk memupuk pertumbuhan ekonomi dan menggalakkan pelaburan yang mampan dan bertanggungjawab di Malaysia,” katanya.

CGT diumumkan dalam Belanjawan 2024 oleh Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Beliau berkata kerajaan akan menguatkuasakan pengenaan 10 peratus CGT ke atas saham dalam syarikat tidak tersenarai berkuat kuasa 1 Mac 2024 dengan pengecualian tertentu bagi pelupusan saham yang berkaitan dengan aktiviti IPO, penstrukturan semula dalaman dan syarikat modal teroka.

Sementara itu, Pengerusi Bursa Malaysia Bhd Tan Sri Abdul Wahid Omar berkata inisiatif itu akan menggalakkan lebih banyak syarikat tidak tersenarai untuk menyenaraikan saham mereka di Bursa Malaysia, sekali gus memacu pertumbuhan seterusnya dalam pasaran modal.

Abdul Wahid berkata Bursa Malaysia turut digalakkan dengan sokongan kerajaan terhadap pembangunan pasaran karbon sukarela dengan potongan cukai tambahan sehingga RM300,000 untuk perbelanjaan pengukuran, pelaporan dan pengesahan berkaitan pembangunan projek kredit karbon yang boleh ditolak daripada hasil jualan kredit karbon yang didagangkan di Bursa Carbon Exchange (BCX).

— BERNAMA

Tags: Belanjawan 2024Bursa MalaysiaCGTcukai keuntungan modalFBM KLCISuruhanjaya Sekuriti
Share221ShareSend

Related Posts

Bursa Malaysia Dibuka Rendah, Saham Dan Bon AS Turut Jatuh
Market Update

Bursa Dibuka Meningkat Dipacu Keadaan Serantau Lebih Reda, Belian Terpilih

9 months ago
Bursa Malaysia Dibuka Rendah, Saham Dan Bon AS Turut Jatuh
Market Update

Kenaikan Wall Street Dorong Bursa Malaysia Dibuka Tinggi

9 months ago
Bursa Malaysia Dibuka Rendah, Saham Dan Bon AS Turut Jatuh
Market Update

Bursa Malaysia Dibuka 0.36 Peratus Lebih Rendah, Jejaki Petunjuk Global

9 months ago
Bursa Malaysia Dibuka Rendah, Saham Dan Bon AS Turut Jatuh
Market Update

Bursa Malaysia Dibuka Tinggi, Indeks Komposit Lepasi 1,530 Dirangsang Perdagangan, Sentimen Positif

9 months ago
No Result
View All Result

Follow Kami

Facebook Telegram Youtube
ADVERTISEMENT

Follow Kami

Telegram Facebook Twitter Youtube

Penafian

Segala informasi yang dikongsikan adalah berbentuk pendidikan dan ilmu mengenai bagaimana untuk melabur serta strategi yang anda boleh gunakan.

Maklumat yang terkandung dalam laman ini adalah berdasarkan kepada kajian dan penyelidikan The Kapital (“Penulis”); dan adalah pendapat bertulis semata-mata dan idea daripada Penulis,

Ia tidak melibatkan sebarang aktiviti mengumpul duit serta tidak memberitahu anda pelaburan atau sebarang bentuk sekuriti / saham / bon mana patut anda beli. Saham-saham yang dikongsikan adalah bertujuan pembelajaran sahaja. Perubahan harga yang lepas tidak menjanjikan keuntungan di masa akan datang. Sebarang tindakan atau keputusan untuk melabur adalah keputusan anda.

Kategori

  • Advertorial
  • Asas Saham
  • Aset Digital
  • Berita
  • Catalyst
  • Fundamental Analisis
  • Hebahan
  • Indikator
  • Inspirasi
  • Market Update
  • Pengalaman Saham
  • Produk
  • Saham
  • Saham Global
  • Technical Analysis
  • Trading Idea
  • Uncategorized

Hubungi Kami

Kami menerima banyak pertanyaan daripada media online, media cetak dan juga media elektronik. Jika anda mewakili organisasi media anda, tidak kira surat-khabar, majalah, televisyen dan lain-lain, mohon email ke [email protected]

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In