• Notis Privasi
  • Penafian
  • Pengiklanan
Saturday, June 13, 2026
  • Login
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
No Result
View All Result
The Kapital
The Kapital
No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
Home Saham Market Update

Dagangan Bursa Malaysia Meningkat Didorong Prestasi Semalaman Wall St Yang Lebih Baik

in Market Update
A A
Bursa Malaysia Dibuka Rendah, Saham Dan Bon AS Turut Jatuh
Kongsi ke FacebookKongsi ke TelegramKongsi ke Whatsapp

KUALA LUMPUR, 10 Okt (Bernama) — Bursa Malaysia dibuka tinggi pada pagi urus niaga Selasa, mengambil petunjuk daripada prestasi semalaman Wall Street yang lebih baik  di tengah-tengah ketegangan geopolitik yang berterusan, kata seorang peniaga.

Pada 9.10 pagi, FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) meningkat 6.60 mata kepada 1,423.86 berbanding 1,417.26 pada penutupan Isnin.

Indeks utama dibuka pada paras 1,419.33, menambah 2.07 mata.

Berkaitan

Bursa Dibuka Meningkat Dipacu Keadaan Serantau Lebih Reda, Belian Terpilih

Kenaikan Wall Street Dorong Bursa Malaysia Dibuka Tinggi

Bursa Malaysia Dibuka 0.36 Peratus Lebih Rendah, Jejaki Petunjuk Global

Di pasaran yang lebih luas, kaunter untung mengatasi kaunter rugi 189 berbalas 114, manakala 227 kaunter tidak berubah, 1,796 tidak diniagakan dan sembilan digantung.

Jumlah dagangan 309.88 juta unit bernilai RM101.93 juta.

Naib Presiden Penyelidikan Ekuiti Rakuten Trade Sdn Bhd Thong Pak Leng berkata Wall Street meningkat pada sesi penutupan selepas permulaan yang lembap apabila peniaga mengetepikan kesan konflik Timur Tengah pada lewat sesi dagangan.

“Namun begitu, harga minyak mentah melonjak dalam tindak balas spontan terhadap konflik, menyaksikan minyak mentah Brent melepasi paras US$88 setong dan ini mungkin boleh menjejaskan usaha Rizab Persekutuan AS untuk membendung inflasi,” katanya kepada Bernama.

Di Bursa Malaysia, beliau berpendapat dagangan dijangka bergerak lemah berikutan perkembangan di Timur Tengah, justeru, sentimen akan kekal berhati-hati sementara indeks utama diunjur berlegar antara julat 1,415-1425 hari ini.

“Sementara itu, kami percaya saham perbankan telah sedia untuk pengumpulan selepas aliran menurun sejak awal September,” katanya.

Dalam pada itu, Malacca Securities Sdn Bhd percaya pasaran mungkin memberi tumpuan pada ekonomi dan musim pendapatan yang akan bermula minggu ini.

Dalam kalangan wajaran tinggi, Maybank dan Petronas Chemicals meningkat lima sen masing-masing peroleh RM8.85 dan RM7.22, Public Bank menambah tiga sen kepada RM4.06 dan CIMB meraih empat sen kepada RM5.46 manakala Tenaga Nasional tidak berubah pada RM9.97. 

Bagi saham aktif, Classita dan Advance Synergy, kedua-duanya peroleh satu sen kepada 7.5 sen dan 14.5 sen, KNM Group kerugian dua sen kepada 12.5 sen sementara Tanco serta Kinergy Advancement kekal pada 55.5 sen dan 33.5 sen. 

Di papan indeks, Indeks FBM Emas mengembang 43.65 mata kepada 10,552.89, Indeks FBMT 100 meningkat 42.87 mata untuk mencatatkan 10,221.10 dan Indeks FBM Emas Syariah mengukuh 30.79 mata kepada 10,822.27.

Indeks FBM ACE peroleh 10.26 mata kepada 5,137.77 dan Indeks FBM 70 meraih  39.43 mata kepada 14,069.18.

Mengikut sektor, Indeks Perkhidmatan Kewangan mengukuh 84.53 mata kepada 15,971.37, Indeks Tenaga 3.01 mata lebih baik pada 870.68 dan Indeks Perladangan meningkat 11.54 mata kepada 6,861.39.

Indeks Produk dan Perkhidmatan Perindustrian menambah 1.11 mata kepada 171.74.

— BERNAMA

Tags: Bursa MalaysiaMalaccRakuten TradeWall Street
Share219ShareSend

Related Posts

Bursa Malaysia Dibuka Rendah, Saham Dan Bon AS Turut Jatuh
Market Update

Bursa Dibuka Meningkat Dipacu Keadaan Serantau Lebih Reda, Belian Terpilih

11 months ago
Bursa Malaysia Dibuka Rendah, Saham Dan Bon AS Turut Jatuh
Market Update

Kenaikan Wall Street Dorong Bursa Malaysia Dibuka Tinggi

11 months ago
Bursa Malaysia Dibuka Rendah, Saham Dan Bon AS Turut Jatuh
Market Update

Bursa Malaysia Dibuka 0.36 Peratus Lebih Rendah, Jejaki Petunjuk Global

11 months ago
Bursa Malaysia Dibuka Rendah, Saham Dan Bon AS Turut Jatuh
Market Update

Bursa Malaysia Dibuka Tinggi, Indeks Komposit Lepasi 1,530 Dirangsang Perdagangan, Sentimen Positif

11 months ago
No Result
View All Result

Follow Kami

Facebook Telegram Youtube
ADVERTISEMENT

Follow Kami

Telegram Facebook Twitter Youtube

Penafian

Segala informasi yang dikongsikan adalah berbentuk pendidikan dan ilmu mengenai bagaimana untuk melabur serta strategi yang anda boleh gunakan.

Maklumat yang terkandung dalam laman ini adalah berdasarkan kepada kajian dan penyelidikan The Kapital (“Penulis”); dan adalah pendapat bertulis semata-mata dan idea daripada Penulis,

Ia tidak melibatkan sebarang aktiviti mengumpul duit serta tidak memberitahu anda pelaburan atau sebarang bentuk sekuriti / saham / bon mana patut anda beli. Saham-saham yang dikongsikan adalah bertujuan pembelajaran sahaja. Perubahan harga yang lepas tidak menjanjikan keuntungan di masa akan datang. Sebarang tindakan atau keputusan untuk melabur adalah keputusan anda.

Kategori

  • Advertorial
  • Asas Saham
  • Aset Digital
  • Berita
  • Catalyst
  • Fundamental Analisis
  • Hebahan
  • Indikator
  • Inspirasi
  • Market Update
  • Pengalaman Saham
  • Produk
  • Saham
  • Saham Global
  • Technical Analysis
  • Trading Idea
  • Uncategorized

Hubungi Kami

Kami menerima banyak pertanyaan daripada media online, media cetak dan juga media elektronik. Jika anda mewakili organisasi media anda, tidak kira surat-khabar, majalah, televisyen dan lain-lain, mohon email ke [email protected]

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In