fbpx
  • Notis Privasi
  • Penafian
  • Pengiklanan
Saturday, July 12, 2025
  • Login
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
No Result
View All Result
The Kapital
The Kapital
No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
Home Saham Catalyst

Malakoff Labur RM2.5 Bilion Bangunkan Projek Solar 500MW Dalam Masa Lima Tahun

in Catalyst
A A
Untung Bersih Suku Kedua Malakoff Melonjak 101 Peratus Kepada RM104.96 Juta
Kongsi ke FacebookKongsi ke TelegramKongsi ke Whatsapp

KUALA LUMPUR, 4 Okt (Bernama) — Malakoff Corporation Bhd menyasarkan untuk melabur kira-kira RM2.5 bilion bagi membangunkan projek solar 500 megawatt (MW) bagi Kumpulan Syarikat Albukhary dalam masa lima tahun.

Kumpulan dengan pelbagai cabang perniagaan itu meliputi antaranya Kumpulan MMC, DRB-Hicom Bhd dan Tradewinds Plantation Bhd.

Sejajar dengan usaha itu, Malakoff dan MMC Ports telah memeterai memorandum persefahaman (MoU) bagi meninjau perniagaan dalam pelbagai inisiatif tenaga hijau yang membabitkan pelaburan bernilai RM350 juta.

Berkaitan

A1 AK Koh Group Mula Disenaraikan, Harga Dibuka Mendatar Pada 25 Sen

Bakal Disenarai Di Pasaran ACE, IPO Enproserve Terlebih Langgan 0.43 Kali

Avaland Akan Laksanakan Projek Pembangunan Bercampur Dengan GDV RM900 Juta

Ini termasuk namun tidak terhad kepada mana-mana program tenaga solar di bawah inisiatif kerajaan seperti Program Tenaga Hijau Korporat (CGPP), Kegunaan Sendiri (SelCo), kaedah ‘cold-ironing’ iaitu penjanaan elektrik dari sumber pantai ke kapal, pemasangan stesen pengecasan kenderaan elektrik dan lain-lain.

Pengarah Urusan merangkap Ketua Pegawai Eksekutif Malakoff Anwar Syahrin Abdul Ajib berkata syarikat itu dan MMC Ports iaitu Northport (Malaysia) Bhd, Johor Port Bhd, Tanjung Pelepas Sdn Bhd dan Penang Port Sdn Bhd, kini memulakan langkah bagi perkongsian transformatif dalam CGPP.

Malah, katanya, Malakoff akan menggalas peranan sebagai pengeluar tenaga solar manakala MMC Ports sebagai sebagai pengguna korporat.

“Kerjasama strategik ini membuka jalan bagi MMC Ports untuk memanfaatkan tenaga boleh baharu (TBB) melalui tenaga solar,” katanya kepada pemberita selepas majlis pemeteraian MoU Malakoff-MMC.

Dalam memastikan dunia lebih bersih dan hijau, MoU itu juga menjadi sebahagian daripada komitmen Malakoff ke arah Matlamat Pembangunan Mampan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) ketujuh – Tenaga Mampu Milik dan Bersih yang menumpukan usaha memastikan akses tenaga yang berpatutan, berwibawa serta mampan untuk semua.

Mengulas selanjutnya, Anwar Syahrin berkata di bawah program solar bumbung SelCo, Malakoff bertindak sebagai pemaju bagi pengguna akhir MMC Ports manakala Malakoff akan menguruskan aspek pemasangan, operasi dan penyelenggaraan sistem fotovoltan (PV) solar.

Jelas beliau, selaras dengan matlamat untuk mencapai 70 peratus campuran TBB menjelang 2050, Malakoff dan MMC Ports sedang giat meneroka peluang bagi kerjasama dalam program solar berskala besar (LSS). 

“Mereka turut mempertimbang pelaksanaan penyelesaian ‘cold ironing’ tersebut yang mana enjin kapal yang berlabuh itu dimatikan, sekali gus mengurangkan pelepasan gas rumah hijau dan pencemaran udara,” katanya.

Anwar Syahrin juga menyifatkan kerjasama strategik itu memaparkan cita-cita serta komitmen syarikat berkenaan bagi menangani isu alam sekitar global dengan memperluas portfolio TBB sedia ada selain meninjau pelbagai bidang inisiatif hijau berbeza menerusi usaha penyelesaian komprehensif dan inovatif.

Setakat ini, pencapaian Malakoff melangkaui 67MW kapasiti pemasangan solar menerusi LSS dan solar bumbung dan 84MW kapasiti tenaga hidro yang dalam proses untuk disiapkan.

Kewujudan tanah-tanah simpanan yang tersedia di Perak dan Melaka serta terletak berhampiran dengan garisan grid tenaga, juga menjadi bukti keupayaan syarikat berkenaan dan seterusnya membolehkan pihak yang berminat, terutama dalam Kumpulan Albukhary, untuk membangunkan projek-projek solar.

Selain itu, Anwar Syahrin berkata syarikat terbabit juga meninjau eksport tenaga ke negara-negara jiran seperti Singapura.

“Seiring dengan usaha Malakoff untuk muncul sebagai peneraju penjanaan tenaga global dan penggiat penyelesaian alam sekitar, kami telah menggariskan sasaran besar yang memaparkan dedikasi kami terhadap kelestarian,” katanya.

Syarikat tersebut menyasarkan untuk mencapai kapasiti TBB sebanyak 1,400MW menjelang 2031 dan mencapai kadar kitaran semula 15-20 peratus menjelang 2025 daripada kutipan sisa oleh syarikat milik penuhnya, Alam Flora Sdn Bhd.

— BERNAMA

Tags: AlbukharyMalakoffMMC Portsprojek solar
Share278ShareSend

Related Posts

A1 AK Koh Group Mula Disenaraikan, Harga Dibuka Mendatar Pada 25 Sen
Catalyst

A1 AK Koh Group Mula Disenaraikan, Harga Dibuka Mendatar Pada 25 Sen

1 day ago
10 Perkara Kena Tahu Sebelum Memohon IPO Enproserve Group Berhad
Catalyst

Bakal Disenarai Di Pasaran ACE, IPO Enproserve Terlebih Langgan 0.43 Kali

1 day ago
Avaland Akan Laksanakan Projek Pembangunan Bercampur Dengan GDV RM900 Juta
Catalyst

Avaland Akan Laksanakan Projek Pembangunan Bercampur Dengan GDV RM900 Juta

1 day ago
Sarawak Cable Akan Nyahsenarai Daripada Bursa Malaysia Pada 15 Julai
Catalyst

Sarawak Cable Akan Nyahsenarai Daripada Bursa Malaysia Pada 15 Julai

1 day ago
No Result
View All Result

Follow Kami

Facebook Telegram Youtube
ADVERTISEMENT

Follow Kami

Telegram Facebook Twitter Youtube

Penafian

Segala informasi yang dikongsikan adalah berbentuk pendidikan dan ilmu mengenai bagaimana untuk melabur serta strategi yang anda boleh gunakan.

Maklumat yang terkandung dalam laman ini adalah berdasarkan kepada kajian dan penyelidikan The Kapital (“Penulis”); dan adalah pendapat bertulis semata-mata dan idea daripada Penulis,

Ia tidak melibatkan sebarang aktiviti mengumpul duit serta tidak memberitahu anda pelaburan atau sebarang bentuk sekuriti / saham / bon mana patut anda beli. Saham-saham yang dikongsikan adalah bertujuan pembelajaran sahaja. Perubahan harga yang lepas tidak menjanjikan keuntungan di masa akan datang. Sebarang tindakan atau keputusan untuk melabur adalah keputusan anda.

Kategori

  • Advertorial
  • Asas Saham
  • Aset Digital
  • Berita
  • Catalyst
  • Fundamental Analisis
  • Hebahan
  • Indikator
  • Inspirasi
  • Market Update
  • Pengalaman Saham
  • Produk
  • Saham
  • Saham Global
  • Technical Analysis
  • Trading Idea
  • Uncategorized

Hubungi Kami

Kami menerima banyak pertanyaan daripada media online, media cetak dan juga media elektronik. Jika anda mewakili organisasi media anda, tidak kira surat-khabar, majalah, televisyen dan lain-lain, mohon email ke [email protected]

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In