• Notis Privasi
  • Penafian
  • Pengiklanan
Saturday, April 25, 2026
  • Login
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
No Result
View All Result
The Kapital
The Kapital
No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
Home Saham

Bursa Malaysia Dibuka Bercampur-Campur Seiring Prestasi Wall Street Yang Lengang

in Saham
A A
Bursa Malaysia Dibuka Rendah, Saham Dan Bon AS Turut Jatuh
Kongsi ke FacebookKongsi ke TelegramKongsi ke Whatsapp

Berkaitan

Keuntungan Bersih Bursa Malaysia Susut Kepada RM57.06 Juta Akibat Hasil Operasi Yang Rendah

Oxford Innotech Bermula Kukuh Di Pasaran ACE, Catat Harga 36 Sen

Saham Kajian: Guan Chong Tetap Kukuh Walau Berdepan Isu Tarif

KUALA LUMPUR, 25 Sept (Bernama) — Bursa Malaysia diniaga bercampur-campur pada sesi awal dagangan Isnin, sejajar dengan prestasi semalaman Wall Street yang lengang pada Jumaat minggu lepas  di tengah-tengah petunjuk bercampur-campur pasaran serantau.

Pada 9.10 pagi, Indeks FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) merosot 1.81 mata kepada 1,448.42 dari penutupan Jumaat pada 1,450.23. Indeks utama dibuka pada paras 1,449.83, turun 0.40 mata.

Pergerakan harga menyaksikan saham untung mengatasi saham rugi 179 berbalas 160, manakala 293 saham tidak mengalami perubahan, 1,767 tidak diniagakan, dan 49 digantung.

Jumlah dagangan 228.28 juta unit bernilai RM97.95 juta.

Wall Street meneruskan aliran menurun Jumaat lepas apabila pelabur masih mengambil sikap berhati-hati dengan hala tuju kenaikan kadar faedah.

Malacca Securities Sdn Bhd dalam satu nota hari ini percaya tekanan jualan dijangka menular ke saham-saham di pasaran tempatan.

“Namun demikian, kami berpendapat bahawa risiko penurunan sepatutnya terhad kerana pelabur mungkin akan memberi tumpuan kepada Pelan Hala Tuju Peralihan Tenaga Negara (NETR), Pelan Induk Perindustrian Baharu 2030 (NIMP), serta Belanjawan 2024 dalam bulan yang akan datang,” katanya.

Sementara itu, minyak mentah Brent terus susut dari paras tinggi baru-baru ini dan diniagakan di bawah US$93 setiap tong, manakala harga minyak kelapa sawit mentah mengukuhkan trend penurunannya di bawah RM3,700 setiap tan.

Firma pembrokeran itu turut menjangkakan aktiviti perdagangan akan berkisar di sekitar sektor harta tanah dan pembinaan menjelang Belanjawan 2024, dengan peniaga akan bersiap sedia untuk projek-projek infrastruktur mega yang akan diumumkan.

Dalam kalangan saham wajaran tinggi, Maybank kekal pada RM8.88, Public Bank menambah satu sen kepada RM4.21, sementara CIMB kehilangan dua sen untuk mencatatkan RM5.57 dan kedua-dua Petronas dan Tenaga Nasional merosot empat sen masing-masing kepada RM7.31 dan RM10.12.

Bagi saham aktif, Land & General dan Ekovest naik setengah sen kepada 14 sen dan 59.5 sen, Puncak Niaga meningkat lima sen kepada 42 sen dan Hextar menokok satu sen kepada 41 sen.

Barakah Offshore merosot setengah sen kepada 5.0 sen.

Di papan indeks, Indeks FBM Emas turun 11.29 mata kepada 10,735.61, Indeks FBMT 100 lemah 13.21 mata menjadi 10,394.98, Indeks FBM Emas Syariah merosot sebanyak 16.96 mata kepada 10,990.87, Indeks FBM 70 menyusut 19.34 mata kepada 14,297.74 dan Indeks FBM ACE lemah 5.68 mata kepada 5,203.38.

Mengikut sektor, Indeks Perkhidmatan Kewangan merosot 3.80 mata kepada 16,216.83, Indeks Produk dan Perkhidmatan Industri berkurangan 0.58 mata kepada 174.25, Indeks Tenaga susut 2.52 mata kepada 904.40 manakala Indeks Perladangan meningkat 3.28 mata kepada 6,930.50.

— BERNAMA

Tags: Bursa MalaysiaMalacca SecuritiesWall Street
Share207ShareSend

Related Posts

Bursa Malaysia Catat Untung Bersih Lebih Tinggi RM75.03 Juta Pada Suku Pertama
Catalyst

Keuntungan Bersih Bursa Malaysia Susut Kepada RM57.06 Juta Akibat Hasil Operasi Yang Rendah

9 months ago
Oxford Innotech Bermula Kukuh Di Pasaran ACE, Catat Harga 36 Sen
Asas Saham

Oxford Innotech Bermula Kukuh Di Pasaran ACE, Catat Harga 36 Sen

9 months ago
Saham Kajian: Guan Chong Tetap Kukuh Walau Berdepan Isu Tarif
Saham

Saham Kajian: Guan Chong Tetap Kukuh Walau Berdepan Isu Tarif

9 months ago
Zetrix AI Tidak Lagi Kendali Pembaharuan Permit Pekerja Asing
Catalyst

Zetrix AI Tidak Lagi Kendali Pembaharuan Permit Pekerja Asing

9 months ago
No Result
View All Result

Follow Kami

Facebook Telegram Youtube
ADVERTISEMENT

Follow Kami

Telegram Facebook Twitter Youtube

Penafian

Segala informasi yang dikongsikan adalah berbentuk pendidikan dan ilmu mengenai bagaimana untuk melabur serta strategi yang anda boleh gunakan.

Maklumat yang terkandung dalam laman ini adalah berdasarkan kepada kajian dan penyelidikan The Kapital (“Penulis”); dan adalah pendapat bertulis semata-mata dan idea daripada Penulis,

Ia tidak melibatkan sebarang aktiviti mengumpul duit serta tidak memberitahu anda pelaburan atau sebarang bentuk sekuriti / saham / bon mana patut anda beli. Saham-saham yang dikongsikan adalah bertujuan pembelajaran sahaja. Perubahan harga yang lepas tidak menjanjikan keuntungan di masa akan datang. Sebarang tindakan atau keputusan untuk melabur adalah keputusan anda.

Kategori

  • Advertorial
  • Asas Saham
  • Aset Digital
  • Berita
  • Catalyst
  • Fundamental Analisis
  • Hebahan
  • Indikator
  • Inspirasi
  • Market Update
  • Pengalaman Saham
  • Produk
  • Saham
  • Saham Global
  • Technical Analysis
  • Trading Idea
  • Uncategorized

Hubungi Kami

Kami menerima banyak pertanyaan daripada media online, media cetak dan juga media elektronik. Jika anda mewakili organisasi media anda, tidak kira surat-khabar, majalah, televisyen dan lain-lain, mohon email ke [email protected]

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In