• Notis Privasi
  • Penafian
  • Pengiklanan
Saturday, April 25, 2026
  • Login
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
No Result
View All Result
The Kapital
The Kapital
No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
Home Saham

Bursa Malaysia Dibuka Rendah Seiring Prestasi Lemah Wall Street

in Saham
A A
Bursa Malaysia Dibuka Rendah Pada Sesi Permulaan Urus Niaga Pagi Ini
Kongsi ke FacebookKongsi ke TelegramKongsi ke Whatsapp

Berkaitan

Keuntungan Bersih Bursa Malaysia Susut Kepada RM57.06 Juta Akibat Hasil Operasi Yang Rendah

Oxford Innotech Bermula Kukuh Di Pasaran ACE, Catat Harga 36 Sen

Saham Kajian: Guan Chong Tetap Kukuh Walau Berdepan Isu Tarif

KUALA LUMPUR, 27 Sept (Bernama) — Bursa Malaysia memulakan dagangan pagi ini rendah sejajar dengan pergerakan bursa serantau dan prestasi semalaman Wall Street yang lebih lemah, kata seorang peniaga.

Pada 9.15 pagi, FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) turun 6.54 mata kepada 1,439.01 daripada penutupan Selasa pada 1,445.55.

Indeks utama dibuka pada paras 1,440.86, susut 4.69 mata.

Di pasaran yang lebih luas menyaksikan kaunter rugi mengatasi kaunter untung 260 berbalas 127, manakala 270 kaunter tidak berubah, 1,730 tidak diniagakan dan 100 digantung.

Jumlah dagangan 246.94 juta unit bernilai RM115.94 juta.

Menurut Naib Presiden Penyelidikan Eekuiti Rakuten Trade Sdn Bhd Thong Pak Leng, Wall Street mengalami kerugian ketara semalaman berikutan kemunculan  kebimbangan baharu mengenai keadaan ekonomi Amerika yang tercetus selepas pengumuman laporan jualan dan keyakinan pengguna yang mengecewakan.

Indeks Dow Jones merosot 388 mata manakala Nasdaq jatuh 207 mata.

“Niaga hadapan minyak mentah Brent masih tinggi melepasi paras US$92 setong dan saham minyak dan gas diunjur menarik tumpuan pelabur.

“Justeru, kami menjangkakan sentimen di bursa tempatan akan berhati-hati dan indeks utama diramal berlegar sekitar 1,440-1,450 hari ini,” katanya kepada Bernama.

Dalam kalangan saham wajaran tinggi, Maybank dan Public Bank masing-masing turun dua sen untuk mencatatkan harga RM8.85 dan RM4.17, CIMB susut satu sen menjadi RM5.54, Petronas Chemicals lemah 10 sen kepada RM7.23 dan Tenaga Nasional lebih rendah tiga sen kepada RM9.91.

Bagi saham aktif, Tanco dan Ekovest merosot setengah sen untuk mencatatkan 54.5 sen dan 57 sen setiap satu, Kinergy susut satu sen kepada 33.5 sen manakala Icon dan DGB masing-masing menokok setengah sen kepada 11.5 sen dan 17.5 sen.

Di papan indeks, Indeks FBM Emas menguncup 41.60 mata kepada 10,668.04, Indeks FBMT 100 turun 41.51 mata menjadi 10,331.98 dan Indeks FBM Emas Syariah berkurangan 40.84 mata kepada 10,925.30.

Indeks FBM 70 menguncup 33.51 mata kepada 14,230.86 dan Indeks FBM ACE susut 23.50 mata kepada 5,174.33.

Mengikut sektor, Indeks Produk dan Perkhidmatan Perindustrian turun 1.02 mata kepada 173.19, Indeks Perladangan susut 11.13 mata kepada 6,896.13 dan Indeks Perkhidmatan Kewangan lemah 67.55 mata kepada 16,120.97.

Indeks Tenaga naik 0.87 mata kepada 889.70.

— BERNAMA

Tags: Bursa MalaysiaRakuten TradeWall Street
Share205ShareSend

Related Posts

Bursa Malaysia Catat Untung Bersih Lebih Tinggi RM75.03 Juta Pada Suku Pertama
Catalyst

Keuntungan Bersih Bursa Malaysia Susut Kepada RM57.06 Juta Akibat Hasil Operasi Yang Rendah

9 months ago
Oxford Innotech Bermula Kukuh Di Pasaran ACE, Catat Harga 36 Sen
Asas Saham

Oxford Innotech Bermula Kukuh Di Pasaran ACE, Catat Harga 36 Sen

9 months ago
Saham Kajian: Guan Chong Tetap Kukuh Walau Berdepan Isu Tarif
Saham

Saham Kajian: Guan Chong Tetap Kukuh Walau Berdepan Isu Tarif

9 months ago
Zetrix AI Tidak Lagi Kendali Pembaharuan Permit Pekerja Asing
Catalyst

Zetrix AI Tidak Lagi Kendali Pembaharuan Permit Pekerja Asing

9 months ago
No Result
View All Result

Follow Kami

Facebook Telegram Youtube
ADVERTISEMENT

Follow Kami

Telegram Facebook Twitter Youtube

Penafian

Segala informasi yang dikongsikan adalah berbentuk pendidikan dan ilmu mengenai bagaimana untuk melabur serta strategi yang anda boleh gunakan.

Maklumat yang terkandung dalam laman ini adalah berdasarkan kepada kajian dan penyelidikan The Kapital (“Penulis”); dan adalah pendapat bertulis semata-mata dan idea daripada Penulis,

Ia tidak melibatkan sebarang aktiviti mengumpul duit serta tidak memberitahu anda pelaburan atau sebarang bentuk sekuriti / saham / bon mana patut anda beli. Saham-saham yang dikongsikan adalah bertujuan pembelajaran sahaja. Perubahan harga yang lepas tidak menjanjikan keuntungan di masa akan datang. Sebarang tindakan atau keputusan untuk melabur adalah keputusan anda.

Kategori

  • Advertorial
  • Asas Saham
  • Aset Digital
  • Berita
  • Catalyst
  • Fundamental Analisis
  • Hebahan
  • Indikator
  • Inspirasi
  • Market Update
  • Pengalaman Saham
  • Produk
  • Saham
  • Saham Global
  • Technical Analysis
  • Trading Idea
  • Uncategorized

Hubungi Kami

Kami menerima banyak pertanyaan daripada media online, media cetak dan juga media elektronik. Jika anda mewakili organisasi media anda, tidak kira surat-khabar, majalah, televisyen dan lain-lain, mohon email ke [email protected]

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In