• Notis Privasi
  • Penafian
  • Pengiklanan
Monday, April 20, 2026
  • Login
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
No Result
View All Result
The Kapital
The Kapital
No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
Home Saham Catalyst

BPlant, KLK Jelaskan Perjanjian Boustead-KLK Masih Dalam Perbincangan

in Catalyst
A A
KLK Kepong Akan Beli 33 Peratus Pegangan Dalam Boustead Plantation Pada RM1.15 Bilion
Kongsi ke FacebookKongsi ke TelegramKongsi ke Whatsapp

KUALA LUMPUR, 3 Okt (Bernama) — Cadangan penjualan 33 peratus kepentingan dalam Boustead Plantations Bhd (BPlant) oleh Lembaga Tabung Angkatan Tentera (LTAT) dan Boustead Holdings Bhd kepada Kuala Lumpur Kepong Bhd (KLK) masih dalam perbincangan, kata Bplant dan KLK.

Dalam makluman berasingan kepada Bursa Malaysia hari ini, BPlant dan KLK berkata mereka dimaklumkan bahawa kerjasama strategik yang dicadangkan itu masih menunggu keputusan muktamad antara pihak yang terlibat, dan tarikh akhir bagi memuktamadkan cadangan itu adalah pada 6 Okt, 2023.

BPlant berkata ia dimaklumkan oleh pemegang saham, iaitu Boustead Holdings dan LTAT, manakala RHB Investment Bank, bagi pihak lembaga KLK, maklumat itu diperoleh selepas usaha wajar dan penelitian dengan semua pengarah, pemegang saham utama dan pihak lain yang berkaitan yang biasa dengan perkara itu.

Berkaitan

Keuntungan Bersih Bursa Malaysia Susut Kepada RM57.06 Juta Akibat Hasil Operasi Yang Rendah

Oxford Innotech Bermula Kukuh Di Pasaran ACE, Catat Harga 36 Sen

Zetrix AI Tidak Lagi Kendali Pembaharuan Permit Pekerja Asing

Kedua-dua BPlant dan KLK memberi kenyataan itu kepada Bursa Malaysia Securities Bhd berikutan satu laporan oleh The Edge CEO Morning Brief hari ini bertajuk “RM1.15 bil Boustead-KLK deals falls through, say sources; govt seeks RM2 bil to ‘save’ LTAT”.

RHB Investment, penasihat utama KLK bagi pelaksanaan korporat yang dicadangkan itu, turut memetik kenyataan daripada laporan itu berkaitan kenyataan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim sebelum ini, berhubung hasrat kerajaan untuk “membantu LTAT mengelakkan kerugian”.

“Pihak lembaga ingin menjelaskan bahawa syarikat itu tiada notis awal, dan tiada pengesahan mengenai hasrat kerajaan itu,” katanya dalam makluman itu.

Tarikh akhir untuk memuktamadkan cadangan itu telah dilanjutkan sebanyak dua kali.

Dalam satu kenyataan pada 11 Sept, KLK mengumumkan bahawa pihak-pihak terbabit telah bersetuju untuk melanjutkan tarikh akhir itu kepada 22 Sept dan kemudiannya kepada 6 Okt.

— BERNAMA

Tags: Boustead Holdings BhdBoustead PlantationsKLKLTATpen
Share235ShareSend

Related Posts

Bursa Malaysia Catat Untung Bersih Lebih Tinggi RM75.03 Juta Pada Suku Pertama
Catalyst

Keuntungan Bersih Bursa Malaysia Susut Kepada RM57.06 Juta Akibat Hasil Operasi Yang Rendah

9 months ago
Oxford Innotech Bermula Kukuh Di Pasaran ACE, Catat Harga 36 Sen
Asas Saham

Oxford Innotech Bermula Kukuh Di Pasaran ACE, Catat Harga 36 Sen

9 months ago
Zetrix AI Tidak Lagi Kendali Pembaharuan Permit Pekerja Asing
Catalyst

Zetrix AI Tidak Lagi Kendali Pembaharuan Permit Pekerja Asing

9 months ago
TechStore Sasar Raih RM25 Juta Daripada IPO Untuk Pacu Pertumbuhan
Catalyst

TechStore Raih Kontrak Bernilai RM7.75 Juta Di Bawah Projek RTS Link

9 months ago
No Result
View All Result

Follow Kami

Facebook Telegram Youtube
ADVERTISEMENT

Follow Kami

Telegram Facebook Twitter Youtube

Penafian

Segala informasi yang dikongsikan adalah berbentuk pendidikan dan ilmu mengenai bagaimana untuk melabur serta strategi yang anda boleh gunakan.

Maklumat yang terkandung dalam laman ini adalah berdasarkan kepada kajian dan penyelidikan The Kapital (“Penulis”); dan adalah pendapat bertulis semata-mata dan idea daripada Penulis,

Ia tidak melibatkan sebarang aktiviti mengumpul duit serta tidak memberitahu anda pelaburan atau sebarang bentuk sekuriti / saham / bon mana patut anda beli. Saham-saham yang dikongsikan adalah bertujuan pembelajaran sahaja. Perubahan harga yang lepas tidak menjanjikan keuntungan di masa akan datang. Sebarang tindakan atau keputusan untuk melabur adalah keputusan anda.

Kategori

  • Advertorial
  • Asas Saham
  • Aset Digital
  • Berita
  • Catalyst
  • Fundamental Analisis
  • Hebahan
  • Indikator
  • Inspirasi
  • Market Update
  • Pengalaman Saham
  • Produk
  • Saham
  • Saham Global
  • Technical Analysis
  • Trading Idea
  • Uncategorized

Hubungi Kami

Kami menerima banyak pertanyaan daripada media online, media cetak dan juga media elektronik. Jika anda mewakili organisasi media anda, tidak kira surat-khabar, majalah, televisyen dan lain-lain, mohon email ke [email protected]

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In