• Notis Privasi
  • Penafian
  • Pengiklanan
Sunday, October 12, 2025
  • Login
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
No Result
View All Result
The Kapital
The Kapital
No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
Home Saham Catalyst

Bursa Tegur, Denda MD/CEO Serba Dinamik RM15,000

in Catalyst
A A
Bursa Tegur, Denda MD/CEO Serba Dinamik RM15,000
Kongsi ke FacebookKongsi ke TelegramKongsi ke Whatsapp

KUALA LUMPUR, 29 Sept (Bernama) — Bursa Malaysia Securities Bhd menegur secara terbuka dan mengenakan denda RM15,000 terhadap Pengarah Urusan Kumpulan/Ketua Pegawai Eksekutif Serba Dinamik Holdings Bhd Datuk Mohd Abdul Karim Abdullah.

Menurut Bursa Malaysia Securities dalam kenyataan hari ini, Mohd Abdul Karim melanggar perenggan 14.08(d) Keperluan Penyenaraian (LR Utama) Pasaran Utama Bursa Malaysia Securities kerana gagal memberi notis kepada setiausaha syarikat dalam tempoh satu hari pasaran penuh selepas pelupusan kepentingannya dalam 107.96 juta saham Serba Dinamik pada 9 Mei 2022, membolehkan syarikat mengumumkan dengan segera satu notis.

“Bursa Malaysia Securities memandang serius pelanggaran di atas dan mengingatkan Mohd Abdul Karim mengenai tanggungjawabnya untuk mengekalkan standard tanggungjawab korporat dan akauntabiliti yang sesuai kepada pemegang saham dan pelabur awam,” katanya, sambil menambah pelupusan itu hanya diumumkan pada 12 Ogos 2022.

Berkaitan

Keuntungan Bersih Bursa Malaysia Susut Kepada RM57.06 Juta Akibat Hasil Operasi Yang Rendah

Oxford Innotech Bermula Kukuh Di Pasaran ACE, Catat Harga 36 Sen

Zetrix AI Tidak Lagi Kendali Pembaharuan Permit Pekerja Asing

Menurut perenggan 14.08(d) LR Utama, pengarah yang ingin berurus niaga dalam sekuriti tersenarai bagi penerbit tersenarainya sendiri dalam tempoh tertutup perlu memberi notis mengenai urusan tersebut (termasuk memperoleh atau melupuskan sekuriti atau sebarang kepentingan dalam sekuriti di bawah perenggan 14.02(b)(i) LR Utama) secara bertulis kepada setiausaha syarikat dalam tempoh satu hari pasaran penuh selepas urus niaga itu berlaku.

Justeru, syarikat yang terjejas perlu segera mengumumkan notis tersebut kepada bursa.

Syarikat yang terjejas juga perlu memasukkan tarikh urus niaga berlaku; pertimbangan untuk urusan tersebut dan jumlah sekuriti yang terlibat dalam urus niaga berkenaan, kedua-duanya dari segi mutlak dan sebagai peratusan daripada semua sekuriti terbitan kelas itu dalam syarikat yang terjejas, menurut kenyataan itu.

— BERNAMA 

Tags: Bursa Malaysia SecuritiesMohd Abdul Karim Abdullah
Share331ShareSend

Related Posts

Bursa Malaysia Catat Untung Bersih Lebih Tinggi RM75.03 Juta Pada Suku Pertama
Catalyst

Keuntungan Bersih Bursa Malaysia Susut Kepada RM57.06 Juta Akibat Hasil Operasi Yang Rendah

2 months ago
Oxford Innotech Bermula Kukuh Di Pasaran ACE, Catat Harga 36 Sen
Asas Saham

Oxford Innotech Bermula Kukuh Di Pasaran ACE, Catat Harga 36 Sen

2 months ago
Zetrix AI Tidak Lagi Kendali Pembaharuan Permit Pekerja Asing
Catalyst

Zetrix AI Tidak Lagi Kendali Pembaharuan Permit Pekerja Asing

2 months ago
TechStore Sasar Raih RM25 Juta Daripada IPO Untuk Pacu Pertumbuhan
Catalyst

TechStore Raih Kontrak Bernilai RM7.75 Juta Di Bawah Projek RTS Link

2 months ago
No Result
View All Result

Follow Kami

Facebook Telegram Youtube
ADVERTISEMENT

Follow Kami

Telegram Facebook Twitter Youtube

Penafian

Segala informasi yang dikongsikan adalah berbentuk pendidikan dan ilmu mengenai bagaimana untuk melabur serta strategi yang anda boleh gunakan.

Maklumat yang terkandung dalam laman ini adalah berdasarkan kepada kajian dan penyelidikan The Kapital (“Penulis”); dan adalah pendapat bertulis semata-mata dan idea daripada Penulis,

Ia tidak melibatkan sebarang aktiviti mengumpul duit serta tidak memberitahu anda pelaburan atau sebarang bentuk sekuriti / saham / bon mana patut anda beli. Saham-saham yang dikongsikan adalah bertujuan pembelajaran sahaja. Perubahan harga yang lepas tidak menjanjikan keuntungan di masa akan datang. Sebarang tindakan atau keputusan untuk melabur adalah keputusan anda.

Kategori

  • Advertorial
  • Asas Saham
  • Aset Digital
  • Berita
  • Catalyst
  • Fundamental Analisis
  • Hebahan
  • Indikator
  • Inspirasi
  • Market Update
  • Pengalaman Saham
  • Produk
  • Saham
  • Saham Global
  • Technical Analysis
  • Trading Idea
  • Uncategorized

Hubungi Kami

Kami menerima banyak pertanyaan daripada media online, media cetak dan juga media elektronik. Jika anda mewakili organisasi media anda, tidak kira surat-khabar, majalah, televisyen dan lain-lain, mohon email ke [email protected]

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In