• Notis Privasi
  • Penafian
  • Pengiklanan
Wednesday, April 29, 2026
  • Login
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
No Result
View All Result
The Kapital
The Kapital
No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
Home Saham

Apa Khabar Saham Sarung Tangan Sekarang?

in Saham
A A
Keuntungan Bersih Suku Kedua Top Glove Susut Kepada RM87.55 Juta
Kongsi ke FacebookKongsi ke TelegramKongsi ke Whatsapp

“Musim sarung tangan getah dah berlalu, saham sarung tangan dah tak laku?”

Masih ingat tak kita suatu ketika dahulu saham-saham syarikat sarung tangan getah pernah menjadi fenomena di pasaran saham tempatan kita? Kenaikan harga yang mendadak sehingga syarikat ini menjadi komponen indeks FBMKLCI. 

Dunia ini ibarat roda, hari ini harga saham-saham sarung tangan getah ini tidak se ‘gah’ dahulu dan tidak ramai ambil tahu tentang syarikat sarung tangan getah ketika ini. 

Oleh sebab itu, artikel kali ini nak tanya khabar saham-saham sarung tangan getah ini setakat 26 September 2023. Jom kita lihat prestasi saham-saham sarung tangan getah ini. 

Berkaitan

Keuntungan Bersih Bursa Malaysia Susut Kepada RM57.06 Juta Akibat Hasil Operasi Yang Rendah

Oxford Innotech Bermula Kukuh Di Pasaran ACE, Catat Harga 36 Sen

Saham Kajian: Guan Chong Tetap Kukuh Walau Berdepan Isu Tarif

Top Glove Corporation Berhad

Sumber: Tradingview

Jika kita perhatikan carta 12 bulan terkini, ada cubaan saham Top Glove ini membuat fasa kenaikan sejak awal bulan Oktober 2022. Harga saham syarikat ini sekali lagi membuat kenaikan pada pertengahan Mac 2023 dan mencecah harga tertinggi pada RM1.22 seunit. 

Namun momentum kenaikan tersebut tidak berjaya bertahan dan jatuh mendadak pada penghujung bulan Jun 2023. Setakat artikel ini ditulis, harga seunit saham Top Glove adalah pada paras RM0.80 seunit. 

Garisan rintangan terdekat pada paras RM0.945 dan garisan sokongan terdekat adalah sekitar RM0.725 seunit. 

Hartalega Holding solo

Sumber: Tradingview

Jika kita perhatikan, corak pergerakan harga saham $Harta ini hampir mirip dengan pergerakan harga saham untuk saham Top Glove diatas. 

Mula membuat kenaikan pada awal Oktober 2022 dan kali kedua membuat kenaikan adalah pada pertengahan bulan Mac 2023. 

Harga tertinggi yang pernah dicecah adalah pada paras RM2.68 sebelum jatuh teruk dan harga terkini saham ini adalah sekitar RM2.04 seunit sahaja. 

Garisan sokongan kuat pada paras sekitar RM1.88 dan garisan rintangan terkini adalah pada paras sekitar RM2.27 seunit. 

Kossan Rubber Industries Berhad

Sumber: Tradingview

Carta saham terakhir adalah carta saham syarikat Kossan. Sekali lagi, corak pergerakan harga saham syarikat ini hampir saham dengan corak pergerakan harga saham-saham yang lain diatas. 

Kenaikan yang ketara dilihat mula dibuat pada pertengahan bulan Mac 2023 dan pernah mencatat harga tertinggi untuk 12 bulan terkini pada paras RM1.52 seunit. Namun harga saham tersebut gagal untuk meneruskan momentum dan terkini harga saham ini berada pada paras sekitar RM1.370 sahaja.

Paras garisan sokongan terkini pada sekitar RM1.28 seunit dan paras rintangan terkini adalah pada paras sekitar RM1.45 seunit. 

Ke Mana Masa Depan Sektor Sarung Tangan Ini?

Sumber: Utusan Online

Para penyelidik pasaran meramalkan sektor sarung tangan getah ini bakal menghadapi cabaran yang kuat dan keuntungan syarikat juga akan merosot untuk suku tahunan yang mendatang. 

Namun, dengan kekurangan sentimen semasa yang akan menyebabkan ramai pemain industri sedia ada mengurangkan bekalan sarung tangan dan bakal menyebabkan pemulihan harga produk tersebut. 

Jika anda sebagai seorang pelabur, adakah anda akan pertimbangkan untuk membeli dan peram saham-saham sarung tangan getah hari ini? Cuba kongsikan!

Ramai sangat give up dalam saham. Kawan-kawan kami pun ramai dah give up.

Tapi kenapa give up?

Sebab kita sibuk mencari rahsia, teknik, indikator dan terlalu cepat nak kaya.

Bila dah rugi, mulalah salahkan cikgu, mentor, sifu yang ajar kita.

Hidup ni tak perlu complicated sangat.

Dan tak perlu pun tengok saham ni hari-hari.
Cukup sebulan sekali.

Kami suka kongsikan kaedah Swing ini sebab:

  • Kita tak perlu melekat di screen
  • Kita boleh bekerja seperti biasa
  • Kurang risiko untuk rugi
  • Set siap-siap bila nak jual saham tu
  • Kurang stress


Insya-Allah berbaloi… Pra-Daftar dahulu & jadi yang terawal untuk tahu sesi seterusnya!

Siap dapat diskaun Early Bird!

SAYA NAK PRA-DAFTAR!

Dapatkan Panduan Lengkap Melabur Waran

Murahnya waran sehingga kita boleh beli banyak unit berbanding beli seunit saham. Tapi macam mana nak buat duit dengan waran?

Semuanya kami akan kongsikan dalam pakej Combo: Webinar + Video + Ebook ‘Waran 101’ khas untuk anda yang nak dalami teknik melabur waran.

SAYA BERMINAT!
Tags: Bursa Malaysiasarung tanganTop Glove
Share400ShareSend

Related Posts

Bursa Malaysia Catat Untung Bersih Lebih Tinggi RM75.03 Juta Pada Suku Pertama
Catalyst

Keuntungan Bersih Bursa Malaysia Susut Kepada RM57.06 Juta Akibat Hasil Operasi Yang Rendah

9 months ago
Oxford Innotech Bermula Kukuh Di Pasaran ACE, Catat Harga 36 Sen
Asas Saham

Oxford Innotech Bermula Kukuh Di Pasaran ACE, Catat Harga 36 Sen

9 months ago
Saham Kajian: Guan Chong Tetap Kukuh Walau Berdepan Isu Tarif
Saham

Saham Kajian: Guan Chong Tetap Kukuh Walau Berdepan Isu Tarif

9 months ago
Zetrix AI Tidak Lagi Kendali Pembaharuan Permit Pekerja Asing
Catalyst

Zetrix AI Tidak Lagi Kendali Pembaharuan Permit Pekerja Asing

9 months ago
No Result
View All Result

Follow Kami

Facebook Telegram Youtube
ADVERTISEMENT

Follow Kami

Telegram Facebook Twitter Youtube

Penafian

Segala informasi yang dikongsikan adalah berbentuk pendidikan dan ilmu mengenai bagaimana untuk melabur serta strategi yang anda boleh gunakan.

Maklumat yang terkandung dalam laman ini adalah berdasarkan kepada kajian dan penyelidikan The Kapital (“Penulis”); dan adalah pendapat bertulis semata-mata dan idea daripada Penulis,

Ia tidak melibatkan sebarang aktiviti mengumpul duit serta tidak memberitahu anda pelaburan atau sebarang bentuk sekuriti / saham / bon mana patut anda beli. Saham-saham yang dikongsikan adalah bertujuan pembelajaran sahaja. Perubahan harga yang lepas tidak menjanjikan keuntungan di masa akan datang. Sebarang tindakan atau keputusan untuk melabur adalah keputusan anda.

Kategori

  • Advertorial
  • Asas Saham
  • Aset Digital
  • Berita
  • Catalyst
  • Fundamental Analisis
  • Hebahan
  • Indikator
  • Inspirasi
  • Market Update
  • Pengalaman Saham
  • Produk
  • Saham
  • Saham Global
  • Technical Analysis
  • Trading Idea
  • Uncategorized

Hubungi Kami

Kami menerima banyak pertanyaan daripada media online, media cetak dan juga media elektronik. Jika anda mewakili organisasi media anda, tidak kira surat-khabar, majalah, televisyen dan lain-lain, mohon email ke [email protected]

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In