KUALA LUMPUR, 5 Okt (Bernama) — Inta Bina Sdn Bhd (IBSB), unit milik penuh Inta Bina Group Bhd, berjaya memperoleh kontrak pembinaan bernilai RM100.50 juta daripada Angkasa Senuri Sdn Bhd untuk kerja-kerja bangunan utama di Shah Alam, Selangor.
Dalam makluman kepada Bursa Malaysia, kumpulan itu berkata IBSB akan membina dan menyiapkan bangunan perniagaan berstrata 24 tingkat di Mutiara Subang, Shah Alam seperti di dalam surat kontrak yang diterima oleh IBSB hari ini.
Kerja-kerja pembinaan dijadualkan bermula pada 15 Okt, 2023 yang berlangsung selama 26 bulan dan kontrak itu dijangka menyumbang secara positif terhadap pendapatan masa depan kumpulan sepanjang tempoh kontrak.
Kumpulan itu berhasrat untuk membiayai kontrak melalui dana yang dijana secara dalaman dan/atau pinjaman dari luar.
— BERNAMA




