• Notis Privasi
  • Penafian
  • Pengiklanan
Saturday, January 24, 2026
  • Login
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
No Result
View All Result
The Kapital
The Kapital
No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
Home Saham

Senheng Beli Tanah Industri, Kemudahan Gudang Pada RM75.8 Juta

in Saham
A A
[Kemaskini] Senheng Sasar Kumpul RM267.5 Juta Daripada IPO
Kongsi ke FacebookKongsi ke TelegramKongsi ke Whatsapp

KUALA LUMPUR, 25 Sept (Bernama) — Senheng Electric (KL) Sdn Bhd, anak syarikat milik penuh Senheng New Retail Bhd (Senheng), bercadang membeli tanah perindustrian pegangan bebas di Klang, Selangor, bersama-sama dengan sebuah kemudahan gudang setingkat pada RM75.8 juta.

Syarikat itu menandatangani perjanjian jual dan beli untuk membeli tanah dan gudang daripada SDM Assets III Sdn Bhd.

Dalam kenyataan kepada Bursa Malaysia, Senheng menjelaskan syarikat itu merancang untuk menggunakan sebahagian daripada hasil yang diperoleh daripada tawaran awam permulaan (IPO) bagi membiayai sebahagian pembelian itu.

Berkaitan

Keuntungan Bersih Bursa Malaysia Susut Kepada RM57.06 Juta Akibat Hasil Operasi Yang Rendah

Oxford Innotech Bermula Kukuh Di Pasaran ACE, Catat Harga 36 Sen

Saham Kajian: Guan Chong Tetap Kukuh Walau Berdepan Isu Tarif

“Setakat 30 Jun, 2023, syarikat telah menggunakan kira-kira RM144.42 juta daripada RM267.50 juta hasil daripada IPO itu,” tambahnya.

Senheng juga memaklumkan kemudahan gudang setingkat dengan ruang pejabat tiga tingkat itu, termasuk bangunan sokongan dan struktur luaran, kini sedang disewa oleh Senheng KL dan digunakan sebagai pusat pengedaran berpusat (CDC) untuk Senheng dan anak syarikatnya.

“Menerima penghantaran produk di lokasi berpusat secara langsung dan bukan di banyak hab wilayah dan kedai runcit, syarikat dapat melancarkan rantaian bekalan sendiri dan mengurangkan kos logistik,” menurutnya.

Senheng menjelaskan sebagai balasan, pihaknya menerima diskaun daripada pembekal tertentu berdasarkan pengurangan kos logistik, oleh itu, CDC berperanan penting dalam rangkaian logistik syarikat.

“Berasaskan pembelian itu, syarikat boleh memperoleh penjimatan sewa bersih kira-kira RM2.2 juta setahun,” tambahnya.

Selain itu, Senheng menjelaskan pihaknya akan mempunyai pemilikan langsung ke atas CDC itu, dengan itu menamatkan ketidakpastian seperti penamatan tidak dijangka atau penyewaan tidak diperbaharui oleh tuan tanah, yang boleh menyebabkan gangguan besar dalam operasi CDC dan seterusnya, perniagaan syarikat.

Mengenai prospek, Senheng menambah ia merancang untuk melancarkan 61 kedai baharu dan kedai yang telah dinaik taraf bagi tempoh 2022 hingga 2024.

“Syarikat optimis bahawa pembelian itu akan menyumbang secara positif kepada prestasi operasi dan kewangan,” menurutnya.

Langkah korporat itu dijangka selesai pada suku keempat 2023, tanpa mengambil kira situasi luar jangka, tambah Senheng.

— BERNAMA

Tags: CDCpegangan bebaspembelianSenhengSenheng Electric (KL)tanah perindustrian
Share270ShareSend

Related Posts

Bursa Malaysia Catat Untung Bersih Lebih Tinggi RM75.03 Juta Pada Suku Pertama
Catalyst

Keuntungan Bersih Bursa Malaysia Susut Kepada RM57.06 Juta Akibat Hasil Operasi Yang Rendah

6 months ago
Oxford Innotech Bermula Kukuh Di Pasaran ACE, Catat Harga 36 Sen
Asas Saham

Oxford Innotech Bermula Kukuh Di Pasaran ACE, Catat Harga 36 Sen

6 months ago
Saham Kajian: Guan Chong Tetap Kukuh Walau Berdepan Isu Tarif
Saham

Saham Kajian: Guan Chong Tetap Kukuh Walau Berdepan Isu Tarif

6 months ago
Zetrix AI Tidak Lagi Kendali Pembaharuan Permit Pekerja Asing
Catalyst

Zetrix AI Tidak Lagi Kendali Pembaharuan Permit Pekerja Asing

6 months ago
No Result
View All Result

Follow Kami

Facebook Telegram Youtube
ADVERTISEMENT

Follow Kami

Telegram Facebook Twitter Youtube

Penafian

Segala informasi yang dikongsikan adalah berbentuk pendidikan dan ilmu mengenai bagaimana untuk melabur serta strategi yang anda boleh gunakan.

Maklumat yang terkandung dalam laman ini adalah berdasarkan kepada kajian dan penyelidikan The Kapital (“Penulis”); dan adalah pendapat bertulis semata-mata dan idea daripada Penulis,

Ia tidak melibatkan sebarang aktiviti mengumpul duit serta tidak memberitahu anda pelaburan atau sebarang bentuk sekuriti / saham / bon mana patut anda beli. Saham-saham yang dikongsikan adalah bertujuan pembelajaran sahaja. Perubahan harga yang lepas tidak menjanjikan keuntungan di masa akan datang. Sebarang tindakan atau keputusan untuk melabur adalah keputusan anda.

Kategori

  • Advertorial
  • Asas Saham
  • Aset Digital
  • Berita
  • Catalyst
  • Fundamental Analisis
  • Hebahan
  • Indikator
  • Inspirasi
  • Market Update
  • Pengalaman Saham
  • Produk
  • Saham
  • Saham Global
  • Technical Analysis
  • Trading Idea
  • Uncategorized

Hubungi Kami

Kami menerima banyak pertanyaan daripada media online, media cetak dan juga media elektronik. Jika anda mewakili organisasi media anda, tidak kira surat-khabar, majalah, televisyen dan lain-lain, mohon email ke [email protected]

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In