fbpx
  • Notis Privasi
  • Penafian
  • Pengiklanan
Wednesday, June 18, 2025
  • Login
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
No Result
View All Result
The Kapital
The Kapital
No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
Home Saham Catalyst

TNB Percepat TBB, Inisiatif Teknologi Bersih Menerusi Tiga Projek Utama NETR

in Catalyst
A A
Unit TNB Pasang PV Solar Di Pusat Beli-Belah Aeon, Aeon Big Di Seluruh Negara
Kongsi ke FacebookKongsi ke TelegramKongsi ke Whatsapp

KUALA LUMPUR, 29 Sept  (Bernama) — Tenaga Nasional Bhd (TNB) mengorak langkah penting dalam komitmennya memacu tenaga boleh baharu (TBB) berskala besar dan inisiatif teknologi bersih, dengan menerajui tiga projek utama yang digariskan oleh Pelan Hala Tuju Peralihan Tenaga Nasional (NETR).

Pada taklimat terbaharu kepada penganalisis mengenai keputusan kewangan suku kedua, Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif TNB Datuk Indera Baharin Din mengumumkan fungsi syarikat utiliti itu sebagai peneraju projek Taman Solar Berskala Besar (LSSP), Hibrid Solar Terapung Hidro (HHFS), serta pembakaran bersama hidrogen dan ammonia, yang kesemuanya penting untuk memajukan agenda hijau negara sambil memupuk pertumbuhan ekonomi. 

Beliau turut mendedahkan rancangan TNB untuk menjana 3,000 megawatts (MW) TBB menjelang 2040 dalam lingkungan projek utama NETR, termasuk memanfaatkan 2,500MW melalui teknologi inovatif HHFS di samping 500MW tambahan daripada lima LSSP berbeza, masing-masing mempunyai kapasiti 100MW. 

Berkaitan

Mah Sing Disenaraikan Di Fortune 500 Asia Tenggara Untuk Tahun Kedua Berturut-Turut

Apa Sudah Jadi Dengan Saham Bermaz Auto Berhad?

Rex Industry Terima Tawaran Pengambilalihan Bersyarat Bernilai RM26.81 Juta

“Pelan Peralihan Tenaga TNB sejajar dengan NETR, menekankan pada tiga bidang utama: mempercepatkan penyahkarbonan, membangunkan grid rentas sempadan yang fleksibel dan memperkasakan elektrifikasi dan prosumer rentas sektor,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Pembakaran bersama hidrogen dan ammonia

TNB berada di landasan yang tepat untuk mencapai sasaran 8.3 gigawatt (GW) TBB menjelang 2025.

Menurut Baharin, sehingga Jun 2023, TNB telah mencapai 48 peratus daripada jumlah kapasiti sasarannya.

“Ini terrmasuk projek NETR Bahagian 1, kami menjangkakan penambahan satu lagi TBB domestik berkapasiti 1,200MW menjelang 2025. Kami penuh yakin bahawa TBB domestik akan memainkan peranan penting dalam portfolio kami, selari dengan objektif negara mencapai 70 peratus kapasiti TBB terpasang menjelang 2050,” jelasnya.

 TNB kini sedang giat memupuk perkongsian dengan rakan serantau untuk menyokong realisasi Grid Tenaga ASEAN (APG) dan telah memeterai 10 memorandum persefahaman dan surat niat.

“Ini menandakan komitmen kami untuk memajukan pembangunan infrastruktur salinghubung dan pelaburan tenaga boleh baharu,” tambah Baharin.

Taman Solar Berskala Besar (LSSP) 

Sementara itu, Baharin berkata Bahagian Tenaga Baharu (NED) TNB sedang menyokong Program Tenaga Hijau Korporat  yang ditetapkan untuk menjana 90MW apabila mula beroperasi pada 2025.

Program ini memenuhi permintaan yang semakin meningkat untuk penyelesaian tenaga mampan melalui LSSP, melengkapi projek sedia ada di Sepang, Selangor (50MW), dan Bukit Selambau (30MW) serta Bukit Selambau 2 (50MW), Kedah yang dijangkakan beroperasi sepenuhnya hujung tahun ini.

Hibrid Solar Terapung Hidro (HHFS)

Projek HHFS akan dilaksanakan dalam empat fasa mulai 2023 hingga 2040 dan ditempatkan secara strategik di empangan hidro TNB, kata Baharin.

“TNB Power Generation Sdn Bhd (TNB Genco) akan mengetuai pemasangan berkapasiti 230MW di loji hidro Temenggor dan Chenderoh sebagai sebahagian daripada pelan projek 2.5GW. Projek ini dijangka siap menjelang 2025,” tambahnya.

 — BERNAMA

Tags: empangan hidroLSSPNETRREtenaga baharuTNB
Share231ShareSend

Related Posts

Mah Sing Disenaraikan Di Fortune 500 Asia Tenggara Untuk Tahun Kedua Berturut-Turut
Catalyst

Mah Sing Disenaraikan Di Fortune 500 Asia Tenggara Untuk Tahun Kedua Berturut-Turut

19 hours ago
Untung Bersih Suku Kedua BAuto Melonjak Kepada RM65.67 Juta, Umum Dividen 3.50 Sen
Catalyst

Apa Sudah Jadi Dengan Saham Bermaz Auto Berhad?

5 days ago
Rex Industry Terima Tawaran Pengambilalihan Bersyarat Bernilai RM26.81 Juta
Catalyst

Rex Industry Terima Tawaran Pengambilalihan Bersyarat Bernilai RM26.81 Juta

5 days ago
VS Industry Raih Untung Bersih Lebih Rendah Sebanyak RM169.74 Juta
Catalyst

Ulasan Keputusan: VS Industry [12 Jun 2025]

5 days ago
No Result
View All Result

Follow Kami

Facebook Telegram Youtube
ADVERTISEMENT

Follow Kami

Telegram Facebook Twitter Youtube

Penafian

Segala informasi yang dikongsikan adalah berbentuk pendidikan dan ilmu mengenai bagaimana untuk melabur serta strategi yang anda boleh gunakan.

Maklumat yang terkandung dalam laman ini adalah berdasarkan kepada kajian dan penyelidikan The Kapital (“Penulis”); dan adalah pendapat bertulis semata-mata dan idea daripada Penulis,

Ia tidak melibatkan sebarang aktiviti mengumpul duit serta tidak memberitahu anda pelaburan atau sebarang bentuk sekuriti / saham / bon mana patut anda beli. Saham-saham yang dikongsikan adalah bertujuan pembelajaran sahaja. Perubahan harga yang lepas tidak menjanjikan keuntungan di masa akan datang. Sebarang tindakan atau keputusan untuk melabur adalah keputusan anda.

Kategori

  • Advertorial
  • Asas Saham
  • Aset Digital
  • Berita
  • Catalyst
  • Fundamental Analisis
  • Hebahan
  • Indikator
  • Inspirasi
  • Market Update
  • Pengalaman Saham
  • Produk
  • Saham
  • Saham Global
  • Technical Analysis
  • Trading Idea
  • Uncategorized

Hubungi Kami

Kami menerima banyak pertanyaan daripada media online, media cetak dan juga media elektronik. Jika anda mewakili organisasi media anda, tidak kira surat-khabar, majalah, televisyen dan lain-lain, mohon email ke [email protected]

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In