• Notis Privasi
  • Penafian
  • Pengiklanan
Tuesday, February 17, 2026
  • Login
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
No Result
View All Result
The Kapital
The Kapital
No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
Home Saham Catalyst

Vestland Peroleh Dua Kontrak Berjumlah RM116.07 Juta

in Catalyst
A A
Vestland Peroleh Dua Kontrak Berjumlah RM116.07 Juta
Kongsi ke FacebookKongsi ke TelegramKongsi ke Whatsapp

KUALA LUMPUR, 5 Okt (Bernama) — Anak syarikat milik penuh Vestland Bhd (Vestland), Vestland Resources Sdn Bhd, memperoleh dua kontrak reka bentuk dan binaan, berjumlah RM116.07 juta.

Dalam makluman kepada Bursa Malaysia, kumpulan itu berkata kontrak pertama yang bernilai RM63.12 juta diperoleh daripada Sg Besi Construction Sdn Bhd.

“Kontrak itu merangkumi kerja-kerja mereka bentuk, kelulusan, pembinaan, penyiapan, pengujian dan pentauliahan bangunan utama bagi satu blok pangsapuri mampu milik 13 tingkat dan satu blok pangsapuri kos sederhana 13 tingkat dan kemudahan berkaitan di Pulau Pinang,” katanya.

Berkaitan

Keuntungan Bersih Bursa Malaysia Susut Kepada RM57.06 Juta Akibat Hasil Operasi Yang Rendah

Oxford Innotech Bermula Kukuh Di Pasaran ACE, Catat Harga 36 Sen

Zetrix AI Tidak Lagi Kendali Pembaharuan Permit Pekerja Asing

Vestland berkata kerja-kerja pembinaan yang bermula hari ini dijangka siap pada 20 Mac 2025.

Dalam makluman berasingan, kumpulan itu berkata kontrak kedua bernilai RM52.95 juta adalah daripada Derrida (M) Sdn Bhd untuk mereka bentuk dan membina sekolah, kuarters, asrama dan kemudahan berkaitan di Sabah.

Vestland berkata kerja-kerja pembinaan dimulakan hari ini dan dijangka siap pada 26 Jun 2025.

“Kami berbesar hati untuk berkongsi kejayaan kami dalam mendapatkan dua lagi kontrak reka bentuk dan binaan, menambah pencapaian kami yang luar biasa, susulan penyenaraian kami di Pasaran ACE pada 31 Jan 2023.

“Penerapan strategi Lautan Biru kami untuk memanfaatkan kepakaran kami dalam reka bentuk dan binaan telah membuahkan hasil, seperti yang terbukti menerusi sumbangan hasil yang konsisten sebanyak 50-60 peratus daripada segmen reka bentuk dan binaan untuk suku yang lepas, memberikan kejelasan pendapatan yang kukuh untuk tiga hingga empat tahun akan datang,” kata Pengarah Urusan kumpulannya, Datuk Liew Foo Heen.

— BERNAMA

Tags: Derridapembinaanreka bentukSg Besi ConstructionVestlandVestland Resources
Share232ShareSend

Related Posts

Bursa Malaysia Catat Untung Bersih Lebih Tinggi RM75.03 Juta Pada Suku Pertama
Catalyst

Keuntungan Bersih Bursa Malaysia Susut Kepada RM57.06 Juta Akibat Hasil Operasi Yang Rendah

7 months ago
Oxford Innotech Bermula Kukuh Di Pasaran ACE, Catat Harga 36 Sen
Asas Saham

Oxford Innotech Bermula Kukuh Di Pasaran ACE, Catat Harga 36 Sen

7 months ago
Zetrix AI Tidak Lagi Kendali Pembaharuan Permit Pekerja Asing
Catalyst

Zetrix AI Tidak Lagi Kendali Pembaharuan Permit Pekerja Asing

7 months ago
TechStore Sasar Raih RM25 Juta Daripada IPO Untuk Pacu Pertumbuhan
Catalyst

TechStore Raih Kontrak Bernilai RM7.75 Juta Di Bawah Projek RTS Link

7 months ago
No Result
View All Result

Follow Kami

Facebook Telegram Youtube
ADVERTISEMENT

Follow Kami

Telegram Facebook Twitter Youtube

Penafian

Segala informasi yang dikongsikan adalah berbentuk pendidikan dan ilmu mengenai bagaimana untuk melabur serta strategi yang anda boleh gunakan.

Maklumat yang terkandung dalam laman ini adalah berdasarkan kepada kajian dan penyelidikan The Kapital (“Penulis”); dan adalah pendapat bertulis semata-mata dan idea daripada Penulis,

Ia tidak melibatkan sebarang aktiviti mengumpul duit serta tidak memberitahu anda pelaburan atau sebarang bentuk sekuriti / saham / bon mana patut anda beli. Saham-saham yang dikongsikan adalah bertujuan pembelajaran sahaja. Perubahan harga yang lepas tidak menjanjikan keuntungan di masa akan datang. Sebarang tindakan atau keputusan untuk melabur adalah keputusan anda.

Kategori

  • Advertorial
  • Asas Saham
  • Aset Digital
  • Berita
  • Catalyst
  • Fundamental Analisis
  • Hebahan
  • Indikator
  • Inspirasi
  • Market Update
  • Pengalaman Saham
  • Produk
  • Saham
  • Saham Global
  • Technical Analysis
  • Trading Idea
  • Uncategorized

Hubungi Kami

Kami menerima banyak pertanyaan daripada media online, media cetak dan juga media elektronik. Jika anda mewakili organisasi media anda, tidak kira surat-khabar, majalah, televisyen dan lain-lain, mohon email ke [email protected]

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In