• Notis Privasi
  • Penafian
  • Pengiklanan
Saturday, January 24, 2026
  • Login
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
No Result
View All Result
The Kapital
The Kapital
No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
Home Saham Catalyst

Kumpulan Pemegang Saham KNM Tidak Merancang Jual Borsig Group

in Catalyst
A A
Kumpulan Pemegang Saham KNM Tidak Merancang Jual Borsig Group
Kongsi ke FacebookKongsi ke TelegramKongsi ke Whatsapp

KUALA LUMPUR, 6 Okt (Bernama) — Sekumpulan pemegang saham KNM Group Bhd yang merancang untuk mengambil alih kepimpinan syarikat, diketuai oleh jutawan Jerman dan pemegang saham terbesar Andreas Heeschen, telah menolak spekulasi bahawa mereka akan menjual aset berharga KNM iaitu Borsig Group.

Dalam satu kenyataan bersama hari ini, kumpulan itu berkata, mereka sebaliknya mahu merancang untuk mengembangkan KNM ke potensi sepenuhnya, dengan rancangan lembaga pengarah baharu itu akan menjadi titik perubahan dan memperkenalkan pertumbuhan mampan dalam tempoh lima tahun akan datang.

Mereka berkata pelan itu termasuk suntikan modal dan aset, pelaburan signifikan, naik taraf dalam pengurusan profesional, urus niaga rentas sempadan, kerjasama dengan badan-badan kerajaan, perkongsian dengan syarikat Fortune 500, dan kejuruteraan kewangan.

Berkaitan

Keuntungan Bersih Bursa Malaysia Susut Kepada RM57.06 Juta Akibat Hasil Operasi Yang Rendah

Oxford Innotech Bermula Kukuh Di Pasaran ACE, Catat Harga 36 Sen

Zetrix AI Tidak Lagi Kendali Pembaharuan Permit Pekerja Asing

“Ini adalah beberapa contoh betapa pintar dan keterhubungan lembaga pengarah baharu kami. Kami berhasrat untuk memanfaatkan aset-aset sedia ada syarikat dan modal insan untuk memanfaatkan peluang baru muncul dalam tenaga boleh diperbaharui dan kejuruteraan pada tahap yang belum pernah berlaku sebelum ini,” kata kumpulan itu.

Kumpulan itu telah memanggil mesyuarat agung luar biasa (EGM) khas, yang telah dijadualkan pada 16 Okt, 2023.

EGM itu mencadangkan pelantikan Tunku Kamariah Aminah Maimunah Iskandariah Sultan Iskandar, Andreas, Edwin Silvester Das, Datuk Zaidi Mat Isa, William H Van Vliet III, Flavio Porro, dan Datuk Abd Ghani Yusof sebagai pengarah baharu.

“Matlamat pertama kami apabila kami berada dalam lembaga pengarah ialah pembayaran balik hutang melalui pinjaman jangka pendek, bon terbitan khas, pembiayaan antara kerajaan, pelaksanaan korporat yang sesuai atau gabungan kesemua perkara di atas.

“Sehingga selepas EGM, kami ingin menghantar mesej kepada semua pemiutang dan pihak berkepentingan untuk meyakinkan tentang kesinambungan, yang bermaksud bahawa kepimpinan baharu tidak akan mengganggu atau menangguhkan keputusan yang telah diambil pada masa ini sehinggalah apabila penyelesaian yang lebih baik (di bawah jangka masa dan sudut pandangan kewangan) muncul di awal permulaan,” kata mereka.

Mengenai pelan pemulihan global mereka, kumpulan itu berkata mereka meramalkan pertumbuhan stabil 10-15 peratus setahun dalam Borsig Group, perniagaan baharu daripada rangkaian baharu, pendekatan sinergi yang belum pernah berlaku sebelum ini, dan pasaran baharu.

Kumpulan itu berkata, mereka juga akan melihat rancangan untuk mencairkan FBM Hudson pada harga 22 juta euro (RM109.5 juta), iaitu nilai sebenar pada pendapat mereka, mencerminkan penurunan menegak dan tidak pernah berlaku sebelum ini yang dialami FBM sejak sepuluh bulan lalu.

“Berhubung mengenai FBM Hudson, kepimpinan baharu perlu bertemu pada mulanya dengan bakal pembeli yang akan diumumkan dan memahami tindakan seterusnya; terdapat kepelbagaian peluang untuk memberi manfaat kepada semua pihak yang berkepentingan.

“Jika kami mengambil alih lembaga pengarah, kami berhasrat untuk menyediakan strategi yang jelas iaitu untuk menyelesaikan hutang KNM dengan pilihan pengumpulan dana, keluar daripada Nota Amalan 17, mengekalkan dan meningkatkan aset-aset utama, menggiatkan semula aset yang memerlukan perbelanjaan modal dan mengekalkan pertumbuhan jangka panjang,” tambah kumpulan pemegang saham itu.

— BERNAMA

Tags: Andreas HeeschenberpotensiBorsigjualKNM GroupPemegang Saham
Share226ShareSend

Related Posts

Bursa Malaysia Catat Untung Bersih Lebih Tinggi RM75.03 Juta Pada Suku Pertama
Catalyst

Keuntungan Bersih Bursa Malaysia Susut Kepada RM57.06 Juta Akibat Hasil Operasi Yang Rendah

6 months ago
Oxford Innotech Bermula Kukuh Di Pasaran ACE, Catat Harga 36 Sen
Asas Saham

Oxford Innotech Bermula Kukuh Di Pasaran ACE, Catat Harga 36 Sen

6 months ago
Zetrix AI Tidak Lagi Kendali Pembaharuan Permit Pekerja Asing
Catalyst

Zetrix AI Tidak Lagi Kendali Pembaharuan Permit Pekerja Asing

6 months ago
TechStore Sasar Raih RM25 Juta Daripada IPO Untuk Pacu Pertumbuhan
Catalyst

TechStore Raih Kontrak Bernilai RM7.75 Juta Di Bawah Projek RTS Link

6 months ago
No Result
View All Result

Follow Kami

Facebook Telegram Youtube
ADVERTISEMENT

Follow Kami

Telegram Facebook Twitter Youtube

Penafian

Segala informasi yang dikongsikan adalah berbentuk pendidikan dan ilmu mengenai bagaimana untuk melabur serta strategi yang anda boleh gunakan.

Maklumat yang terkandung dalam laman ini adalah berdasarkan kepada kajian dan penyelidikan The Kapital (“Penulis”); dan adalah pendapat bertulis semata-mata dan idea daripada Penulis,

Ia tidak melibatkan sebarang aktiviti mengumpul duit serta tidak memberitahu anda pelaburan atau sebarang bentuk sekuriti / saham / bon mana patut anda beli. Saham-saham yang dikongsikan adalah bertujuan pembelajaran sahaja. Perubahan harga yang lepas tidak menjanjikan keuntungan di masa akan datang. Sebarang tindakan atau keputusan untuk melabur adalah keputusan anda.

Kategori

  • Advertorial
  • Asas Saham
  • Aset Digital
  • Berita
  • Catalyst
  • Fundamental Analisis
  • Hebahan
  • Indikator
  • Inspirasi
  • Market Update
  • Pengalaman Saham
  • Produk
  • Saham
  • Saham Global
  • Technical Analysis
  • Trading Idea
  • Uncategorized

Hubungi Kami

Kami menerima banyak pertanyaan daripada media online, media cetak dan juga media elektronik. Jika anda mewakili organisasi media anda, tidak kira surat-khabar, majalah, televisyen dan lain-lain, mohon email ke [email protected]

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In