• Notis Privasi
  • Penafian
  • Pengiklanan
Saturday, April 25, 2026
  • Login
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
No Result
View All Result
The Kapital
The Kapital
No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
Home Saham

Bursa Malaysia Dibuka Rendah Pagi Ini

in Saham
A A
Bursa Malaysia Dibuka Rendah, Saham Dan Bon AS Turut Jatuh
Kongsi ke FacebookKongsi ke TelegramKongsi ke Whatsapp

Berkaitan

Keuntungan Bersih Bursa Malaysia Susut Kepada RM57.06 Juta Akibat Hasil Operasi Yang Rendah

Oxford Innotech Bermula Kukuh Di Pasaran ACE, Catat Harga 36 Sen

Saham Kajian: Guan Chong Tetap Kukuh Walau Berdepan Isu Tarif

KUALA LUMPUR, 2 Okt (Bernama) — Bursa Malaysia dibuka rendah hari ini dengan sentimen masih berhati-hati berikutan krisis hutang pemaju hartanah China, Evergrande Group serta pakej rangsangan negara itu yang tidak begitu berkesan, kata seorang peniaga.

Pada 9.05 pagi, FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) turun 0.30 mata kepada 1,423.87 berbanding 1,424.17 pada penutupan Jumaat lepas.

Indeks utama dibuka 0.10 mata lebih rendah pada paras 1,424.07.

Di pasaran yang lebih luas, kaunter rugi mengatasi kaunter untung 155 berbalas 131, manakala 265 kaunter tidak berubah, 1,744 tidak diniagakan dan lapan digantung.

Jumlah dagangan 169.92 juta unit bernilai RM72.89 juta.

Menurut satu laporan berita, syarikat itu kini sedang berunding dengan pemiutang luar negara mengenai rancangan penstrukturan semula untuk menyelesaikan lebih US$30 bilion (US$1=RM4.70).

Laporan itu menyatakan Evergrande ialah pemaju hartanah yang paling banyak berhutang dan berada di tengah-tengah krisis pasaran hartanah yang mengheret pertumbuhan ekonomi China.

Namun begitu, Naib Presiden Penyelidikan Ekuiti Rakuten Trade Sdn Bhd Thong Pak Leng berpendapat kegiatan memburu saham murah dijangka muncul di pasaran tempatan, disokong oleh perkembangan positif di Amerika Syarikat.

Semalam, Presiden AS Joe Biden menandatangani rang undang-undang untuk mengelakkan penutupan yang diluluskan oleh Kongres sehingga 17 Nov 2023.

“Justeru, indeks utama FBM KLCI diunjur meningkat dalam julat 1,430 hingga 1,440 hari ini,” kata Thong kepada Bernama.

Dalam kalangan saham wajaran tinggi, Maybank dan CIMB masing-masing peroleh satu sen kepada RM8.80 dan RM5.44, Public Bank menambah dua sen menjadi RM4.08 manakala Tenaga Nasional kehilangan lapan sen untuk mencatatkan harga RM9.91 dan Petronas Chemicals susut dua sen kepada RM7.17. 

Bagi saham aktif, Evergreen dan Kinergy menokok setengah sen kepada 43 sen dan 34.5 sen,  Parkson mengembang satu sen kepada 31.5 sen manakala Tanco Holdings dan Widad masing-masing kekal pada 55 sen dan 51 sen.

Di papan indeks, Indeks FBM Emas susut 0.93 mata kepada 10,581.34, Indeks FBMT 100 turun 1.94 mata menjadi 10,242.56 dan Indeks FBM Emas Syariah merosot 11.02 mata kepada 10,863.50.

Indeks FBM ACE berkurangan 20.55 mata kepada 5,154.69 dan Indeks FBM 70 menguncup 1.77 mata kepada 14,191.50.

Mengikut sektor, Indeks Produk dan Perkhidmatan Perindustrian meningkat 0.24 mata kepada 171.73, Indeks Perkhidmatan Kewangan menambah 34.99 mata kepada 15,953.16 dan Indeks Tenaga naik 4.12 mata kepada 897.86.

Bagaimanapun, Indeks Perladangan susut 8.63 mata kepada 6,871.72.

— BERNAMA

Tags: Bursa MalaysiaChinaEvergrandeRakuten Trade
Share221ShareSend

Related Posts

Bursa Malaysia Catat Untung Bersih Lebih Tinggi RM75.03 Juta Pada Suku Pertama
Catalyst

Keuntungan Bersih Bursa Malaysia Susut Kepada RM57.06 Juta Akibat Hasil Operasi Yang Rendah

9 months ago
Oxford Innotech Bermula Kukuh Di Pasaran ACE, Catat Harga 36 Sen
Asas Saham

Oxford Innotech Bermula Kukuh Di Pasaran ACE, Catat Harga 36 Sen

9 months ago
Saham Kajian: Guan Chong Tetap Kukuh Walau Berdepan Isu Tarif
Saham

Saham Kajian: Guan Chong Tetap Kukuh Walau Berdepan Isu Tarif

9 months ago
Zetrix AI Tidak Lagi Kendali Pembaharuan Permit Pekerja Asing
Catalyst

Zetrix AI Tidak Lagi Kendali Pembaharuan Permit Pekerja Asing

9 months ago
No Result
View All Result

Follow Kami

Facebook Telegram Youtube
ADVERTISEMENT

Follow Kami

Telegram Facebook Twitter Youtube

Penafian

Segala informasi yang dikongsikan adalah berbentuk pendidikan dan ilmu mengenai bagaimana untuk melabur serta strategi yang anda boleh gunakan.

Maklumat yang terkandung dalam laman ini adalah berdasarkan kepada kajian dan penyelidikan The Kapital (“Penulis”); dan adalah pendapat bertulis semata-mata dan idea daripada Penulis,

Ia tidak melibatkan sebarang aktiviti mengumpul duit serta tidak memberitahu anda pelaburan atau sebarang bentuk sekuriti / saham / bon mana patut anda beli. Saham-saham yang dikongsikan adalah bertujuan pembelajaran sahaja. Perubahan harga yang lepas tidak menjanjikan keuntungan di masa akan datang. Sebarang tindakan atau keputusan untuk melabur adalah keputusan anda.

Kategori

  • Advertorial
  • Asas Saham
  • Aset Digital
  • Berita
  • Catalyst
  • Fundamental Analisis
  • Hebahan
  • Indikator
  • Inspirasi
  • Market Update
  • Pengalaman Saham
  • Produk
  • Saham
  • Saham Global
  • Technical Analysis
  • Trading Idea
  • Uncategorized

Hubungi Kami

Kami menerima banyak pertanyaan daripada media online, media cetak dan juga media elektronik. Jika anda mewakili organisasi media anda, tidak kira surat-khabar, majalah, televisyen dan lain-lain, mohon email ke [email protected]

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In