• Notis Privasi
  • Penafian
  • Pengiklanan
Wednesday, April 22, 2026
  • Login
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
No Result
View All Result
The Kapital
The Kapital
No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
Home Saham Catalyst

Econpile Peroleh Kontrak RM101.34 juta Daripada Suriamega Development

in Catalyst
A A
Econpile Peroleh Kontrak Kerja Cerucuk Bernilai RM43.8 Juta Di Kemboja
Kongsi ke FacebookKongsi ke TelegramKongsi ke Whatsapp

KUALA LUMPUR, 2 Okt (Bernama) — Econpile Holdings Bhd berjaya meraih kontrak bernilai RM101.34 juta daripada Suriamega Development Sdn Bhd membabitkan kerja-kerja substruktur bagi pembangunan tiga blok pejabat kecil/pejabat rumah (SOHO) di sini.

Dalam kenyataan kepada Bursa Malaysia hari ini, Econpile yang juga kontraktor cerucuk, substruktur dan infrastruktur itu berkata kontrak tersebut diraih oleh anak syarikat milik penuhnya, Econpile (M) Sdn Bhd dan merangkumi masing-masing dua blok SOHO setinggi 50 tingkat dan satu blok SOHO 51 tingkat dengan kemudahan lantai podium serta ruang parkir kereta bawah tanah di lokasi di tepi Lebuhraya Hubungan Timur-Barat.

“Kerja-kerja bagi projek itu dibahagikan kepada tiga bahagian atau seksyen dengan tarikh mula kerja yang berbeza dan setiap satunya dijadual siap dalam tempoh 18 bulan daripada tarikh mula tersebut,” katanya.

Berkaitan

Keuntungan Bersih Bursa Malaysia Susut Kepada RM57.06 Juta Akibat Hasil Operasi Yang Rendah

Oxford Innotech Bermula Kukuh Di Pasaran ACE, Catat Harga 36 Sen

Zetrix AI Tidak Lagi Kendali Pembaharuan Permit Pekerja Asing

Menurut Econpile, tarikh mula bagi Seksyen 1 adalah pada 2 Okt 2023 manakala tarikh bagi dua seksyen lain akan dimuktamadkan kemudian.

Tarikh mula bagi Seksyen 2 adalah dalam tempoh enam bulan mulai hari ini manakala Seksyen 3 dimulakan dalam enam bulan berikutnya.

“Projek itu dijangka menyumbang secara positif ke atas perolehan hasil dan pendapatan syarikat bagi tempoh mulai tahun kewangan berakhir 30 Jun, 2024 dan seterusnya,” kata syarikat itu.

— BERNAMA

Tags: EconpilekontrakSOHOSuriamega Development
Share258ShareSend

Related Posts

Bursa Malaysia Catat Untung Bersih Lebih Tinggi RM75.03 Juta Pada Suku Pertama
Catalyst

Keuntungan Bersih Bursa Malaysia Susut Kepada RM57.06 Juta Akibat Hasil Operasi Yang Rendah

9 months ago
Oxford Innotech Bermula Kukuh Di Pasaran ACE, Catat Harga 36 Sen
Asas Saham

Oxford Innotech Bermula Kukuh Di Pasaran ACE, Catat Harga 36 Sen

9 months ago
Zetrix AI Tidak Lagi Kendali Pembaharuan Permit Pekerja Asing
Catalyst

Zetrix AI Tidak Lagi Kendali Pembaharuan Permit Pekerja Asing

9 months ago
TechStore Sasar Raih RM25 Juta Daripada IPO Untuk Pacu Pertumbuhan
Catalyst

TechStore Raih Kontrak Bernilai RM7.75 Juta Di Bawah Projek RTS Link

9 months ago
No Result
View All Result

Follow Kami

Facebook Telegram Youtube
ADVERTISEMENT

Follow Kami

Telegram Facebook Twitter Youtube

Penafian

Segala informasi yang dikongsikan adalah berbentuk pendidikan dan ilmu mengenai bagaimana untuk melabur serta strategi yang anda boleh gunakan.

Maklumat yang terkandung dalam laman ini adalah berdasarkan kepada kajian dan penyelidikan The Kapital (“Penulis”); dan adalah pendapat bertulis semata-mata dan idea daripada Penulis,

Ia tidak melibatkan sebarang aktiviti mengumpul duit serta tidak memberitahu anda pelaburan atau sebarang bentuk sekuriti / saham / bon mana patut anda beli. Saham-saham yang dikongsikan adalah bertujuan pembelajaran sahaja. Perubahan harga yang lepas tidak menjanjikan keuntungan di masa akan datang. Sebarang tindakan atau keputusan untuk melabur adalah keputusan anda.

Kategori

  • Advertorial
  • Asas Saham
  • Aset Digital
  • Berita
  • Catalyst
  • Fundamental Analisis
  • Hebahan
  • Indikator
  • Inspirasi
  • Market Update
  • Pengalaman Saham
  • Produk
  • Saham
  • Saham Global
  • Technical Analysis
  • Trading Idea
  • Uncategorized

Hubungi Kami

Kami menerima banyak pertanyaan daripada media online, media cetak dan juga media elektronik. Jika anda mewakili organisasi media anda, tidak kira surat-khabar, majalah, televisyen dan lain-lain, mohon email ke [email protected]

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In