• Notis Privasi
  • Penafian
  • Pengiklanan
Monday, April 27, 2026
  • Login
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
No Result
View All Result
The Kapital
The Kapital
No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
Home Saham Market Update

Bursa Malaysia Meningkat Pada Sesi Awal Dagangan

in Market Update
A A
Bursa Malaysia Dibuka Rendah Pada Sesi Permulaan Urus Niaga Pagi Ini
Kongsi ke FacebookKongsi ke TelegramKongsi ke Whatsapp

BURSA MALAYSIA MENINGKAT PADA SESI AWAL DAGANGAN 

KUALA LUMPUR, 6 Okt (Bernama) — Bursa Malaysia dibuka lebih tinggi pada sesi awal Jumaat, didorong oleh belian bagi saham wajaran tinggi terpilih serta di tengah-tengah pemulihan sentimendi pasaran serantau, kata peniaga.

Pada 9.06 pagi, indeks petunjuk utama FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) meningkat 1.66 mata kepada 1,417.26 daripada 1,415.60 pada akhir urus niaga semalam.

Indeks tersebut dibuka susut 0.31 mata kepada 1,415.29.

Berkaitan

Bursa Dibuka Meningkat Dipacu Keadaan Serantau Lebih Reda, Belian Terpilih

Kenaikan Wall Street Dorong Bursa Malaysia Dibuka Tinggi

Bursa Malaysia Dibuka 0.36 Peratus Lebih Rendah, Jejaki Petunjuk Global

Di pasaran secara amnya positif dengan kaunter untung mengatasi rugi iaitu 124 berbanding 115 manakala 240 kaunter tidak berubah, 1,837 tidak diniagakan dan 15 digantung dagangannya.

Jumlah dagangan sebanyak 118.21 juta unit bernilai RM50.95 juta.

Sementara itu, Malacca Securities Sdn Bhd menjangkakan pelabur berkemungkinan menumpukan pemangkin domestik seperti Pelan Hala Tuju Peralihan Tenaga Negara (NETR) dan Pelan Induk Perindustrian Baharu (NIMP) bagi mencari peluang dagangan.

“Pelabur juga mungkin memberi tumpuan kepada syarikat dengan asas kukuh yang meraih pertumbuhan pendapatan dalam tempoh dua suku lepas,” katanya dalam nota tinjauannya, hari ini.

Firma pembrokeran itu juga menyifatkan saham-saham berkaitan tenaga, pembinaan, hartanah dan bahan binaan akan mendapat manfaat daripada NETR dan NIMP ketika pelabur terus mengambil kedudukan menjelang pembentangan Belanjawan 2024 pada 13 Oktober ini.

“Bagaimanapun, sektor tenaga mungkin berdepan tekanan berikutan kejatuhan harga minyak,” katanya.

Saham wajaran tinggi menyaksikan Maybank turun satu sen kepada RM8.75, Public Bank naik satu sen kepada RM4.05, CIMB menokok dua sen kepada RM5.43 manakala Tenaga Nasional dan Petronas tidak berubah pada RM9.96 dan RM7.10. 

Bagi saham aktif, Kinergy Advancement dan Econpile masing-masing meraih setengah sen kepada 34 sen dan 32 sen, Southern Cable menokok 1.5 sen kepada 38 sen, Tanco tidak berubah pada 55 sen dan Sarawak Consolidated turun setengah sen kepada 49 sen. 

Di papan indeks pula, Indeks FBM Emas naik 8.63 mata kepada 10,502.42, Indeks FBMT 100 meningkat 8.10 mata kepada 10,170.39 dan Indeks FBM Emas Shariah menokok 9.31 mata kepada 10,789.56.

Indeks FBM ACE meningkat 11.68 mata kepada 5,123.32 manakala Indeks FBM 70 susut 5.37 mata kepada 13,984.70.

Bagi sektor, Indeks Produk dan Perkhidmatan Perindustrian naik 0.19 mata kepada 170.10, Indeks Perkhidmatan Kewangan menambah 18.24 mata kepada 15,881.91, Indeks Tenaga naik 1.27 mata kepada 848.0 manakala Indeks Perladangan susut 0.64 mata kepada 6,836.97.

— BERNAMA

Tags: Belanjawan 2024bukaBursa MalaysiaMalacca Securities
Share210ShareSend

Related Posts

Bursa Malaysia Dibuka Rendah, Saham Dan Bon AS Turut Jatuh
Market Update

Bursa Dibuka Meningkat Dipacu Keadaan Serantau Lebih Reda, Belian Terpilih

9 months ago
Bursa Malaysia Dibuka Rendah, Saham Dan Bon AS Turut Jatuh
Market Update

Kenaikan Wall Street Dorong Bursa Malaysia Dibuka Tinggi

9 months ago
Bursa Malaysia Dibuka Rendah, Saham Dan Bon AS Turut Jatuh
Market Update

Bursa Malaysia Dibuka 0.36 Peratus Lebih Rendah, Jejaki Petunjuk Global

9 months ago
Bursa Malaysia Dibuka Rendah, Saham Dan Bon AS Turut Jatuh
Market Update

Bursa Malaysia Dibuka Tinggi, Indeks Komposit Lepasi 1,530 Dirangsang Perdagangan, Sentimen Positif

9 months ago
No Result
View All Result

Follow Kami

Facebook Telegram Youtube
ADVERTISEMENT

Follow Kami

Telegram Facebook Twitter Youtube

Penafian

Segala informasi yang dikongsikan adalah berbentuk pendidikan dan ilmu mengenai bagaimana untuk melabur serta strategi yang anda boleh gunakan.

Maklumat yang terkandung dalam laman ini adalah berdasarkan kepada kajian dan penyelidikan The Kapital (“Penulis”); dan adalah pendapat bertulis semata-mata dan idea daripada Penulis,

Ia tidak melibatkan sebarang aktiviti mengumpul duit serta tidak memberitahu anda pelaburan atau sebarang bentuk sekuriti / saham / bon mana patut anda beli. Saham-saham yang dikongsikan adalah bertujuan pembelajaran sahaja. Perubahan harga yang lepas tidak menjanjikan keuntungan di masa akan datang. Sebarang tindakan atau keputusan untuk melabur adalah keputusan anda.

Kategori

  • Advertorial
  • Asas Saham
  • Aset Digital
  • Berita
  • Catalyst
  • Fundamental Analisis
  • Hebahan
  • Indikator
  • Inspirasi
  • Market Update
  • Pengalaman Saham
  • Produk
  • Saham
  • Saham Global
  • Technical Analysis
  • Trading Idea
  • Uncategorized

Hubungi Kami

Kami menerima banyak pertanyaan daripada media online, media cetak dan juga media elektronik. Jika anda mewakili organisasi media anda, tidak kira surat-khabar, majalah, televisyen dan lain-lain, mohon email ke [email protected]

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In